SIHIR BHGN 6.

Thriller Series 244

SIHIR BHGN 6.

SENYUMAN yang disunggingkan oleh Efy sedikit-sebanyak mencurigakan jua hati Afiq.

Dia yang penat serta panas hati terus duduk. Dan Efy pula langsung ke dapur. Terkibas-kibas dada bajunya dengan wajah kelatnya masih lagi terukir.

Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, tubuh rasa amat berbahang. Bukan saja itu kelainan yang Afiq sudah perasan, tidurnya juga sering tidak lena.

"Apalah malang nasib aku ni. Ke perempuan tu yang pembawa malang? Tapi tak mungkin pula. Ni mesti malang si Ika. Tengoklah aku dah ceraikan mak kau pun...ada saja malang yang menimpa aku. Aish!" Omelnya yang masih lagi terkibas-kibas.

"Aku mesti minta Pak Karto hantar hantu pada perempuan yang dah buat aku rugi. Aku tak peduli. Kau cabar aku sangatkan," ujarnya lantas mendail nombor Pak Karto.

Efy yang sudah pun berada di belakang sofa. Mencuri dengar perbualan tersebut tanpa ingin membuat sebarang bunyi mahupun pergerakkan.

'Karto namanya. Aku memang dah agak kau, guna-gunakan aku selama ini. Kau juga buat benda yang sama pada perempuan lain. Apa sebenarnya yang kau nak, hah jantan? Patutlah aku sakit-sakit...'

"Ya, baiklah," jawab Afiq lalu dia menurunkan telefon pintarnya dari terlekap pada telinga. Masa itulah, Efy berjalan ke arah meja dengan dulang berisi gelas minuman.

"Kenapa tengok abang begitu? Macam ada yang tak puas hati saja? Malam ni, tak payah tunggu abang. Abang nak keluar ada hal," ujar Afiq lalu mengambil gelas.

Baru saja dia menyentuh pinggir gelas terus meretak. Krek... krek... bunyinya.

Efy juga tergamam. Benda berlaku di depan matanya. Afiq semakin panas hati. Efy juga makin di landa keterkejutan apabila tanpa amaran rambutnya dicekak oleh Afiq.

Langsung terlepas dulang dari dalam dakapan.

"Ap... apa ni bang? Lepaskan. Sakit..." Pinta serta soal Efy yang menanggung perih pada kulit kepala.

"Kau cuba nak bomohkan aku kan? Ni... ni...apa? Macam mana gelas tu boleh retak dengan sendiri?" Tengking Afiq sambil menarik-narik lagi rambut Efy.

Efy tetap meronta mahu rambutnya itu dilepaskan. Dia sakit.

"Bila masa pula I nak sihirkan you. I dok kat rumah saja ni. You juga yang tak bagi I bekerja. Segala kunci kereta I pun you yang pegang!" Herdik Efy lagi.

Memang benar, segala-galanya dalam kawalan lelaki durjana itu sehinggakan Efy juga langsung tidak dibenarkan untuk ada, sebarang akaun media sosial.

"Jangan-jangan... ilmu you tu, yang makan you balik!" Efy bukan saja menyangkal kata-kata suaminya itu malah menambah bara api lagi.

"Argh!" Afiq memekik . Hanya sekali henyakkan rambut Efy terlepas dalam keadaan Efy yang hampir-hampir nak mencium meja nasiblah kedua belah tangan, menegak.

Afiq berlari ke arah tangga dia ingin naik ke atas untuk mandi. Panas sangat dia rasakan badannya.

Genangan yang cuba dipertahankan, akhirnya menuruni jua di lekuk-lekuk pipinya. Efy mengebam bibir menahan rengsa kedukaan hati.

Masih lagi dia ingat pertemuan pertama mereka. Lelaki itu sedikit pun tidak menunjukkan sikap sebegini. Malahan Efy pula yang jatuh kasihan bila mendengar segala kisahnya.

Kononnya hubungan di antara dia dengan bapa amat renggang dek kerana pilih kasih. Namun pabila lelaki itu membawa dia pulang ke kampung, tidak sedikit pun bapanya itu memaparkan sikap sepertimana yang Afiq ceritakan.

Memang pada mulanya Efy sekadar ingin berkawan tetapi siapa sangka sehingga berkahwin pula.

"Bodohnya kau, Efy..." Gumamnya lagi sambil menyeka kasar linangan airmata pada pipinya itu.

"Patung apa pula ni? Dari mana datangnya? Efy... kau keluar juga, ya di belakang aku? Dasar perempuan sundal! Kau betul-betul nak aku ikat kau dengan ilmu aku bersungguh-sungguh ni, nampak gayanya!" Bentak Afiq dengan patung yang dipegang dia menghentak-hentak kaki ketika berjalan ke arah luar kamar mereka.

"Hoi, betina! Jantan sial mana pula ni bagi you patung? Kau memang nak cari nahaskan dengan aku?!"

Bertebaran segala ingatan serta lamunan
tatkala dijerkah oleh sang suami. Terdongak Efy pabila nampak langkah pantas Afiq menuruni takah tangga.

Efy juga nampak patung yang baru tadi dia dapat dari sahabatnya sempena hari jadinya yang Afiq tidak ingin mengingatinya.

Efy tidak sangka juga rakannya itu berani juga datang, walau dia pernah mencuri hantar mesej menggunakan telefon pintarnya dan berpesan kepada rakannnya itu agar tidak datang ke rumah.

Dan inilah nasib Efy. Apa sahaja yang dia lakukan serba tak kena. Itu tak boleh. Ini tak boleh.

"Ooo... tahu pula cemburu? You think I tak sakit hati when I read all the mesej- mesej sex you with your sundal scandal? Semua you sebatkan? Bini orang pun jadi. You ingat, I tak sakit hati tengok you naik hotel dengan skandal?"

"Hei perempuan! Aku tanya lain. Aku tanya siapa yang bagi patung ni pada kau?" Herdik Afiq seraya mencampak teddy bear dalam pegangan ke lantai lalu dipijak-pijak.

"Yang kau nak persoal benda lain dah kenapa? Mestilah aku cemburu. Kau tu bini aku. Hak aku tau tak?"

"Then I juga sedang tanya you ni... patung tu pun you nak cemburu ke? Habistu I ni? Tengok video-video tu semua?"

"Itu semua duit. Kau apa tahu. Aku buat duit dengan macam-macam cara. Dah mereka yang offer, takkan aku nak diam, kut? Aku cuma nak berseronok je!"

"Wait? Kau tengok phone aku?" Soal Afiq kian mendekat namun Efy sudah laju bangunnya. Sama-sama merenung tajam. Hati keduanya di huni amarah yang kian marak.

"Itu semua you tak perlu tahulah. Oh, seronok, puas? I see... so, no wonder lah kan
drebar lori macam you, ni... mampu bawa kereta mewah. Huh! I bersyukur bila perempuan-perempuan you tu, ceritakan segalanya pada I. I tak salahkan mereka pun, kalau you tak mulakan dulu, mereka tak melayan. You suakan harapan pada mereka. Nak jadi isteri konon... habistu, I ni you nak campak mana? Seriuosly, kalau I tahu begini. I will let you suffer, before this lah. I takkan tolong you. You memang lelaki zalim, Afiq! Tak cukup you lied to me. You menipu orang lain pula!"

"Hei, kau diam sekejap betina. Ya,memang aku jahat. Aku suka enjoy! Aku anak derhaka. Aku
juga pengikis. Tapi untuk siapa? Untuk kau jugak perempuan!" Afiq yang rasa makin terancam juga tetap dengan benang basahnya itu.

"Are you think I hadap? Are you think I tak mampu? Or you, yang rasa tercabar? Don't you ever dare say my name to cover up your kesalahan ok!"

"Lagipun I masih mampu nak sara kehidupan I. And I not like you, melarat macam..."

Pang!

Buat sekian kalinya, layangan tamparan Afiq singgah lagi di pipi Efy kerana kelancangan mulut.

Sambil memegang pipinya yang pijar, tanpa terus ingin berpaling semula pada lelaki tak guna itu.

Di temani esakan, Efy terus berlari keluar dari rumah, tak sia-sia dia dapat mencuri kunci keretanya kembali. Sempat juga dia tarik songkok dari atas kepala Afiq.

"Munafik!" Pekik Efy seraya berlari. Di rumah mama Afiq bagaikan seorang imam
sejadah, tak lepas dari tikar

Tapi hakikat?

"Hoi! kau nak lari, hah? Kau ingat, kau dapat lari dari aku?Segala barang dari tubuh kau ada pada aku. Kau dah 'ambilbarang' itu, kau ingat kau boleh selamat?"

"Ni Afiq lah! Kalau aku tak dapat kau cara baik. Akan aku guna cara kotor. Efy. Efy!"

"Haha! Selagi kain kapan itu berapungan di muara yang aku sendiri pun tidak pasti sudah sampai muara mana. Selagi itulah, ilmu aku tu takkan pudar, takkan ada sesiapa pun
yang dapat meleraikan belenggu aku itu."

***

"Angkatlah bodoh. Argh!" Jahanam punya betina. Argh!" Telefon pintar di tarik secara
kasar dari telinga, lalu dihempaskan dengan kuat.

Pemanduan agak kelam-kabut. Sehingga ke waktu ini, Efy tidak dapat di kesan.

Manakala Efy pula, dia mahu atau pun tidak terpaksa bersembunyi
di salah sebuah hotel kos sederhana di ibu kota.

Dia mahu pulang ke Jb dan takkan tinggal lagi di bandar ini. Dia sudah bernekad. Walau apapun yang terjadi.

Bukan dia tak cinta, bukan juga tak sayang.
Tapi Efy sudah tidak
sanggup lagi untuk meneruskan kehidupan
macam itu.

"Tidak. Aku takkan
bahagia. Aku tak cintakannya tapi aku adalah mangsa guna-gunanya juga..."

"Aku kena balik. Dah banyak Kak Mira mesej. Cuma aku saja takde kesempatan nak balas. Di kampung nanti, aku nak call dia. Mesti dia tahu banyak lagi kisah suami dia. Drebar lori rupa-rupanya. Habistu Persona tu dia tekan dari siapa? Tak guna punya laki. Selama ini, aku ingatkan kau betullah engineer. Off shore bagai tapi drebar je?"

"Mesti dia tahu tentang tangkal yang aku dapat ni!" Ujarnya dan terus memecut lagi keretanya.

Walau apa pun, Efy perlu pulang ke JB secepat yang mungkin. Dia mahu berubat. Jika mama dan papa bertanya nanti, tahulah apa dia nak jawab.

***

"Baik, aku ke sana se karang. Terima kasih..." Afiq hanya tersenyum setelah berujar pada handsfree di telinga sambil melencongkan arah pemanduannya.

Dia sudah pun mengetahui di manakah keberadaan
Efy. Sudah dia katakan, Efy takkan mungkin boleh berpisah dengan dirinya.

Kini keretanya berhenti di petak parkir. Sambil merenung tajam ke arah bangunan tersebut, seat belt yang membelenggu dirinya itu, direntap sahaja. Kunci juga ditarik dengan kasar. Lantas dia membuka pintu dan keluar.

Setelah itu, daun pintu Proton Persona dihempaskan. Setibanya dia di muka pintu kaca hotel, sambutan dari bell boy sedikit pun tidak menarik minatnya.

Afiq yang tahu bilik Efy diami berjalan ke arah kaunter. Kad kecil, dia hulurkan di temani kenyitan mata pada gadis manis penjaga kaunter.

Yang menerima pula, tersenyum malu alah. Setelah mengucapkan terima kasih beserta huluran kad bisnes. Afiq bergerak ke arah lif untuk naik ke tingkat yang menempatkan suite Efy.

Efy masih lagi tidak tahu siapa yang sedang mengetuk pintu. Dan dengan
langkah longlai, dia menapak ke pintu.

Pabila sudah tiba, tanpa ingin melihat terlebih dahulu melalui lubang yang ada di permukaan pintu, dia langsung menarik rantai kunci.

Efy yang terkejut dengan kehadiran figura itu, cuba untuk menutup pintu kembali, namun tangan Afiq lagi pantas menahan dan terus menolaknya.

Efy terlentang kini. Pun begitu, dia tetap bangun dan mengengsot untuk menjauh.

Semakin dia mengengsot ke belakang, Afiq semakin laju ke arahnya. Setelah dia mengunci pintu.

Kini, Efy terperangkap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience