4

Thriller Series 244

BUNYI kicauan burung di pagi hari memberikan ketenangan dalam jiwa. Begitu juga dengan bunga-bungaan yang sedang mekar dan berbau harum.

Zara menghirup udara segar di depan rumahnya sebelum melakukan kerja rumah memandangkan hari ini mood dia baik.

Dia mendekati bunga ros yang ditanam oleh mummynya. Tangan terus menyentuh bunga itu lalu dia mengamati bau harum sambil mata tertutup.

Tanpa sengaja dia teringat akan kejadian tempoh hari di mana seorang budak perempuan yang menerima bunga ros daripada ayahnya.

"Siapa mereka ya?" Soalnya sendiri.

"Dah kenapa pula cakap seorang diri dekat sini ni?" Soal Zanida yang nampak Zara di luar rumah.

"Eh, mummy. Takde apalah. Ni ha bunga ros ni. Macam dah nak layu je. Ara ingat nak siram kejap lagi." Zara memberi alasan sambil tersengih.

"Oh, ingatkan apalah tadi. Bagus juga tu. Nanti Ara siram juga pokok bunga yang lain ya? Mummy nak keluar kejap ni. Ada hal sikit."

Zara tersengih. Ha padan muka! Kan dah kena siram semua!

"Okay, mummy. Hati-hati drive!" Kata Zara sambil melambaikan tangan.

"Fuh, banyak pula kerja hari ni ya? Takpelah. Lagipun aku ni bukannya ada kerja tetap pun. Setiap hari goyang kaki je dekat rumah. Nak main dengan baby pun tak boleh. Along dah balik rumah family Kak Ayla. Jadi jom kita siram pokok!" Zara yang tadinya membebel, terus bertukar ceria. Dia membuka paip air lalu mula menyiram pokok. Sesekali dia menyanyi riang.

Selesai menyiram kesemua pokok, dia menutup semula paip air. Baru saja dia ingin melangkah masuk ke dalam rumah tiba-tiba ada orang memanggilnya dari luar.

"Assalamualaikum, cik!" Ucap lelaki itu. Zara terus berpaling ke belakang. Dia mengerutkan dahi sebelum menjawab salam.

"Waalaikumussalam. Encik cari siapa?" Soal Zara sambil mendekati lelaki di sebalik pagar itu.

"Ni rumah Aunty Zanida kan?" Soalnya inginkan kepastian.

"Ya betul. Ada apa datang ni?" Tanya Zara lagi.

"Oh macam ni. Mak saya, Norailin. Dia dengan Aunty Za tu kawan baik. So, saya datang ni nak hantarkan biskut yang Aunty Za order. Nah, ambillah." Kata lelaki itu dengan sopan lalu memberi sebekas biskut kepada Zara.

"Terima kasih. Kena bayar berapa ni?" Soal Zara. Yelah mana tahu mummynya buat COD ke kan?

"Eh tak payah bayar. Mak saya bagi free je. Sedekah katanya." Jawab lelaki itu lalu tersenyum.

"I see. Okay, terima kasih sekali lagi." Ucap Zara lalu membalas senyuman.

"Sama-sama. Boleh saya tahu nama awak?" Kata lelaki itu.

"Saya Zara. Kalau takde apa-apa saya masuk dulu ya?" Pamit Zara yang tidak mahu berlama-lama di situ.

"Okay. Saya pun dah nak balik ni. Assalamualaikum." Kata lelaki itu lalu tersenyum manis.

"Waalaikumussalam." Balas Zara lalu masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan bekas tadi di atas rak.

"Okay, what should I do first? Hmm sapu lantai dululah." Katanya lalu memulakan operasi mengemas rumah.

****

ZARA membaringkan dirinya di atas sofa sambil melayan Tiktok. Apabila fyp dia ada yang membuatnya geli hati, dia ketawa.

"Amboi, sukanya. Kenapa tak tidur lagi ni? Selalunya waktu macam ni dah masuk bilik." Tegur Zanida di ruang tamu.

Zara bingkas bangun apabila Zanida datang duduk di situ.

"Ara tak mengantuk lagi, mummy. Mummy pula kenapa tak tidur lagi? Merajuk dengan daddy ke?" Usik Zara lalu tersenyum senget.

"Daddy Ara tulah. Puas mummy ajak dia teman pergi rumah kawan mummy petang tadi. Nak ambil kuih. Tapi dia tak nak. Katanya sibuk. Sebenarnya dia malas nak tunggu mummy." Luah Zanida dengan muka tak puas hati.

Zara terlopong seketika. Niatnya hanya ingin mengusik tapi tak sangka pula betul. Mummynya memang merajuk dengan daddy rupanya.

"Ish daddy ni. Tak patut buat mummy macam tu. Eh, kejap! Mummy cakap pasal kuih ke tadi?" Ujar Zara yang terlintas sesuatu di ingatan. Melihatkan anggukan daripada Zanida, dia terus bangun menuju ke rak. Bekas biskut diambilnya dan kembali duduk bersama Zanida.

"Lupa pula ada orang bagi ni pagi tadi. Katanya free aje."

"Siapa yang bagi ni? Free pula tu." Soal Zanida.

"Lupalah nama dia. Apa ya? Nora? Lin? Oh, maybe Noralin?" Teka Zara yang ingat-ingat lupa. Zanida terus menangkap.

"Bukan Noralin tapi Norailin." Balas Zanida dengan yakin.

"Ha betul! Ingat dah." Zara sengih.

"Dia datang dengan siapa? Suami dia ke?" Soal Zanida ingin tahu.

"Eh taklah. Bukan dia yang datang tapi anak dia."

"Oh, anak dia. Itulah Nazmi. Ingat tak mummy pernah cakap yang mummy nak kenalkan dekat Ara haritu?"

Zara garu kepala cuba mengingat.

"Oh, dia rupanya." Balas Zara.

"Macam mana? Okay tak?" Tanya Zanida yang bersemangat. Zara ketuk dagu beberapa kali.

"Hmm not bad. Cara dia cakap pun sopan je." Balas Zara dengan jujur. Lebar pula senyuman Zanida tika ini.

"Ara suka ke? Lagipun Nazmi tu single lagi. Mak dia pun tengah cari calon menantu. Tapi belum dapat lagi katanya."

Zara berdecit.

"Ish, tak naklah. Lelaki tu bukan taste Ara. Biarlah mak dia cari yang lain. Yang penting bukan Ara." Bantah Zara sambil menggerakan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan tanda tidak mahu.

"Memilih betullah Ara ni. Nazmi tu baik orangnya. Cubalah korang berkenalan dulu. Manalah tahu sangkut kan?" Zanida memberi cadangan.

"No means no, mummy. Ara tak naklah keluar dengan lelaki. Tak minat!" Balas Zara sambil menunjukkan muka menyampah.

"Ish susah la cakap dengan Ara ni. Dahlah, mummy masuk tidur dulu. Ara jangan tidur lambat ye? Esok kita nak pergi rumah along. Diorang dah tinggal sana. Lagipun mummy rindu dengan Rania." Pesan Zanida.

"Okay, mummy. Ara pun rindu dengan Nia! Good night, mummy. Muah! Love you!" Ucap Zara lalu mencium pipi Zanida.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience