3

Thriller Series 244

MALAM itu Zara sekeluarga berada di hospital. Ini kerana Ayla sudah pun mahu bersalin. Nasib baiklah mereka sempat sampai di sana.

Setelah setengah jam menunggu, akhirnya tangisan bayi kedengaran dari dalam wad itu. Nampaknya proses kelahiran bayi pertama mereka sangat mudah. Alhamdulillah, syukur kepada sang Pencipta. Urusan mereka dipermudah berkat doa semua.

Zara dan ibubapanya masuk ke dalam wad setelah doktor keluar dan membenarkan mereka melawat.

"Baby girl! Comelnya dia! Macam muka Kak Ayla." Puji Zara sambil menyentuh pipi gebu bayi itu. Dia tersenyum lebar.

"Tapi daddy nampak macam ada iras Ara masa kecil ni." Kata Kamarul sambil tersenyum mengingatkan muka comel Zara dulu.

"Betul la, bang. Nak sama." Kali ni Zanida bersetuju dengan Kamarul.

"Eh, tak sama langsung. Muka dia nampak macam muka along. Cuba tengok betul-betul." Bantah Zafrul.

"Eleh, jealous la tu daddy dan mummy cakap macam tu." Balas Zara lalu membuat mimik muka kepada Zafrul. Lalu dia ketawa.

"Mana ada jealous. Inikan anak along. Kenapa nak samakan dengan Ara pula?" Ujar Zafrul tidak puas hati.

"Aduh, dah bergaduh pula diorang ni. Suka hatilah nak sama ke tak, yang penting Ayla dan baby selamat." Kata Zanida. Semua mengangguk setuju. Sepatutnya mereka bersyukur bukannya duk membandingkan wajah siapa mirip siapa. Haih.

"Dah malam ni. Kami balik dulu ye? Along jagalah Ayla dan baby baik-baik. Kalau ada apa-apa update tau?" Pesan Zanida yang sudah mahu berangkat pulang.

"Bye sayang, Cik Sha! Nanti Cik Sha datang lagi tau?" Ucap Zara lalu mencium pipi lembut itu sebelum pergi.

****

SELAMA dua hari Ayla berada di hospital ditemani Zafrul yang setia di sisi dan sudah tiba masa mereka pulang hari ini.

Zara juga ikut serta ke sana untuk membantu mereka menguruskan bayi. Ringan sikit beban Zafrul tu.

"Ara belum makan lagi kan? Jom along temankan. Dekat bawah ada kafe." Kata Zafrul kepada Zara yang sedang mendukung bayi.

"Boleh juga." Balas Zara.

"Sayang nak apa-apa tak?" Soal Zafrul kepada Ayla pula. Ayla menggeleng.

"Takpelah, abang. Pergilah bawa Zara. Kesian dia dari semalam lagi tak makan." Balas Ayla dengan lembut. Untung Zafrul dapat isteri yang memahami.

"Okay. Sayang rehat dulu tau. Kalau ada apa-apa call abang terus." Pesan Zafrul sebelum pergi. Ayla mengangguk.

Mujurlah dekat kafe tak ramai orang sangat. Tak perlulah Zara menunggu lama untuk makan.

Setelah beberapa minit menjamu, tiba-tiba Zafrul menegur seseorang yang sedang berjalan.

"Han!" Panggilnya sambil melambai ke arah lelaki itu. Lelaki itu berhenti lalu menghala ke arah mereka.

"Zafrul. Kau buat apa dekat sini?"

Zara memandang lelaki itu. Sepertinya pernah jumpa. Tapi di mana?

'Oh mamat ni! Yang buat aku bengang haritu dekat office daddy!' Monolog Zara yang teringat kejadian hari itu.

"Tengah makanlah. Takkan membaca pula." Perli Zara perlahan namun jelas didengar oleh lelaki yang bernama Han. Han tersenyum senget.

'Eh, minah ni lagi.' Bisik Han.

"Bini aku dah selamat bersalin 2 hari lepas. Alhamdulillah hari ni dah boleh balik." Soal Zafrul pula.

"Alhamdulillah congrats Zaf." Pamit Han.

"Thank you. Eh, kenalkan ini adik aku, Zara. Zara, ini Han." Ujar Zafrul dengan tenang.

"Oh adik kau. Patutlah cantik. Mesti bahasa pun cantik kan?" Jawab Han sambil memerli Zara.

'Ish dia ni kan. Kalau tak disebabkan along ada, dah lama aku tumbok muka.' Gumam Zara sendiri.

Zara menghadiahkan senyuman palsu. Begitu juga dengan Han.

"Okay lah, Zaf. Aku nak jumpa seseorang ni. Pergi dulu ye? Enjoy your breakfast." Pamit Han lalu berjabat tangan dengan Zafrul. Zara memandangnya tajam.

"Kenapa muka macam tu? Ara kenal ke dengan Han?" Soal Zafrul yang perasan. Zara cepat-cepat mengawal riaknya.

"Eh, takde apalah along. Ara tak kenal pun dia siapa. Kan baru je jumpa?" Bohong Zara sambil sengih.

"Dia tu CEO of company yang collab dengan company daddy. Bagus Han tu kalau bab kerja. Along suka cara dia handle the project." Puji Zafrul melambung.

Zara rasa menyampah.

"Ara dah habis makan. Jom masuk dalam." Kata Zara.

"Okay jom."

ZARA menolong Ayla membawa beg pakaian. Manakala Zafrul pula mendukung anaknya sambil memimpin Ayla di sisi. Gentle betul!

"Sayang duduk sini. Abang nak pergi dekat kaunter kejap. Ara, tolong tengokkan Kak Ayla." Ujar Zafrul.

"Okay, along."

Ayla mengaduh sakit seketika.

"Akak okay tak ni?" Soal Zara yang kerisauan. Ayla senyum.

"Akak okay. Biasalah ni sakit lepas bersalin." Jawab Ayla.

"Kalau sakit sangat bagitahu ye? Ara risaulah." Kata Zara. Ayla mengangguk.

Sedang Zara berbual bersama Ayla, dia ternampak kelibat Han yang lalu di situ. Han berjalan masuk ke dalam wad sambil membawa sejambak bunga ros. Zara ralit memandangnya. Kelihatan wajah Han nampak sangat ceria.

"Jom. Semuanya dah settle." Kata Zafrul yang baru tiba lantas menghentikan pandangan Zara terhadap Han. Zara berpaling ke arah Zafrul.

"Along dan akak tunggu dalam kereta boleh? Ara nak ke tandas kejap." Pesan Zara. Setelah mendapat keizinan, Zara terus menghala ke tandas.

Setelah selesai, Zara keluar dari tandas itu. Dia berjalan sambil memandang sekeliling. Kemudian dia terdengar suara budak kecil.

"Thank you, papa. I love this roses so much!" Kata budak itu yang kelihatan sangat teruja.

Zara juga tersenyum.

'Baiknya lelaki tu.' Puji Zara dalam hati. Zara mengintai mereka di sebalik cermin. Dia ingin melihat lelaki kepada budak itu.

Disebabkan dia perasan ada pasu di situ dia cuba mengelak namun dia terlanggar seseorang yang lalu di situ.

"Ops! Sorry cik!"

Suara Zara menarik perhatian mereka yang ada di dalam wad itu.

Zara terus gelabah apabila dirinya diperhati Dia segera menutup mukanya dengan handbag di tangan lalu terus beredar dari situ.

Dia berlari untuk menuju ke kereta Zafrul. Nafasnya tercungap-cungap. Dia menarik nafas dan hembus berkali-kali.

"Dah kenapa macam kena kejar hantu ni?" Soal Zafrul memandang adiknya yang semput itu.

"Aa takde apa along. Tadi ada tebuan kejar." Bohongnya lalu tersengih. Zafrul ketawa lalu menggeleng.

"Ish macam-macam. Jom balik."

Zara menyandarkan dirinya ke kerusi.

'Dia nampak aku ke tadi? Habislah!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience