SIHIR BHGN 5.

Thriller Series 244

SIHIR BHGN 5.

"MAM...mama tu... tu... Ika ampak tu... tu... ya ... angkak tu... tu..." Suara Ika yang ketakutan mengadu makin menguatkan lagi pelukan Mira pada si anaknya.

Sudahlah mereka tinggal berdua saja. Lampu pula tiba-tiba black out nasiblah ada phone lamp. Berpandu pada cahaya di tangan sajalah.

Manalah tak meliar mata Mira yang tersedu-sedan itu. Suami pula langsung tak balik rumah. Jikalau apa-apa hal berlaku pada mereka bagaimanalah agaknya.

Jiran pula kiri kanan budak-budak bujang. Mereka bukannya senantiasa ada di rumah. Bekerja jauh.

"Mam...mama...Ik...Ika atut... ya... angkak tu, mama. Ate ya besa mama. Ika atut ..." Adu Ika dengan bahasa yang tidak terusnya itu.

"Shh... Ika jangan takut. Mama ada. Mama akan sentiasa berada di sisi Ika. Mama akan sentiasa menjaga anak mama ni..." Ujar Mira lalu mengucup dahi si anak Down Syndrome nya itu.

"Sampai hati awak... sampai hati. Hina sungguh saya sekarang di mata awak, ya abang?" Lirih Mira kian mengejapkan lagi dakapan tersebut.

"Mi...ra... Mi...ra..."
Bergerak-gerak cuping telinga Mira saat lorong pendengarannya itu diterjahi bisikan halus yang memanggil-manggil namanya.

"Mi...ra... Mi...ra... ke sini Mira... Mi...ra..." Suara itu seperti menyerunya agar bangun dan menyusun langkah kaki ke arah hadirnya suara tersebut.

"Ama... Ma... ma... angan... tu... tu... angan!" Ika menjerit sambil tergeleng-geleng pabila ibunya itu bangun dengan cara mengejut dan tidak semena-mena dari erat mendakapnya.

Di pandangan Ika suara itu datangnya daripada makhluk yang sedang merangkak dan berasal dari bawah katil mereka itu.

Mira berjalan tegak dengan mata pegunnya memandang ke satu arah, laksana terkena pukauan saja.

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

Pap! Lampu pun terang-benderang semula setelah alunan azan subuh berkumandang. Barulah Mira pada saat itu terpinga-pinga. Terkebil-kebil matanya melilaukan pandangan.

"Mam... mama!" Ika menjerit lagi. Laju Mira menerpa ke arah anaknya itu. Mereka berdakapan semula dan duduk di atas katil.

"Apa semua ini? Ika. Mama nak balik kampung. Ika duduk kejap. Mama nak berkemas. Mama rasa tidak sedap hati," ujar Mira setelah meletakkan si kecil itu atas tilam.

Ika hanya mampu tunduk menekur lantai saja. Dia bukannya tahu banyak benda. Tetapi dia tetap tahu papanya bencikannya.

***

Siapa menyangka hantukan yang jika nak di ikutkan tidaklah berapa kuat tetap berjaya membuatkan Efy koma dalam seminggu.

Dan di dalam waktu koma itu. Efy di datangi pelbagai mimpi yang menakutkan. Yang pasti, kesemuanya berdarah dan terkait dengan sebuah rumah usang berdekatan muara.

Yang paling menakutkan adalah dirinya berada seorang diri di tengah-tengah muara. Kemudian di atasnya pula ada ribuan gagak hitam bermata merah nyaring berbunyi seperti memarahinya.

Dalam mimpi itu juga, Efy ternampak susuk tubuh lelaki membagi belakang sedang melakukan ritual yang pelik. Tapi dia tak mampu untuk berada dalam jarak yang dekat. Seolah-olah ada dinding penghalang lutsinar.

Sewaktu itulah mesin jantungnya terkadang drafnya naik turun. Terkadang mendatar terus. Berbunyi-bunyi.

Efy selalu dengar sosek-sosek berupa orang membaca mantera di tepi telinganya. Dia mahu bangun tapi tidak berdaya. Atas tubuhnya terlalu berat.

Afiq pula baru saja sampai di hospital. Memang dia bercadang mahu membawa Efy ke klinik tetapi niat tersebut dia batalkan.

Kini dia yang baru pulang dari rumah Pak Karto tersenyum penuh makna pada botol air di seat sebelahnya itu.

"Ngapain kamu mahu sangat menundukkan perempuan ini bukankah lho bisa aja dapat cewek-cewek lain yang lebih ganteng dan kaya dengan ilmu aku, kok."

"Kerana Efy tetap Efy. Ya, memang aku mampu dapatkan perempuan jauh lebih cantik, seksi dan kaya daripada dia tetapi aku tahu, Efy ni ada sesuatu. Dan sesuatu itulah yang sedang menguji kesabaran aku ini. Aku akan ceraikan Mira. Aku dah tak peduli!"

"Nur Amira Bt Sulaiman. Aku Afiq Abdul Rahman Bin Osman akan menceraikan kau dengan talak tiga."

Tersenyum tatkala ibu jarinya laju menekan ikon sent.

"Sekarang. Dia benar-benar mati dalam hidup aku. Dan kalau ikutkan, memang semalam aku nak bagi dia mati. Anak h4r4m itu pun sama biar kedua-duanya, m4mpus dicekik dek hantu Pak Karto tapi tak apa. Aku tahu siapa Mira. Dia lemah!" Ujar Afiq langsung saja dia membuka daun pintu kereta.

Telefon pintar terus saja disimpannya ke dalam poket. Setelah keluar dan pintu ditutup. Afiq tersenyum-senyum saat melangkah ke bangunan hospital itu.

Walau dia tidak dapat keluar dating dengan engineer baru dia kenali itu dalam masa terdekat ini, dia yakin lepas saja Efy menjadi bodoh setelah mengahwininya dia.

Pertemuan tersebut akan berlangsung dengan begitu mudah. Termasuklah perempuan-perempuan lain.

Mira di rumah terduduk. Beg masih terbuka dan tersadai atas katil. Berlinangan lagi airmatanya saat menatap mesej ringkas dari sang suami.

Kali ini dia keluar memang untuk selamanya. Terkesat-kesat jarinya pada kedua-dua belah mata yang kebasahan.

"Sampai hati awak, abang buat Mira dan Ika macam ini. Tak mengapalah, kalau ini yang awak mahu akan saya tunaikan. Cuma satu je yang saya harapkan dari awak, abang. Bertaubatlah. Bertaubatlah sebelum terlambat. Bukalah apa yang ada tubuh itu," ujar Mira.

Dia bukannya tidak pernah nampak tangkal di pinggang, lengan dan cincin yang tersarung di 'daerah larangan' suaminya itu. Namun dia juga tiap kali berdekatan dengan suaminya itu menjadi dungu serta lugu.

Mira bangun. Dia bernekad akan balik ke kampung pada hari itu juga. Sungguh pun, dirinya diperlakukan umpama sampah tetapi Mira tetap ingin membantu Afiq agar keluar dari belenggu ilmu neraka itu.

Mira terus terus terduduk semula lalu mengancing beg sekolah yang sudah dia isikan beberapa helai bajunya dan Ika. Kemudian sebelum telefon pintar disimpan ke dalam beg sandangnya itu. Dia menatal nombor perempuan bernama Efy.

"Salam. Saya tahu awak ada menerima mesej daripada saya tetapi awak tidak membalasnya. Tak mengapalah lagipun kini saya memang benar-benar sudah tiada. Sudah mati dalam kehidupan Abang Afiq. Dia ceraikan saya dengan talak tiga hanya melalui Whatapps saja. Betapa hinanya saya di mata dia. Saya tahu, mungkin naluri saya tersilap jua dalam menafsir orang. Awak juga mungkin sama sepertimana yang lain lebih mempercayai kata-kata Afiq. Terpulanglah. Cuma satu saja pesanan saya, cepatlah bertindak sebelum terlambat."

Ini juga petikan mesej sebenar dari isteri Afiq kepada Efy sewaktu wanita itu masih di dalam wad namun ada pengolahan ayat di beberapa perenggan.

Mira sebenarnya masih lagi tidak mengetahui bahawa Efy juga teruk kenanya malahan kena tahan di dalam wad.

***

Sempat lagi Afiq merenyeh dengan beberapa orang nurse semasa berada di dalam lif.

Terbuka saja pintu dan mereka pun keluar lalu berpecah arah. Afiq ke wad pertama yang menempatkan Noer Effina.

Setibanya dia di depan pintu. Pintu tersebut terus ditolak olehnya sambil mulut berkumat-kamit.

'Sayang. Sayang, jangan sesekali pernah terlintas untuk tinggalkan I jika tak mahu, hidup you merana. l sanggup buat you perlahan-lahan terseksa!'

Efy dengan pantas menutup wajahnya bila kata-kata yang acapkali kedengaran di lorong pendengarannya itu, mengejar jaganya pula.

Terhenjut-henjut bahu. Sesekali, kedengaran esakannya yang masih lagi berlagu sendu.

Mesej-mesej dari perempuan-perempuan itu termasuklah dari Mira masih lagi tetap bergentayangan dalam ruang legar pemikirannya. Sungguh dia sesak. Dia semak. Dia juga buntu kenapa dia boleh jadi sebegini rupa.

Mahu menyesal juga tiada guna. Sampai bila, dia mampu bertahan?

Itu pilihannya.

"Sayang?" Dan sapaan dari suara garau itulah, yang merupakan seksaannya selama ini.

Efy sebenarnya, ingin pergi dari hidup Afiq. Kerana Efy sudah tahu akan kisah
kecurangannya. Dia semakin lelah melihat
perampas Afiq.

Apatah lagi, Efy juga bakal dituduh sebagai perampas. Penyondol kerana pada hakikat sebenarnya Afiq bukanlah seorang duda yang kematian isteri.

Dia sudah mempunyai seorang isteri iaitu Mira. Mereka juga sudah dikurniakan seorang anak istimewa.

'Ya Allah. Selama ini, perempuan-perempuan dalam mesej henfon itu aku anggap perampas. Hakikatnya, aku juga seorang perampas. Aku jugak penyondol. Aku malu pada diri aku...'

'Selama ini, aku kutuk jantan-jantan sebegini. Tetapi sekarang aku juga berada dalam genggaman jantan sebegini. Ya Allah... bodohnya aku...'

Hanya satu kekhilafan, Efy terpaksa hidup dalam keadaan menderita terbelenggu dengan ilmu setan Afiq.

"Sayang..." Afiq terpaksa meleretkan seruannya bila Efy yang sememangnya sudah terjaga dari alam komanya bagaikan sengaja mahu menunjuk protes dengan tidak menjawab panggilannya itu. Sudahlah wajah pucat itu asyik nak monyok saja.

Memang dia tak berselera mahu menghadapnya tetapi demi nak melunasi nekadnya itu. Afiq hadapnya jua.

Dan seperti biasa perasaan marah dan sebal yang tadinya merusuh hebat dalam sanubari kian mereda pabila berdekatan dengan lelaki itu.

"Efy nak nikah dengan abang," ujar Efy seraya mendongak lalu melawan tancapan tajam mata Afiq. Afiq terbata-bata. Terkejut pun iya juga. Permintaan itu dengan tidak semena-mena.

"Efy nak nikah dengan abang. Abang dengar tak?" Suara Efy kian naik satu oktaf.

'Hai...aku belum lagi bagi dia minum air jampi dan kotor ni, dah tak sabar-sabar nak nikah dengan aku?' Hati Afiq berdesis penuh makna. Senget senyumannya. Sinis.

Tetapi tangan yang memegang telefon berpaparan mesej terbaru dari Mira menggeletar di balik selimut yang menyelubungi tubuhnya itu.

'Apa dah berlaku pada aku ni. Kenapa itu yang aku minta?'

'Patut pun kau minta nikah. Kau lupa siapa kau sekarang? Kau ingat ada ke lelaki lain yang nak buah ditebuk?'

Efy berdebat dengan perasaannya sendiri. Mesej yang baru dia terima dari Mira itu benar-benar menambahkan lagi rasa kebencian tidak terungkapnya itu.

"Ya sayang. Abang dengar. Baiklah nanti abang arrange kan semuanya, termasuk butik, ya sayang..." Ujar Afiq menuangkan air dari dalam botol ke dalam gelas lalu disuakan pada Efy.

Efy sememangnya dahaga pada masa itu terus minumnya tanpa sempat membaca bismilah pun. Hati dan mindanya bercelaru.

Efy terasa sesuatu pada minuman yang baru dia habisi itu namun gelas tetap dia hulurkan semula pada Afiq.

Diikutkan Efy mahu memarahi Afiq. Mahu menyoal pasal kesemua perempuan-perempuan itu lagi tetapi entahlah. Dia sendiri pun keliru tiap kali dengan lelaki itu, lidahnya pasti mengelu.

Leher pula pasti akan berasa di gelangi sesuatu umpama rantai yang ketat walau ia tidak terlihat dari mata kasar tetap boleh merasainya.

Dua orang jururawat masuk secara tiba-tiba. Seorang memegang mesin pemeriksaan blood pressure. Dan seorang lagi memegang bekas kidney berisi ubat.

Hampir nak terjegil mata Afiq memandang tepat ke arah dada nurse yang mahu memeriksa tekanan darah Efy. Efy bukannya tidak perasan tetapi dia umpama patung tanpa ada perasaan.

***

Sudah sebulan dia menjadi isteri kepada Afiq. Afiq pula di belakang pengetahuan isterinya itu, terpaksa naik turun mahkamah atas hal perceraiannya dengan Mira dan hal di tempat kerjanya.

Rupa-rupanya ada di antara perempuan-perempuanyang dia kelek ke sana dan ke mari itu, ada yang tidak boleh dipercayai kini dia pula menanggung perihnya.

Menggeletar hebat tangan Efy tatkala jarinya terseluk sesuatu. Peket kecil
berjenama Durex yang diangkat kelam-kabut di simpankan balik.

"Aku memang dah agak kau memang tak pernah nak berubah walau aku dah kau simpan dalam rumah ni. Aku pula tetap menjadi bodoh dan kuli kau. Kau memang benar-benar jantan tak berguna!"

"Hari itu ada kesan lipstik pada kolar. Aku tanya kau nafikan. Kali ini dah cukup buktinya. Kau memang tak berguna!"

Seperti biasa, nombor perempuan lain pula yang perlu Efy lihat dalam senarai telefon Afiq. Afiq masih lagi tidak sedar di waktu dia sudah lena di ulit mimpi, Efy bangun lalu mengintip setiap mesej, rekod panggilan dan gambar-gambar yang ada dalam telefon pintar lelaki itu.

Daya ingatan Efy sangat kuat sebab itulah dengan mudahnya, dia boleh akses telefon berkunci dengan kod itu. Kemudian Efy blueetooth kesemuanya ke telefon miliknya.

Ini akan di jadikan sebagai bukti. Memang ada separuh watak Efy ini tunjukkan pada saya, sang penulis. Jijik. Itu saja perkataan saya.

Bertepuk sebelah
tangan takkan berbunyi?

Itulah ibarat mereka-
mereka ini. Bukan
sahaja maruah. Tapi, wang juga hidup-hidup di tipu oleh lelaki bernama Afiq Abdul Rahman.

Pun begitu, ada juga
yang masih dapat menyelamatkan maruah mereka kerana
sudah tersedar dari
awal.

"Saya... saya memang tak tahu, wak... saya benar-benar tak sangka dia lelaki sebegitu..."

Itu adalah di antara mesej- mesej mereka yang sudi bekerjasama dengan Efy.

Pun begitu, ada juga yang menuduh Efy ini, cemburu dan gila jantan. Dan mereka-mereka ini pula bermatian mempertahankan lelaki tak berguna satu sen itu!

Apakah kerana belenggu ilmu Afiq juga atau mereka sendiri yang suka dengan belaian mesra jantan itu.

Bunyi deruan enjin kereta merencatkan menungan Efy. Kelam-kabut dia memperkemaskan dirinya untuk menyambutkan suaminya itu.

Dan sehingga ke saat itu, Efy masih lagi gagal menemui sebarang tangkal. Biar pun dia sudah mencari sehingga ke bawah katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience