part four

Romance Series 3625

Aku mencelikkan mata. Perkara pertama yang aku nampak adalah Aiden yang masih lena dibuai mimpi. Tangannya erat memeluk pinggangku.

Deru nafasnya kedengaran tenang. Posisi tidur kami menghadap satu sama lain. Aku menatapnya lama. Gila. Kau gila, Aiden.

Tanpa membuang masa, aku mengalihkan tangannya dari pinggangku dengan berhati-hati. Takut jika lelaki itu terjaga.

Jam suda menunjukkan pukul 7:30 malam.

"Uish, lamanya aku tidur."

Aku keluar dari bilik Aiden dan masuk ke bilikku untuk mandi.

Selepas itu, aku turun ke bawah untuk menyiapkan makan malam. Aku memakai apron. Rambut juga aku ikat messy bun bagi mengelakkan daripada rambut aku mengganggu semasa proses aku memasak.

"Nak masak apa ya," aku berfikir. Aku membuka peti sejuk. Kemudian aku mengeluarkan ayam dari peti sejuk.

"Masak ayam jelah," aku memotong ayam menjadi cebisan kecil.

Kuali aku letakkan pada gas lalu menuangkan minyak. Sementara menunggu minyak itu panas, aku menghiris bawang putih dan bawang merah. Tak lupa juga halia supaya ayam aku nanti ada bau.

Aku bernyanyi kecil. Sedapnya bau masakan aku. Aku tersenyum.

"Kau masak apa?" kacauan pada kuali terhenti.

Aku berpaling menghadap dia. Siapa lagi kalau bukan Aiden.

"Masak lauk," kataku bersahaja sebelum berpusing menyambung kerja memasak yang tergendala tadi.

"Nak aku tolong?" soal Aiden lagi. Mungkin tidak mahu suasana antara kami berdua menjadi sunyi.

Aku berfikir sejenak. Bagus juga Aiden nak tolong aku. Bukan apa, Aiden ni bab-bab menolong kat dapur memang jarang. Yang dia tau melantak tu je.

"Ha kau tolong aku-"

"Aku tolong tengok je," jawab Aiden selamba. Aku menjelingnya tajam. Aku masukkan kau dalam kuali aku ni kang. Ei geramnya aku!

"Sayang,"

"Emma, aku panggil kau ni."

Aku pantas berpaling.

"Boleh berhenti panggil aku sayang tak? Aiden, kau dah kenapa ni? Kau ada terhantuk mana-mana ke sampai panggil aku macam tu sekali? Aku risau kat kau ni."

Melihat Aiden diam aku kembali berpusing. Aku merasakan ayam telah siap dimasak aku menutup api gas. Kemudian, aku mencedok lauk lalu aku letakkan dalam mangkuk untuk disajikan.

Aku duduk menghadap Aiden.

Aiden tidak berpaling menghadap aku. Hal ini membuatkan aku berasa tidak selesa.

"Aiden. Boleh berhenti tengok aku macam kau nak makan aku tak. Aku tak selesa," aku mengusap belakang tengkuk. Sangat tidak selesa ya teman-teman.

Aiden tersengih.

"Memang aku nak makan kau pun," jawab Aiden tenang.

Erk. Aku memandang Aiden lama.

"Gila!"

AIDEN & EMMA

Aku tidak dapat alihkan pandangan aku daripada Emma. Aku suka tengok Emma masak. Rambut yang diikat tidak kemas ala-ala messy bun dengan apron yang dipakai sangat sesuai bagi tubuh kecil gadis itu.

Gadis itu sangat rajin dalam memasak. Aku suka semua masakan gadis itu. Masakan gadis itu sedap dan lazat. Ini membuatkan rasa cinta aku pada Emma semakin mendalam.

"Aiden. Boleh berhenti tengok aku macam kau nak makan aku tak. Aku tak selesa," aku melihat gadis itu mengusap batang lehernya. Aku suka tengok leher Emma. Nampak seksi. Aku teringin nak jilat leher putih itu.

Aiden tersengih sebelum menjawab dengan tenang.

"Memang aku nak makan kau pun." Kami berpandangan lama.

"Gila!"

Aku ketawa kecil. Yes, aku gila dengan kau Emma.

Seperti biasa, Emma akan mencedokkan nasi untuk aku. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Kami sama-sama menjamah hidangan yang telah dimasak Emma. Aku makan dengan penuh selera.

"Pandai kau masak, Emma," pujiku. Emma tersenyum.

"Macam biasalah. Chef Emma. Terima kasih," aku berdecit.

Seusai makan, aku berlalu pergi ke ruang tamu dan duduk di sofa. Remote aku capai lalu aku memasang televisyen.

Emma pula masih di dapur. Beberapa minit kemudian dia keluar dan duduk di sebelah aku. Aku hanya membiarkannya.

"Cerita apa kau tengok ni?" soal Emma. Aku mengangkat bahu.

"I don't know. Some cliche Malay drama i guess," balasku. Aku menoleh memerhatikan Emma yang sedang kusyuk melayan drama Melayu yang baru disiarkan di kaca televisyen.

Hm, I like her. I love her. Aku memeluk gadis itu dari tepi. Aku menghidu gadis itu. Smell so good.

"Kau wangi. Aku suka bau kau, Emma," kataku.

"Oh yeah. Aku pakai minyak wangi strawberi," Emma bersuara tanpa memandang aku. Fokusnya hanya pada drama Melayu yang disiarkan. Aku menggumam perlahan.

Fuck.

"I want you so bad, Emma" gumamku perlahan.

Emma mengangkat kening. Dahinya berkerut.

"Apa kau cakap tadi? Aku tak dengarlah," kata Emma.

"Nothing."

Suasana antara aku dan Emma hanya sepi. Cuma suara-suara daripada televisyen yang kedengaran. Walaupun bosan, aku hanya akur menonton drama Melayu itu sehinggakan tidak sedar jam sudah menginjak 9 malam.

Bunyi kereta dari luar kedengaran.

"Mesti mama dengan papa dah balik," aku berkata sambil menoleh ke arah pintu yang sudah dibuka dari luar. Kelihatan Encik Ariz dan Puan Olivia masuk ke dalam rumah. Mereka tersenyum dan aku membalas. Encik Ariz bersuara.

"Aiden, kenapa tak tidur lagi ni?" soalnya. Aku tersengih.

"Masih awal lagi, papa. Ni tengah tengok drama sekejap," balasku. Puan Olivia mendekati sofa yang sedang aku dan Emma duduk. Puan Olivia menggeleng-gelengkan kepala.

"Ish, budak bertuah ni! Kenapa tidur sambil duduk ni," aku menoleh. Emma sedang tidur.

"Terlalu syok kot tengok drama mama sampai tertidur,"

"Aiden, kamu bawa Emma dalam bilik dia. Bukannya mama tak tahu kalau budak ni dah tidur memang tak akan bangun sampai pagi dah," aku hanya menuruti arahan Puan Olivia.

"Baiklah, mama," aku dengan segera mengangkat Emma dan berjalan menuju ke tingkat atas. Aku sempat berpesan dengan mereka untuk makan.

"Mama dengan papa jangan lupa makan. Emma dah siapkan makan malam tadi."

Encik Ariz dan Puan Olivia tersenyum dan mengangguk.

AIDEN & EMMA

Aku meletakkan Emma secara perlahan di atas tilam. Selimut aku tarik menutupi tubuh kecil itu.

"Good night, Emma," aku mendekatkan wajahku lalu aku cium bibir Emma. Mata aku tutup sebelum aku buka semula.

"Your lips fit perfectly on mine, Emma," aku turun pula ke leher gadis itu.

"Hm, you smell like love."

Aku memberi kucupan yang terakhir di leher Emma sebelum menapak keluar daripada bilik itu dan berlalu ke bilik aku.

Malam itu, aku tidur dengan lena bermimpikan sosok gadis yang aku idamkan. Emma.

AIDEN & EMMA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience