SIHIR BHGN 4

Thriller Series 244

SIHIR BHGN 4.

EFY tersentak bila dia baru tersedar dari lenanya. Laju saja tangan Afiq ditolaknya secara kasar sebelum dia menyelak duvet.

Bergenangan matanya, sambil mengebam bibir menahan segala buakkan perasaan yang hadir.

"Jantan tak guna! Bangun! Bangun! Apa kau dah buat pada aku, hah? Kau rogol aku?"

Afiq yang tengah sedap-sedap tidur setelah kelelahan, mengemudi bahtera mereka berdua malam tadi kini menerima sergahan garang itu pula.

"Bangun! Jantan tak guna! You memang tak guna! You perogol. You rogol I!" Bentak Efy menolak-nolak tubuh Afiq sehingga lelaki yang tidak sempat nak mengalihkan tubuh terlentangnya itu, terjunam ke lantai berpermaidani.

Efy dengan sekali rentap keseluruhan duvet menyelubungi tubuh tanpa seurat benangnya itu. Dia menangis teresak-esak mengenangkan diri yang tidak suci lagi.

"Memang I bodoh ikut you ke sini. Ada hal konon. Inilah hal you, ya? Jantan sial!" Terpekik-terlolong Efy di pagi itu, umpama kena rasuk hantu.

Afiq yang masih dalam kemamaian itu. Mengaduh kesakitan bila badan terhempas kuat di atas permukaan lantai. Efy bukan saja menolak-nolak dirinya malahan menarik pula duvet.

Kini dia yang kesejukkan tanpa beralas. Panjang tangannya mencapai seluar. Sambil mengaduh dia bangun untuk mengenakan kembali seluar.

'Perempuan ni kan. Memang nak kena dengan aku ni.' Afiq merungut di dalam hati sebelum mulutnya berkumat-kamit.

"Apa yang you kumat-kamit tu, hah? Jawablah kau dah bisu ke? Jantan sial. Kau kena bertanggungjawab!" Pekik Efy sebelum lidahnya mengelu semula sepertimana malam tadi.

Tubuh pula terasa melayang-layang seperti mana kain kapan yang mereka campak ke muara tersangkut pada satu ranting. Tidak tahu di manakah lokasinya.

Selain kain kapan, patung yang ada gambarnya seorang pula tergantung di sebuah kawasan air terjun. Bila angin bertiup patung itu pun bergerak-gerak.

Tiba-tiba Efy terasa ada yang mengalir dan melelehi sepanjang dagunya. Bersegera jarinya menyeka dan dia teramat terkejut bila melihatnya.

"Darah? Hidung Efy berdarah!" Tekannya sebelum dia jatuh rebah. Afiq hanya tersenyum. Dia melangkah melintasi katil lalu tubuh itu diangkat semula ke atas katil.

Efy tidak pengsan sepenuhnya. Dalam keadaan mata yang kabur dia tetap dapat melihat bagaikan ada seorang lagi manusia di belakang tubuh Afiq.

"Efy. Efy. Aku tak suka kau membebel-bebel tahu tak. Ni saja cara yang paling ampuh. Aku kan dah kata, kau tak boleh melawan aku kerana kau tu hak aku. Kau hanya perlu patuh saja. Itu pun, kalau kau taknak aku sakitkan kau, ya sayang..." Ujar Afiq tersenyum penuh makna.

Dan mulai daripada hari mereka semalaman di Cameron. Hubungan mereka sudah seperti suami isteri tanpa mengenal batas mahupun dosa.

Efy benar-benar berada di dalam kawalan Afiq dan juga dukun dari Tanah Seberang itu. Tetapi bila Afiq keluar, Efy seperti biasa semula dan dia terus mencari telefon pintarnya untuk mencari seseorang namun bertemu pula dengan mesej dari Mira.

"Salam. Saya dapat nombor awak dari dalam telefon suami saya. Hati saya memilih awak dari puluhan nama wanita dalam senarai hidupnya. Sebelum ini, saya memang ada mesej perempuan-perempuan dia tetapi ada yang tak percaya malah ada yang mentertawakan saya dengan kata-kata menyakitkan lagi hati saya yang tersedia sakit ini. Dan saya masih hidup lagi. Sampai hati abang anggap saya dan anak kami dah mati. Awak, saya mesej awak kerana hati saya kuat mengatakan mungkin awak mampu melawan dia. Saya tak tahu apa yang saya katakan ni betul atau tidak tapi saya tahu suami saya tu ada memakai. Awak, kalau awak di tempat saya apa yang awak rasa? Awak saya pohon pada awak, tolong tinggalkan dia. Saya tak pasti, sama ada awak kenal dia secara mendalam atau tak. Nanti saya kirimkan kesemua mesej-mesej perempuan itu. Kalau awak nak lebih yakin lagi, awak check lah phone dia. Tolong saya awak demi anak kami...( Mira)"

Petikan mesej sebenar tapi sudah diolah sedikit ayatnya.

Menggigil tangan Efy di kala itu. Dia terdongak dan cuba mengingati semula apa yang dia nanpak ketika dia stalk telefon Afiq walau ia agak sukar.

"Kenapa sekarang aku susah sangat nak ingat ni. Aku memang yakin aku pun ada nampak gambar-gambar tak senonoh perempuan tu semua. Kau memang tak guna, Afiq. Kau tipu aku. Duda konon. Kematian isteri. Bini kau masih terconggok lagi tahu tak!"

"Memakai? Jadi apakah selama ni kau juga guna-gunakan aku, Afiq? Macam mana kau guna-gunakan mereka? Tapi betul ke? Wujud lagi ke sihir tu?" Efy menyoal dengan merasakan sedikit meremang dalam rumah inap sebesar ini.

"Lagipun aku pun memang ada nampak benda bukan-bukan tu. Selama ini, aku tak pernah nampak pontianak apa semua. Tapi memang lepas aku rapat dengan Afiq lah, aku boleh nampak macam-macam. Tapi macam mana aku nak cari? Aku bukannya tahu dekat mana? Siapa bomoh dia selalu jumpa?"

Efy bingkas bangun. Dia terus berlari naik atas semula. Dia ingin menyelongkar isi beg jantan tak berguna itu. Sampai saja dia ke dalam bilik.

Efy terus mencari beg Afiq.

"Ni dia. Kau sorok beg kau ya?" Soal Efy yang terduduk di lantai. Dia terpaksa meniarap untuk menarik beg tersebut dari bawah katil. Patutlah cari tak jumpa-jumpa.

"Tapi apa benda aku nak cari ni? Baju-baju dia je semuanya? Selalu kalau orang memakai ni mesti ada simpan macam tangkal-tangkal. " Efy mengomel sambil menyelak-yelak baju.

Di luar rumah inap bercirikan kolonial itu. Kereta Proton Persona Afiq sudah pun sampai. Dia balik dengan bungkusan makanan dari kedai berdekatan.

"Efy! Efy! Where are you? Takkan tidur balik? Efy?" Afiq mencari ke semua bahagian termasuk dapur tetapi bayang pun tiada.

Plastik dia letakkan saja di atas meja. Afiq ingin naik ke atas dan tangga berputar dia cari. Petang ini mereka akan balik ke kl semula.

Tersenyum-senyum Afiq tatkala terkenangkan bakal off shore dengan satu lagi awek baru dia kenal. Sama status iaitu engineer tetapi dia merupakan janda berhias.

Setibanya di depan muka pintu bilik. Hilang terus senyuman Afiq. Efy juga turut tersentak. Dia dengar bunyi enjin tadi tapi dia tidak pula predik yang Afiq akan naik ke bilik.

"Apa you buat ni? Apa you buat dengan beg I, hah?" Soal Afiq tegas. Matanya menjadi sedikit terbeliak. Efy perasan namun hatinya lebih sakit saat mengenangkan mesej dari Mira.

"Siapa Mira? Siapa dia dengan kau, hah?" Efy juga tidak kurang tegas dalam menghamburkan pertanyaan.

"Aku tak kenal siapa Mira. Berapa kali aku nak bagitahu hah? Aku takde kena mengena dengan perempuan-perempuan itu. Kenapa, kau susah sangat nak faham hah? Hah?" Soal Afiq dan terus berlari ke arah Efy.

Efy yang ingin bangun tatkala melihat terpaan Afiq tidak sempat kala rambutnya sudah dicekak.

"Lepaslah! Sakit!" Tengking Efy. Rasa mahu tercabut kulit kepalanya di saat itu. Afiq dengan kasar menendang begnya agar menjauh.

"Apa yang kau nak cari dalam beg aku, hah? Apa yang ada? Kau stalk henfon aku,ya?" Herdik Afiq lagi. Jenuh Efy meronta ingin dilepaskan namun cekakkan Afiq makin kejap pula.

"Aku tak stalk lah bodoh. Bini kau yang mesej aku. Bini kau tau tak! Kau tipu aku, Afiq. Kau memang dasar jantan tak berguna. Kau guna-gunakan aku supaya kau boleh rogol aku. Sama juga macam perempuan-perempuan lain tu kan? Siap hantar video bagai kan? Memang kau check in hotel murah tu. Low class punya jantan. Huh!" Sempat lagi Efy melantunkan sindiran pedasnya. Makin merona merah wajah Afiq.

"Kain yang kau nak aku campak sekali di muara tu, untuk apa? Baik kau cakap?!" Bentak Efy sambil teronta-ronta.

Afiq sebenarnya semakin kehilangan kosa kata dalam nak menegakkan benang basahnya. Dia tidak menyangka, Mira boleh mesej Efy.

"Hei jantan low class. Cakaplah. Apsal diam? Kau tak bercerai lagi kan? Dah berapa banyak perempuan yang kau kikis, hah? Aku. Aku memang bodoh kenal dengan kau lah!"

Pang!

"Aku kata diam!" Herdik Afiq setelah tapak tangan melayang ke pipi Efy. Terteleng wajah perempuan itu.

"Kau tampar aku? Kau tampar aku..." Suara Efy meleret dan menekan seakan bergumam.

"Kau memang gila Afiq. Kau memang gila!" Pekik Efy menepuk-nepuk. Menampar-nampar bahu Afiq sebelum lelaki itu, menangkap tangannya dan memulas ke belakang.

"Argh! Bodoh, lepaskan tangan aku!" Efy memekik lagi. Dia umpama tidak sedar diri sahaja kerana kerasukan rasa amarahnya pada Afiq.

Makin kuat cengkaman tangan Afiq pada lengan Efy. Dan wanita itu juga, agak terkejut sebenarnya kerana inilah kali pertama Afiq mengasarinya.

Mata yang semakin basah itu tertancap pula duvet warna putih lalu kenangan itu hadir...


Imbas kembali, Muara sungai

"Sayang. Apa yang kita buat ni betul ke? Tak merbahaya ke sayang? I takutlah, kalau terjadi apa-apa. Untuk apa semua ni?" Soal Efy mata meliar ke setiap belukar yang ada di sekeliling muara nan sepi itu.

"Sayang, betullah. Sayang tak perlu khuatir ok! Apa yang I buat ni, untuk kebaikan kita berdua jugak. Trust me okay honey."

"Apa yang I buat ni memang untuk you. l really love you dan I memang tak boleh hidup tanpa you. Ini semua, untuk keharmonian hidup
kita," ujar Afiq tersenyum sambil berpimpinan tangan, kain putih berair mani sewaktu dirinya dengan skandal 'bersama' sudah pun dia dan Efy lepaskan ke dalam muara setelah mulut Afiq berkumat-kamit dengan bacaan jampi serapah berbahasa jawanya.

Kini...

"Kain putih tu. Kau guna-gunakan aku kan? Kau memang dasar jantan tak guna!" Efy memekik sambil mengangkat vase ingin mengetuk Afiq.

Afiq lebih cekap lagi. Dia terus bergumam membuatkan kaki Efy ada tangan berjemari runcing seakan tulang sahaja dan berkuku hitam sedang memegang kakinya lalu Efy tersembam dan dahinya terhantuk pada bucu katil.

Efy terus pengsan dan dahinya berdarah. Afiq tersenyum. Dengan pantas lelehan darah Efy dicalit menggunakan sapu tangannya.

"Nampak gayanya perempuan ni aku kena tundukkan dia lagi. Dan kau Mira, kau tunggu. Nasib kau juga sama!"

Afiq mengangkat tubuh lembik Efy untuk dibawakan ke klinik berdekatan.

***

Mira dan si anak sindrom down nya saling berpelukan. Mira juga tidak tahu kenapa lewat kebelakangan ini, mata mereka seringkali diganggu dengan penampakan yang menyeramkan dan berupa seorang perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience