Series
3625
Kedatangan Theo ke dalam kelas telah menambah suasana baru, terutama di dalam kalangan pelajar perempuan. Theodore adalah seorang lelaki yang kacak dengan ketinggian yang mengagumkan dan memiliki postur tubuh tegap yang memikat perhatian sesiapa sahaja. Matanya berwarna hazel, penuh daya tarikan dengan kilauan hijau dan keemasan yang kelihatan berubah-ubah di bawah cahaya. Rambutnya yang gelap dan beralun jatuh dengan sempurna, membingkai wajahnya yang dihiasi tulang pipi tinggi dan kening yang melengkung sempurna. Serupa model pun ada.
Sejak Theo duduk di sebelahnya, perhatianku sesekali teralih ke lelaki itu yang ternyata sangat ramah dan mudah mesra. Aku dapat merasakan aura daripada lelaki itu. Aura ketertarikannya sangat kuat sehinggakan aku tidak fokus sepanjang pembelajaran berlangsung. Namun, di sudut lain, ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka dengan rasa tidak senang.
Seorang gadis berambut pendek yang kebetulan berada di kelas yang sama, memerhati Emma dengan pandangan penuh iri hati. Dalam hatinya, dia mendidih kerana Emma tampak menjadi perhatian dua lelaki tampan di sekolah. Tidak dinafikan bahawa gadis itu sangat cantik dan memiliki auranya tersendiri.
"Apa yang hebat sangat pasal dia tu?" bisiknya kepada dirinya sendiri sambil mengepal jemari. Dia mengeluarkan telefon dan menekan aplikasi kamera. Dia mengambil beberapa keping gambar Emma dan Theo sedang berbual mesra lalu dikirim kepada seseorang.
Dia tersenyum senget. Tidak sabar menunggu respon daripada orang itu.
"Mesti dia baran lepasni."
AIDEN & EMMA
Ketika waktu rehat tiba, Theo mengikuti aku seperti yang diarahkan oleh Cikgu Zen. Aku menunjukkan lokasi kantin, perpustakaan dan beberapa tempat lain yang penting di sekolah itu. St. Albion Academy ialah institusi berprestij tinggi yang terkenal dengan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Terletak di kawasan yang tenang, sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti makmal sains berteknologi tinggi, perpustakaan lengkap, dewan serbaguna, studio seni serta kemudahan sukan bertaraf profesional termasuk kolam renang, padang bola dan lain-lain lagi.
"Thanks, Emma. Kau ni sangat baik," puji Theo sambil tersenyum.mAku hanya tersengih kecil.
"Oh, itu memang tugas aku. Jangan puji sangat, nanti aku kembang." Theo ketawa kecil.
"Aku rasa aku dah mula suka sekolah ni. At least ada kawan macam kau."
Namun, momen mesra mereka disaksikan oleh Shelly yang berdiri tidak jauh dari situ. Dengan wajah berkerut, Shelly mengetap bibirnya.
"Dia memang sengaja nak tarik perhatian lelaki," Shelly berbisik sambil memandang tajam ke arah Emma.
"I dah kata dah. Perempuan tu semua dia nak," kata kawan Shelly, Nova. Nova, perempuan berambut pendek yang berada di kelas yang sama dengan Emma dan dia jugalah yang mengirim gambar Emma dan Theo kepada Shelly.
"Kau tunggu, Emma. Aiden kau rampas dari aku. Budak baru tu pun kau nak. Memang nak kena kau ni." Shelly mengepalkan tangan dan berlalu pergi.
Selepas waktu rehat, aku berjalan menuju kelas bersama Theo. Namun, langkah mereka terhenti apabila Aiden muncul di hadapan mereka.
"Emma," panggil Aiden, nadanya dingin dan tanpa riak.
Aku mengangkat wajah dan tersenyum.
"Hey, Aiden. Kau nak apa?"
Aiden tidak menjawab soalanku. Sebaliknya, matanya tajam memandang Theo. Budak baru yang dia jumpa pagi tadi.
"Theo, kan?"
Theo tersenyum, tetapi kelihatan sedikit kaku.
"Ya, itu aku."
Aiden mendekati Theo dan jarak antara mereka semakin dekat.
"Aku harap kau tahu batas kau, bro." Theo memandang Aiden dengan kening terangkat.
"Maksud kau?"
Aiden memiringkan kepala sedikit. Aku melihat dia tampak berusaha menahan amarahnya. Rahangnya bergerak dengan otot-otot wajahnya menegang, menampakkan garis tulang pipinya yang menonjol.
"Emma bukan untuk kau. Jadi, jangan cuba-cuba nak dekat dengan dia."
"Aiden!" Aku memotong dengan nada marah.
"Kau ni kenapa? Theo tak buat apa-apa pun."
Theo mengangkat tangan, mencuba menenangkan keadaan.
"Woah, bro. Chill. Aku cuma nak berkawan dengan Emma. Itu saja."
Aiden menjeling sekilas ke arah aku sebelum mengalihkan pandangannya semula kepada Theo. Dia berdiam diri sebelum bersuara.
"Make sure to keep your word, unless you want to be beaten to death."
Aku terkesima. Rahang aku hampir jatuh mendengar kata-kata kasar yang dikeluarkan Aiden kepada Theo.
"Aiden, stop it. What's wrong with you?!"
Aiden tidak berkata apa-apa lagi. Sebaliknya, dia hanya berjalan pergi, meninggalkan aku dan Theo terkebil-kebil di situ.
"Apa masalah dia sebenarnya?" soal Theo, wajahnya kelihatan bingung. Padahal pagi tadi kelihatan baik-baik sahaja.
Aku hanya menghela nafas.
"Dia memang macam tu... Overprotective."
Theo mengangguk. Dia memandang sekilas gadis itu.
Ketika waktu kelas bermula semula, Nova memerhati Emma dari tempat duduknya. Pandangannya tidak pernah lepas daripada Emma dan Theo yang sedang berbual di sudut kelas.
"Dia ni ingat dia siapa? Semua lelaki nak dekat dia," rungut Nova dalam hati. Dia menantikan kedatangan kawan baiknya.
Tiba-tiba Shelly masuk tanpa diundang sekaligus mengejutkan kelas 5 Obsidian. Dia memutuskan untuk mendekati Emma ketika waktu rehat kedua. Dia berlagak mesra, tetapi nadanya sarat dengan sindiran.
"Emma, kau memang beruntung, ya? Semua orang suka dekat kau," kata Shelly dengan senyuman palsu.
Aku mengerutkan dahi. Terkejut kerana gadis itu mendatanginya secara tiba-tiba.
"Maksud kau apa?"
Shelly menjongketkan bahu.
"Tak ada apa-apa. Cuma, kau tak rasa bersalah ke? Ambil perhatian semua orang, termasuk Aiden dan sekarang Theo?"
Aku mengangkat kening seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
"Shelly, aku tak 'ambil' sesiapa. Aku tak tahu kau ni cemburu atau apa tapi aku tak buat apa-apa yang salah."
Shelly mendekat dan pandangannya semakin tajam.
"Cemburu? Dengan kau? Jangan perasan, Emma. Aku cuma rasa kau patut tahu tempat kau."
Kata-katanya membuat aku menarik nafas panjang, mencuba menenangkan dirinya.
"Shelly, kalau kau ada masalah dengan aku, cakap terus terang. Jangan buat drama. Nampak childish."
Shelly mengetap gigi. Geram dengan gadis itu. Seketika pandangannya beralih ke arah Theo. Shelly tersenyum manis. Dia menyelitkan rambut di belakang telinga dan matanya memandang Theo seakan-akan menggoda.
"Hi. Nama I Shelly. Nama you, apa?" Shelly menghulurkan tangan kepada Theo. Theo hanya memandang dan berkata.
"Theo." Theo mengalihkan pandangannya terus. Dia dan Emma berborak tanpa memperdulikan Shelly. Shelly malu sendiri dan menarik tangannya. Dia bergegas keluar dari kelas itu. Nova dipandang dengan pandangan tajam. Nova mengangkat kening.
Aik, aku pula.
AIDEN & EMMA
Selepas sekolah, Shelly melihat Theo sedang berjalan sendirian menuju ke tempat parkir. Dia segera mengambil peluang untuk mendekatinya.
"Theo!" panggil Shelly dengan nada manja.
Theo menoleh, sedikit terkejut.
"Oh, hey. Shelly, kan?"
Shelly tersenyum cuba memikat perhatian Theo.
"Ya. I cuma nak tanya, macam mana hari pertama you? Semuanya okay?"
Theo mengangguk sambil tersenyum.
"Semua okay. Terima kasih sebab tanya."
Shelly mengambil peluang itu untuk mendekati Theo lebih rapat.
"Kalau you ada apa-apa masalah, you boleh tanya I tau."
Theo mengerutkan dahi.
"It's okay. I boleh minta tolong dengan Emma. Lagi pun itu arahan daripada Cikgu Zen."
Shelly mendekat lagi dan wajahnya penuh dengan senyuman palsu.
"I cuma nak you tahu, ada orang lain yang boleh tolong you selain dia."
Namun, Theo hanya tersenyum kecil dan berlalu pergi, meninggalkan Shelly yang berdiri di situ dengan rasa tidak puas hati.
AIDEN & EMMA
Di rumah, aku sedang bersandar di katil sambil membaca buku. Telefon bimbitku berbunyi, menandakan mesej masuk. Aku mengangkat kening. Apa mimpi lelaki itu mengirim pesanan pada waktu ini. Aku membaca mesej itu dan menghela nafas panjang sebelum membalas.
Aiden
Aku tak suka kau rapat sangat dengan Theo.
Aiden, dia cuma kawan. Kau perlu berhenti bersikap macam ni.
Aku cuma tak nak kehilangan kau. Kau penting untuk aku.
OK, Aiden. Aku faham. Ni dah kenapa chat ni. Boleh je ketuk pintu, kan?
Saja.
Aku berdecit. Kemudian, telefon bimbit aku matikan. Kepala mendongak menatap siling. Keluhan berat dilepaskan.
Aku tak nak terkurung dalam kawalan Aiden.
Sementara itu, di bilik sebelah, Aiden duduk termenung sambil memandang telefon bimbitnya. Dia mengetap gigi apabila memikirkan kejadian di sekolah. Theo yang mesra dan Emma yang kuat melayan.
Fuck.
Share this novel