EPISODE: 11

Thriller Series 244

Farhana Dhia membawa anak-anak tirinya keluar membeli belah di market tanpa pengetahuan Suami. Dia sudah bosan duduk di rumah besar itu tanpa membuat apa-apa disana.

Beberapa orang maid sedang menjinjit beberapa bag barangan yang sudah di beli Farhana Dhia yang kelihatan begitu banyak dengan sayur-sayuran saja.

"Aunty itu apa.?" Amir menunjuk pada beberapa ekor belut di dalam kotak merah di depannya.

"Itu belut, sedap tau kalau dibuat goreng kunyit atau sup. Amir nak ke.?" Farhana menunduk separa bahu Amir.

Amirah tergelak kecil bila Farhana Dhia bertanya kepada Amir begitu.

"Nampak macam ular!!!. Tak naklah jijik.."

"Belut lah sedap Amir, boleh kite rasa macam mana orang asing makan ular. Hahaha.." Amirah tergelak besar.

"Amira.. tak bagus awak cakap macam tu. Kita tak boleh kritik masakan di negara lain tak baik cakap macam tu tau." Farhana segera bangun.

Dia menggeleng kepala, kedua-dua anak tirinya di bawa pergi jauh dari situ, jika orang lain dengar pasti akan menjadi buah mulut. Ia mengigit bibir sendiri.

"Puan.. kita nak ke mana lagi lepas ni.?" Tanya Ita dengan melirik pada Amir dan Amirah.

"Kita pergi makan dulu lah. Saya dah lapar sangat ni, situ ada gerai makanan.." Farhana menunjuk di sebuah gerai roti canai.

"Roti.. canai." Amirah menyebut satu-persatu perkataan itu.

"Ye.. roti canai kedai makcik tu sedap tau. Lepas makan ni kita balik ya.." Farhana menarik tangan Amir dan Amirah ke arah kedai roti canai yang tidak jauh dari situ.

"Sedap ke.? Macam tak bersih je.." Amir menarik tangannya dengan kuat.

"Itulah betul ke Aunty nak makan di sana.?" Amirah juga was-was dengan makanan di gerai itu.

Jujurlah mereka tak pernah makan di gerai kecil begitu.

"Kalau kamu berdua tak nak tak apalah, kamu berdua balik ke rumah dulu. Aunty nak pergi makan kejap. Bye.." Ia berjalan pergi sendiri ke gerai tersebut.

Dia bukan anak orang kaya seperti mereka, dengan makanan begini dia hidup sihat sehingga sekarang.

Amirah dan Amir, Ita termasuk Anna kembali ke kereta.. mereka mahu meletakkan bahan basah tadi di dalam kereta.

"Kenape dengan Aunty tu eh Mid.? Dia marahkan kitorang ke tadi?" Amirah dan Amir sudah masuk ke dalam kereta.

"Taklah.. mungkin dia cuma nak makanan roti canai saja, jangan fikir bukan-bukan ya." Ita tersenyum saja.

"Benar tu Cik Amirah mungkin Aunty Hana teringin tu. Kita tunggu dia di sini saja okay." Anna menutup pintu kereta.

Ivan dan Airel hanya mendengar di kerusi depan.

"Kau nak pergi jemput Puan Hana ke.?" Ivan melihat pada Airel.

"Dato dah call ke.?" Airel sedikit gelisah.

Gelisah kerana sejak tadi handfone mereka berdering tak henti-henti menjerit meminta untuk di angkat. Siapa tahan.

"Banyak kali dah ni Dato call. Aku risau nak jawab sebab Puan bawa anak-anak tiri dia keluar sekali ni." Ivan melihat di screen handfone.

Airel mengangguk dia juga merasakan apa yang Ivan rasakan sekarang ini. Ghisau.

Drttt..

Drttt..

"Iv.. angkatlah." Anna melihat kearah seat pemandu depan.

"Dato ni. Mesti dia nak tanya Puan Hana ke mana sejak tadi." Ivan melihat ke belakang seketika.

"Angkat jelah, bising tahu tak. Hadoi.." Ita menjeling geram pada Ivan.

Kalau dia ada kuasa dah lama tangannya memanjang untuk mengangkat panggilan tadi asyik berdering itu.

Ivan terpaksa mengangkat panggilan dari Ikbal Fatah. Tetapi awal-awal telinganya sudah berdesing pedih.

"Mana anak-anak dengan isteri aku Ivan!!!! Kau bawa mereka ke mana.?" Sergah Ikbal dengan kuat.

"Maaf Dato, saya terpaksa bawa Cik Amirah dan En. Amir bersama Puan Farhana. Diorang nak ikut Puan ke pasar pagi tadi." Ivan terpaksa berterus terang dengan majikkannya.

"A-apa pasar pagi.? Aduh!!" Ia menepuk wajah dengan kesal. Jarang-jarang dia kesal begini.

"Puan nak beli bahan segar untuk Datin.. itu yang saya dengar perbualan Puan dengan Cik Amirah tadi. Dato."

"Kau pergi cari anak-anak aku dengan Hana sekali dah tengahhari ni. Pergi!!"

"Erkk.. Cik Amirah dengan En. Amir dah ada di dalam kereta ni Dato. Tetapi Puan Farhana saja tak datang lagi.."

PRAP

Sekali lagi Ikbal Fatah menepuk wajahnya.

"Dia ke mana pula.?"

Handfone Ivan bertukar tangan dengan Amir.

"Hi Papa..."

"Amir.? Mana Aunty Hana."

"Aunty Hana tengah makan roti canai di gerai buruk yang ada di pasar pagi. Papa.." Amir mengedik ngeri.

"Ih tak baik cakap gerai buruklah." Amirah menampar tangan Amir.

"Betul lah.. gerai tu buruk."

"Tak lah.."

"Ih ini kalau Aunty Hana ade pasti dia sedih. Awak ni memang takde peribahasa langsung.!!"

"Diam lah. Awak dengan dia sama saja."

"Sudah!!! Sudah.. Dalam fhone pun nak bergaduh ke korang ni.? Suruh Ivan carikan Aunty Hana korang cepat." Arah Ikbal dengan tegas.

"Kalau tidak korang jangan balik ke rumah.!! Faham.." Kali ini ia terpaksa menguna kuasa vitonya kerana ia tak mahu isterinya terjadi apa-apa diluar sana.

Belum apa-apa Ivan dan Airel sudah keluar dari kereta untuk menjemput Farhana Dhia di dalam. Suara lelaki di corong sana sangat memedihkan telinga mereka.

"Eh mana diaorang pergi ?" Amirah dan Anna terkejut serentak.

Ivan termengah-mengah mencari kelibat Farhana Dhia. Mereka harus mencari wanita sehingga ke hujung dunia jika perlu.

"Tu Puan Hana.. Argh penat lari." Airel menepuk bahu Ivan.

"Jom ah.. jemput Puan." Ivan mendapatkan Farhana bersama beberapa bag plastik makanan.

"Puan Hana..!!!!" Ivan berlari dari belakang.

"Puan tunggu..!!!" Begitu juga dengan Airel mereka berlari kencang mendapatkan majikan perempuan mereka.

Farhana Dhia yang berjalan kearah lain pun melihat ke belakang.

"Ivan.. Airel.? Kenapa ni. Hahaha." Ia tergelak lucu.

"Puan jangan ketawa dulu. Dato dah bising dari tadi Puan keluar tak bagitahu dia, huh penat.." Ivan mengambil barangan plastik dari genggam Farhana dia membawa beberapa bag plastik itu.

"Excuse me.!! Saya siap whatsapp, and send location lagi dekat Dato. Takkan dia tak tengok kot.? Pelik." Farhana terpaksa mengikut langkah kedua-dua lelaki itu ke parking kereta tadi.

Ia langsung tak melihat fhone sejak tadi, ia mahu berjauhan dengan gajet itu untuk beberapa jam selepas ia keluar dari rumah itu.

"Pelik ke tidak jom lah kita segera pergi. Dato dah mengamuk tu saya risau silap-silap kami di pecat nanti.." Airel membawa diri berjalan dahulu ke tempat parking kereta.

"Jangan cakap macam tu Airel.. awak berdua dah lama berkerja dengan Dato, takkan Dato nak pecat korang berdua disebabkan hal ni saja." Farhana menggeleng kepala.

"Aunty Hana.." Amirah memeluk Farhana yang sudah masuk ke dalam kereta.

"Ye.. kenapa Papa marah eh kite datang sini.?"

"Marah sangat. Papa nak pecat Aunty Hana bila kita sampai di rumah nanti." Amir tersenyum besar.

"Oh yeke.? Baguslah.. Aunty Hana boleh kerja di tempat lain, Amir mesti bahagia jika ada orang lain datang rawat Mama nanti. Alhamdulilah.."

"Mestilah happy sangat-sangat. Aunty tu kerja tak bagus.. kesian Mama." Amir menjeling tajam pada Farhana.

"Huh.. Amirah jom pergi main di belakang. Jangan pedulikan dia ni.." Amir menarik tangan Amirah ke belakang.

Sampai saja di rumah, Amirah dan Amir berjalan bergandingan tangan ke ruang tamu.

"Mama..." Amir cepat-cepat mendapatkan Syakiila di atas sofa bersama Ikbal.

Ikbal Fatah lakukan itu kerana dia mahu Isteri mudanya cemburu dan sakit hati, hanya Syakilla Amir dan Amirah saja tak tahu mereka berdua sudah bernikah selama ini.

"Mana Aunty Hana Amir." Ikbal mendudukkan Syakilla di sebelahnya.

"Dia pergi belakang dengan Maid. Letak barangan basah.. Papa nak pecat diakan.?" Amir tersengih panjang.

Ikbal Fatah mengeluh berat, hilang segala senyuman di wajahnya kini wajahnya berubah menjadi kelat.

"Papa pecatlah dia. Papa. Dia tak reti jaga Mama pun selama ni.." Amir menarik tangan Ikbal.

"Ish.. diam lah! Pergi naik atas mandi busuklah.." Ia bergegas ke dapur.

Ia melihat Farhana lagi menolong beberapa orang maid di dapur, dia tak jadi ke arah isterinya kerana tiba-tiba Farhana Dhia menerima panggilan dari seseorang.

"Hello.."

"Assalamualaikum Far.. Apa kabar sihat tak.?"

"Saya masih sihat selagi tak bersemuka dengan awak Riey, ada apa call saya ni."

"S-saya tunggu awak di tempat biasa sebelum ni tapi rakan-rakan kelas awak cakap awak dah lama tak masuk kelas." Harif Irman membaringkan diri di sofa, ada kalanya dia amat merindui wanita yang pernah dia cintai.

Farhana Dhia mengangguk kepala.

"Saya nak minta maaf dengan awak Far. Saya tersilap sebab tak jujur dengan awak selama ni. Saya sayangkan awak lebih dari segala-galanya Far."

"Haha.. oh ya.?" Pantai Farhana memintas kata-katanya.

"Ya Far.. saya berani sumpah ni."

"Riey, jangan bersumpah dulu awak dah lukakan hati kecil saya selama ni. Teruk sangat!! Saya tak suka awak bersumpah begini.."

"Far.. maafkanlah saya." Harif terus bangun dari sofa, dia berjalan berulang alik di depan sofa dengan mengigit jari.

"Riey, mulai dari awak curang dengan saya sehingga sekarang!! Sumpah Riey, saya dah buang nama awak dari kehidupan saya selama-lamanya.. Bye." Farhana terus menutup talian telefon dengan pantas.

Ikbal Fatah tersenyum lebar. Bukan mudah dia nak rasa sebahagia begini, tadi dia memang ada niat untuk menghukum anak-anaknya kerana mengatai Isterinya. Kini ia cepat-cepat membatalkan niat itu kerana Farhana Dhia membuat hatinya sejuk dingin semula.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience