Teaser Bab 6

Detective Series 3357

"Rasanya, saya dah jatuh cinta." Najmi tersenyum pada Jihan. Hanya Jihan tidak membalas senyuman dia.

Jihan perasan raut wajah teruja Najmi masih belum surut sepenuhnya. Deretan gigi putih yang tersusun rapi milik Najmi sebagai buktinya. Cuma Jihan sengaja tidak mengendahkan.

"Baguslah. Awak boleh kekalkan konsep matang dalam bercinta. Perempuan suka lelaki matang. Bukan senang nak jumpa lelaki matang zaman sekarang ni." Jihan harap Najmi tak bercinta lama-lama. Bercinta terlalu lama pun tak bagus.

"Awak tak suka saya, Jee?"

Bahaya soalan Najmi. Soalan yang sengaja nak perangkap Jihan. Salah jawab, dia boleh masuk perangkap dan akan buat Najmi menaruh harapan. Bukan dia tak faham lenggok bahasa Najmi yang ada kalanya terlalu jelas.

"Buat apa dekat sini?"

Suara garau mencelah ketika Jihan terkial-kial mencari jawapan buat Najmi.

"Ustaz..." Tegur Najmi.

"Awak dengan dia buat apa dekat sini?" Sedikit keras suara Zarif. Dia hanya memandang Najmi, bukan Jihan walaupun soalan itu pakej untuk Jihan sekali.

"Saya ronda-ronda kampung." Jihan bersuara bila nampak raut serba salah Najmi. Dia nampak Najmi cuba mengelak pandangan mata Zarif.

"Kebetulan jumpa Jemi dekat sini." Sambung Jihan setelah itu.

"Tak salah nak meronda. Tapi sini bukan muzium. Jemi tak beritahu awak?"

Pipi Jihan terasa panas. Entah kenapa dia rasa macam ditampar dengan ayat-ayat Zarif.

"Maaf, ustaz...Jee tak sengaja masuk kawasan larangan." Tunduk sedikit kepala Najmi sebagai tanda maaf.

"Sini kawasan larangan?" Ulang Jihan setengah percaya.

"Kenapa tak ada apa-apa sign board? Sekurang-kurangnya orang luar tak salah masuk." Jihan pandang keliling. Takut terlepas pandang mana-mana papan tanda larangan. Dalam waktu yang sama, dia sedang bela diri bahawa dirinya tidak menceroboh kawasan larangan.

Share this novel

Jubaidah Chezam
2024-10-14 17:44:14 

haha adoii hilang pula ayt nya.

Jubaidah Chezam
2024-10-14 13:08:30 

pendek nya chapter ni awa, erkk cerita ni akan jd ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience