SIHIR BHGN 2 pula.

Thriller Series 244

LAMAN FAC.
GRUP JODOHKU.

"YA, betul you. I
ni, dah lah kesepian,
takkan you tak merasa kasihan pada I..."

"Sejak bila you?"

"I kesepian dah lama
jugak you. Wife I, dah
3 tahun takde kat dunia
ni you..."

Laju saja jari menekan butang 'enter. 'Tersenyum seorang diri Afiq. Telefon pintar pula, diangkat apabila
telah tiga kali ianya
bergetar.

Berlapisan dahinya tatkala mata menancap tajam padamesej dari aplikasi Whatsapps tersebut. Bukan itu sahaja, panggilan pula masuk.

"Panggilan dari Efy?" Dia menyoal sedikit terperanjat. Tiba-tiba saja Efy membuat panggilan waktu-waktu sebegini.

Butang 'answer' ditekan.

"Hello you? Baik you
cakap betul- betul apa yang you dah buat? I nampak you semalam. Baik you terus-terang. I dah warning you kan yang I ni, tak suka dipermainkan!"

"What? Angin takde
ribut takde, tiba- tiba
nak naik angin ni dah
kenapa?"

"Semalam I terserempak dengan
you kat Jalan Tar. Buat apa you check in dekat hotel murah tu?" Melahang suara Efy.

Di ketika ini, perhubungan mereka berdua sudah semakin serasi dan bertambah intim. Jenuh Efy cuba menidakkan rasa yang hadir itu akhirnya dia tewas. Tewas dengan kata-kata asmara lelaki durjana itu!

"Hah, bila pula I
check in hotel ni, you?
You silap orang ni..."
Afiq tetap tenang dalam
menjawab.

Memang temberangnya sudah pecah. Apa yang perempuan dalam talian itu, katakan adalahbenar.

Namun, bukan
Afiq namanya, jika tak
pandai 'menutup lubang'. Dalam masa yang sama, Afiq sempat
berbalas mesej di
laman sosial Fac.

"Are you think I'm blind? Tak nampak apa dan di mana?" Kian melengkeng hamburan amarah Efy. Matanya belum cukup rabun lagi untuk mengatakan yang dia salah melihat.

Kemudian dia kembali semula menumpukan perhatiannya itu kepada panggilan Efy setelah siap menaip ayat-ayat power pada lawan chatting Fac Messenger nya itu.

"Sayang... betullah. Itu bukan I lah. You ni kan terlalu kuat cemburu. Itulah orang perempuan. You all yang salah nampak tapi salahkan kami, kaum lelaki ni."

Mana tak berdesing telinga Efy. Ni lah orang lembut gigi daripada lidah.

"You cakap tu baik sikit ya. I takkan kata kalau takde bukti. Macam ini ke sayang you pada I, hah? Mana janji-janji you dulu?" Soal Efy.

Sedang dia memarahi itu. Entah mengapa, lehernya terasa disentuh sesuatu. Laju saja dia palingkan mukanya ke belakang iaitu bilik. Kosong.

Dalam dok mendengar leteran si Efy di handsfree, Afiq dengan
pantas memutuskan
satu lagi talian yang baru masuk. Bukan kerana terpaksa tetapi di sengajakan. Dia bukannya tak tahu daripada siapa.

Panggilan baru masuk itu, seorang 'Miss J' yang baru seminggu dia kenali. Namun dengan begitu mudahnya, wanita bertubuh gebu itu, memberi tubuh
pada Afiq.

Kucing bila sudah nampak ikan?

Itulah kegunaan handsfree bluetooth. Senang untuk dia melihat sebarang notifikasi yang naik ketika dia berada di atas talian panggilan telefon.

"Awak dengar tak ni? Awak jangan macam-macam dengan saya ya..." Pekik Efy di talian tatkala dia kembali semula merenung balkoni dari atas katil. Hilang sudah sebutan I dengan you.

Tiba-tiba telinga Efy terdengar pula suara bisikan membuatkan dia yang terperanjat dengan pantas menarik lekapan telefon pada telinganya. Mata tajam merenung skrin sesentuh.

Manakala Afiq di tempatnya sudah tersenyum. Perca kuning berisi ayat mantera yang ditintakan menggunakan darah jari hantunya itu, disimpan kembali.

'Ni makannya. Jangan banyak songeh sangatlah. Semak kepala otak aku saja. Suka hati akulah. Aku nak keluar ke. Nak check in hotel ke. Bukan pakai duit kau pun...' Gerutu Afiq yang tersenyum pula pada kehadiran satu lagi mesej baru dari Messenger.

"Lebih baik aku
layan awek Malayan Banking ni dari kau atau pun si mak janda tu. Tau nak sedap je. Kau pulak nak control hidup aku. Siapa kau nak kawal aku? Aku je yang boleh kawal kau lah, betina."

"Minah ni, sudah tentu -tentulah fulusnya pun
masyuk!"

Pun demikian walau macamana sekalipun, Efy yang semakin jinak itu, mesti dia
takluki. Sebab Efy bukan mudah untuk dijinakkan hanya berumpankan kata-kata mahu pun wang ringgit tetapi dengan sesuatu yang lebih berkuasa.

Bagi Afiq, bukan salah
dia jikalau perempuan-perempuan itu hadir pada dirinya dan menyerah diri.
Ada juga yang Afiq
mahukan tapi payah nak dapat seperti Efy.

Mira? Huh! Itu lagi Afiq bosan!

Dah beranak-
pinak. Tak puas.
Mira ibarat kain yang
dah rabak. Betapa hinanya Mira, kini di pandangan Afiq.

***

"Abang! Sampai
hati buat Mira begini?
Abang tahu tak siapa si
cacat yang abang dok
hina- hina ini, hah?"

Afiq terus
menyambung pekerjaannya. Pakaian
yang telah siap dia
campakkan atas katil
terus dia sumbatkan ke
dalam beg.

Malam ini, dia mahu 'makan buah besar' di Cameron pula. Bukan sahaja gaji mantap, tapi 'aset' pun besar.

"Pap. PaPa..."Seru si anak yang istimewa itu, sambil tangannya terkial- kial menarik kemeja si bapa.

"Argh! Ke
tepilah, anak h4r4m!"
"Abang! Kalau
abang nak hina saya
hinalah. Tapi jangan
Ika bang. Jangan
Ika!"

Mira memukul-mukul belakang tubuh yang tetap membongkok ketika menyumbat segala pakaiannya ke dalam beg besar.
Mira terjelepuk atas
lantai penangan Afiq.
Afiq hanya memberi
pandangan penuh
benci. Beg yang
kembung tersadai di
atas katil, diangkatnya
dengan rakus.

Mira yang memegang kedua belah kakinya ditolak, sehingga dahi wanita itu terhentak pada simen lantai.

Tiada sekelumit pun rasa kasihan dalam hati
lelaki durjana itu, tatkala dia melangkah keluar dari dalam bilik.

Dia jemu mendengar segala pekikkan serta rintihan Mira, isteri yang dia anggap sudah mati pabila dengan Efy mahupun skandal yang lain.

"Abang!" Raungan Mira bergemaan.

Dengan pantas anak
'istimewa' mereka
itu, didakapnya,
dikucupnya lama.
Esakan makin
berlanjutan.

Entah
apalah dosanya,
sehingga sebegini
sekali ujian ALLAH
SWT turunkan.

"Nak jumpa?" Soal Afiq tersentak. Bonet dihempas. Dan dia tergaru-garu kepala. Dia mahu naik Cameron dengan Efy.

Tak mungkin dia mahu melepaskan peluang yang ada. Efy pula bagaikan lembu dicucuk hidung saja menanti ketibaan Proton Persona milik kekasihnya itu.

"Alah sorry lah you. Malam ni, I dah kena off shore semula."

Dengan pantas dia mematikan taliannya. Kemudian dia tertenyeh-tenyeh matanya. Sungguh dia tadi nampak susuk tubuh Pak Karto.

"Buat apa pula dia di area ini?" Soalnya yang sekadar mengangkat bahunya saja. Lalu bergerak ke seat pemandu.

"Macam tahu-tahu pula yang aku ni, memang nak lagi ilmu..." Ujar Afiq sambil tersenyum dia mengenakan seat belt.

"Aku dapat rasakan ilmu kain kapan tu tak berapa mujarab."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience