Sihir bab 3.
"KENAPA lewat?" Tanya Efy setelah Afiq menyimpan beg milik wanita itu ke dalam bonet. Lalu sambil menutupnya dia menjawab.
"I ke stesyen minyak. Top up minyak dan beli jajan untuk you. Mesti dalam perjalanan nanti you nak kunyah-kunyah kan?" Soal Afiq dengan mata pula tajam merenung penampilan Efy di waktu itu.
'Sebelum you, I kunyah...' Gumam Afiq sinis. Setelah mendengar ayat itu. Efy terus menapak ke arah seat depan dan Afiq seat pemandu.
'Nanti kat sanalah I nak tanya juga. Apa benda yang dia buang dekat muara itu. Nak kata dia berubat, buat apa dengan aku sekali kan? Dahlah kain putih tu pun semacam je aku tengok. Apa nak jadi, jadilah lepas aku ikut dia ke muaralah tidur aku tak pernah lena. Ada je gangguan...' Bisik hati Efy setelah mengenakan seat belt.
"Nah!" Ujar Afiq bila dia sudah masuk dan sebelum menutup pintu. Bungkusan plastik putih berisi beberapa jenis coklat bar, dia ambil dari seat belakang lalu dihulurkan pada Efy.
Efy tersentak. Plastik dipegangnya. Sewaktu memasang seat belt dan menghidupkan enjin serta air cond. Ekor mata Afiq mengerling sebelah sambil bergumam sesuatu lalu membuat isyarat hembusan.
"Sedap pula coklat ni..." Ujar Efy lalu mengigit lagi dan lagi. Afiq tersenyum penuh makna lalu memandu.
Dari Kl untuk Cameron mungkin memakan masa juga. Efy juga tidak banyak cerita seperti selalu. Itu yang ada-ada masanya membuat dia terasa pelik.
Ketika di rumah perasaan marahnya amatlah meluap-luap. Namun tatkala sudah bertentangan mata dengan Afiq semuanya sirna dan berterbangan pergi.
Telefon pintar Afiq yang sudah dia matikan dihuni banyak panggilan, miss call serta notifikasi medsos lain. Kebanyakkannya dari nama-nama perempuan.
Mereka juga sehari tak mendengar suara mahupun bertentangan mata, tidur pun tak lena. Entah apalah ilmu yang Afiq ini pakai.
"Sayang, rasa bahagia sangat jikalau hari-hari macam ini," ujar Efy setelah coklat bar sudah dia habisi.
"I pun sama, you. Tap nanti, I kena off shore dah tau. Tiga bulan you kena rindukan I saja tau," ujar Afiq seraya memegang kekura Efy. Efy hanya tersenyum dan merelakan.
"Off shore balik? Eh, tapi... bukan ke you baru saja lagi? Itulah sayang. I kan dah kata resign je dari situ. Cari kerja lain tak pun I kan ada. I boleh sara you... kitakan nak kahwin..."
Mendengar saja perkataan kahwin. Retak terus rekahan senyuman Afiq. Bab nak 'dipayung' itu dia memanglah teramat suka. Tapi kalau bab kahwin tu...
"Efy... I kan dah cakap. I tak suka you asyik sebut soal kahwin saja. I takut kena tinggal lagi macamana dulu..." Ujar Afiq sengaja mereka cerita.
'Kahwin? Hahaha... boleh tu boleh tapi... kau kuat kontrol, Fy...' Desis Afiq.
'Tapi, apa ada hal. Memang aku boleh je nikah dengan kau. Kau boleh jadi madu Mira secara rahsia. Kemudian aktiviti dengan skandal-skandal tetap berjalan lancar. Ilmu aku yang satu ni, tak boleh 'lubuk' yang sama saja nanti lemah. Tak hebatlah aku nanti di mata perempuan!' Desis Afiq yang terlalu tamak serta mengikut hawa nafsu semata.
"Habistu? You taknak berkahwin dengan I ke? You nak buat I ni sebagai perempuan apa, hah?" Soal Efy tidak mampu nak meninggikan suaranya bila berada dengan Afiq.
"Sayang...calm down okay. Siapa pula yang kata taknak kahwin ni, hah?" Aju Afiq seraya mencuit dagu wajah masam-mencuka Efy.
"Janganlah buat muka pula. Kitakan nak happy-happy ni. Kita kahwin okay. I janji. After I balik off shore kita buat wedding ceremony..." Ujar Afiq sekadar berkata-kata.
'Pak Karto, kayaknya ilmu kain kapan yang aku buang dekat muara itu menjadi. Tapi aku mahu lebih lagi...' Kata hati hitam Afiq seraya teringatkan lelaki yang suka memakai blangkon di kepalanya itu.
'Ilmu penunduk tanah seberang memang terbilang ampuhnya. Hahahah...'
***
Di Cameron. Efy terpaksa pula duduk seorang diri setelah mereka tiba di sebuah rumah inap bercirikan kolonial zaman British.
"Eh, ni kan telefon Afiq. Apa pasal tak dibawanya? Hmm patutlah bateri out. Baik aku caj," ujar Efy lalu bergerak ke arah dinding yang ada plug.
Setibanya Efy di tepi dinding, charger terus dimasukkan ke dalam soket. On saja. Berdesup-desup notifikasi naik ke skrin sesentuh.
Berlapisan dahi Efy dibuatnya. Perasaan marah mulai meruap-ruap. Jari menggeletar saat swipe demi swipe mesej-mesej perempuan-perempuan yang memanggil 'sayang' dan 'B' pada kekasihnya itu.
Makin dalam dia mengetap bibir bila di aplikasi Whatapps pula ada dua, tiga nama perempuan yang hujungnya berhurufkan 'J' dengan berani mengirim gambar serta video aksi lucah mereka buat tatapan abang sayang!
Wayar dicabut walau tidak fully charged. Efy membawa telefon ke arah sofa. Kasar bunyi hempasan punggungnya atas sofa tersebut dan mata masih tajam menatap gambar-gambar porno itu.
"Ini kerja kau rupa-rupanya. Patutlah bila aku ajak kahwin beribu alasan kau bagi kat aku. Jadi, memang betullah kau check in hotel murah tu ya? Takde class langsung. Kata engineer. Tapi hotel murah kau check in. Sesuailah pun dengan sundal tak tahu malu ni. Penyondol!"
Efy mengecam. Tanpa dia menyedari siapakah dirinya juga. Ingin saja Efy campakkan telefon dalam pegangannya itu ke lantai. Biar berkecaian tetapi secara tiba-tiba hadir pula satu perasaan asing selain rasa merinding.
Di rumah Pak Karto pula. Asap kemenyan sampai keluar baunya. Afiq memang adamasanya berasa seriau juga bila berada dengan dukun berketurunan Jawa ini namun demi nak memuaskan nafsu dia sanggup redah.
"Sudah aku perasapkan. Kau pergi saja sarungkan cincin ni, di dalam bilik. Nanti aku akan lilit pinggang kau dengan tali pocong pula."
Afiq mengambil cincin tembaga itu sambil terangguk-angguk lalu bangun. Cincin itu tidak dipasangkan pada jari tangan tetapi pada 'daerah larangan' nya. Itulah kekuatan dia selama ini.
Sementara menanti Afiq selesai menyarung. Pak Karto masih lagi memuja-muja gambar Efy asap kemenyan sebelum dia lekatnya gambar tersebut pada patung berbentuk manusia yang diperbuat dari jerami.
Jari telunjuknya tertusuk ke dada kiri si anak patung. Begitulah kencangnya detakan jantung Efy dalam banglo tersebut.
"Sudah?" Soal Pak Karto tatkala dia mendongak dan nampak batang tubuh, Afiq sedang menghala ke arahnya. Afiq mengangguk lalu dukun itu bangun lalu bergerak ke arah Afiq.
"Selak baju kau, biar aku ikat tali ini ke pinggang kamu. Setelah itu, kau turunkan sedikit seluar mu untuk aku lihat juga." Pak Karto mengeluarkan arahannya dengan tangan memegang tali ikatan kafan jenazah berjampi.
Afiq turuti saja semua arahan dukun Tanah Seberang itu. Pak Karto juga mengamalkan ilmu banaspati. Yang tahu, tahulah.
Sambil berkumat-kamit, Pak Karto melilitkan tali pocong itu sebanyak dua simpulan sebelum dia menyimpul mati.
"Sudah. Turunkan seluar mu..." Arah Pak Karto sebelum mulutnya sekali lagi berkumat-kamit.
Suasana menjadi semakin meremang. Pak Karto di saat itu seakan-akan sedang menurun pula. Mata putihnya, mulai dijalari akar merah mengelilingi anak mata hitamnya.
"Fuh!" Pak Karto menghembus kemudian bahu Afiq ditepuk-tepuknya sebanyak tiga kali. Barulah dia selesai.
"Jangan kau langgar pantang-larangnya. Soal perempuan bernama Efy itu pula tidak usah lah kau khuatir banget karena aku sudah pun memegang 'hatinya'. Kau bisa aja bernikah tapi usah kau lupa pada syarat-syaratnya jika kau masih mahu berkuasa lagi!"
"Yang di muara itu aku sudah letakkan 'penjaga' dan nanti aku akan ke sana dengan 'hati' perempuan itu. Dia akan tetap patuh serta goblok."
Ketawa mereka berdua setelah mendengar.
Di rumah inap kolonial pula. Efy menjadi resah kenapa Afiq masih belum pulang-pulang lagi. Jika tadi, hatinya diserbu amarah tetapi tidak tahu kenapa ia menyejuk dengan sendirinya.
"Nak telefon pun apa gunanya!" Omel Efy sendirian. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk dan menunggu. Mata pula semakin kuyu.
Afiq membuka pintu yang tidak berkunci itu. Dia menapak seperlahan mungkin ke arah tubuh tersandar Efy di atas sofa. Tajam tatapan mata Afiq pada tubuh itu.
'Aku mesti takluk kau sekarang. Jika tak, sia-sia saja aku buat semua ini.' Desis Afiq tersenyum penuh makna.
'Aku perlu lihat sejauh mana keupayaan ilmu kain kapan yang kena campak di muara itu...'
Afiq terus berkumat-kamit mulut. Efy berkerutan keningnya. Telinganya seakan mendengar sosek-sosek.
"Argh!" Efy benar-benar terperanjat dengan sergahan muka berupa pontianak tersebut. Dia laju saja memeluk tubuh Afiq setelah memekik.
Afiq menggunakan masa itu dengan hembusan demi hembusannya. Efy rasa khayal dan dia seakan rela pula tubuhnya itu diangkat lalu dicempung untuk ke arah kamar.
***
Mira pula sambil teresak-esak menaip mesej pada perempuan bernama Efy. Hanya sebaris nama itu saja yang hatinya ringan mahu meluahkan rasa.
Sambung...
Share this novel