part five

Romance Series 3625

Pada keesokan harinya, aku dan Aiden bersama-sama pergi sekolah. Notifikasi telefonku berbunyi menandakan mesej telah masuk. Aku melihat mesej daripada Leo masuk.

Aiden aku pandang sekilas sebelum mesej daripada Leo aku tekan.

Leo
Emma?!!! Guess what?

Refleks keningku terangkat sebelum menekan pada papan kekunci untuk memberi respon pada mesej Leo.


What is it, Leo?

I dengar ada new student who transferred to our school today XD


So?

Emma! You ni kan. I dengar budak baru tu hensem tau aaaa. Tak sabar I nak ngorat dia hehe...


Habistu, abang aku? (¬_¬")

Ack! Of course abang you still number one!

Aku tersengih. Pantang dengar yang hensem mulalah tu menggeletis. Itulah Leo.

Cup.

Aku tersentak. Wajah segera dipalingkan menghadap ke tepi. Aiden menatap aku dengan tajam.

"Aku panggil kau banyak kali, Emma," kata Aiden sedikit marah. Barangkali kerana aku tidak mendengar kata-kata lelaki itu. Aku segera mematikan telefon bimbit dan meminta maaf.

"Sorry," tidak berani menatap mata Aiden. Aku hanya mendengar hela nafas kasar darinya.

Aiden meraih daguku.

"Aku dah kata dengan kau yang aku tak suka kau rapat dengan lelaki tu, Emma."

"Aku dengan Leo cuma sekadar kawan je, Aiden. Tak lebih daripada itu," terangku bersahaja. Telefon bimbit aku matikan semula dan hanya memandang ke hadapan tanpa memperdulikan Aiden. Aiden hanya menjeling sekilas sebelum kembali fokus pada pemanduannya. Dia menggumam sesuatu.

"Kawan my ass."

Selepas beberapa minit, akhirnya pacuan empat roda itu memasuki perkarangan sekolah. Aiden memarkirkan keretanya di tempat parkir khas untuk pelajar.

Aku yang sudah bersiap untuk keluar dihalang oleh Aiden. Aku mengeluh perlahan. Wajah dipaling menghadap lelaki itu.

"Yes?"

Aiden tidak memandang ke arah aku tetapi hanya memandang ke arah depan. Aku mendengus tidak suka namun dengan terpaksa mendekatkan diri pada lelaki itu. Pipinya dicium sekilas sebelum keluar.

Aiden tersenyum penuh suka. Dia memandang ke arah gadis itu yang beransur hilang dari pandangannya.

Cute.

AIDEN & EMMA

Seperti kebiasaan, kelas pada waktu pagi itu sangat rancak dengan perbualan-perbualan daripada pelajar. Di satu sudut pula, aku hanya duduk melayan telefon. Aplikasi Instagram aku buka. Satu siaran menarik perhatianku lalu aku menekannya.

Siaran itu menunjukkan pemandangan di sebuah lapangan terbang di mana sebuah kapal terbang sedang berada di landasan berhampiran pintu pelepasan. Matahari terbenam di latar belakang mencipta suasana yang indah dengan langit berwarna jingga dan biru lembut. Di hadapan, kerusi menunggu yang diduduki seseorang kelihatan dalam bayang-bayang.

Kapsyennya aku renung lama.

I am back, UK. Can't wait to see her.

Aku keluar daripada aplikasi itu lalu berdiri menuju ke tandas. Sapaan daripada pelajar lain aku balas dengan mesra. Selang berapa minit, aku keluar daripada tandas berniat untuk kembali ke kelas.

Namun, satu kelibat yang melaluiku membuatku terhenti. Aku menoleh ke arah dia. Jejaka tinggi yang membelakangiku itu aku pandang lama. New student. Kelihatan dia sedang berbicara dengan seseorang. Aku mengerutkan dahi, Aiden. Budak baru itu berbicara dengan Aiden. Riak wajahnya berubah apabila mata kami bertembung. Aku hanya tersengih sebelum memberi isyarat untuk kembali ke kalas.

Sepanjang kelas, aku hanya memikirkan kejadian sebentar tadi.

AIDEN & EMMA

Aiden hanya memerhati Emma yang sudah pun hilang dari pandangannya. Dia kemudian keluar daripada kereta,menggalas beg sekolah dan membuka langkah menuju ke kelas.

Sapaan-sapaan daripada pelajar perempuan dia biarkan. Langkahnya terhenti apabila seorang pelajar perempuan berhenti tepat di depannya, menghalang jalan Aiden.

Aiden membaca tag nama tersebut.

Shelly.

Shelly memberanikan diri untuk mengangkat wajah. Dia terpukau melihat wajah tampan milik Aiden. Kemudian, dengan perasaan malu dia menghulurkan sesuatu kepada Aiden. Sebuah kotak kecil berbentuk hati itu diberikan kepada Aiden sebelum berkata.

"I like you, Aiden. Can I be your girlfriend?"

"No." Aiden berkata dingin. Dia hendak berlalu pergi namun tangannya dipegang erat oleh Shelly. Hal ini membuatkan Aiden berpaling dengan pantas. Satu pandangan dingin diberikan. Dia menepis dengan kasar tangan perempuan itu. Baginya hanya Emma yang boleh menyentuhnya dan bukan siapa-siapa. Hanya Emma.

"Oh, I'm sorry," kata Shelly.

"Don't touch me without my consent. For your information, I have a girlfriend. So, back off." Usai berkata demikian, Aiden meninggalkan Shelly sendirian.

Shelly hanya merenung Aiden dengan mata kabur. Suara seseorang membuatkan dia berpaling.

"Told ya, Shell."

Shelly mengepal penumbuk. Kotak berbentuk hati itu dia buang ke dalam tong sampah dan berlalu pergi. Malu kerana cintanya ditolak oleh Aiden.

Sementara itu, Aiden mengeluarkan telefonnya lalu membuka aplikasi whatsapp. Nama Emma ditekan. Dia berniat untuk mengganggu gadis itu pada pagi ini. Namun, belum sempat dia menekan pada papan kekunci telefonnya, dia tanpa sedar terlanggar seseorang dan menyebabkan telefonnya jatuh ke lantai. Aiden berdecit.

"Oh. Sorry, bro. Aku tak sengaja," dia mengambil telefon Aiden dan memberikan telefon itu kepadanya semula.

"It's okay." Kata Aiden. Dia menaikkan kening sebelah ke atas. No name tag.

"New student?" soal Aiden. Lelaki yang menyaingi tingginya itu mengangguk sebelum tersenyum mesra.

"Yeah. I think I'm lost. Aku nak pergi ke kelas 5 Obsidian but aku tak jumpa kat mana." Aiden mengangguk.

"Aku boleh tunjukkan jalan,"

"Thank you. Oh, I'm Theodore." Theo menghulurkan tangan dan Aiden membalas.

"Aiden."

Selepas perkenalan singkat, Aiden terlihat seseorang. Matanya bertembung dengan Emma. Dia melihat Emma tersenyum sambil membuat isyarat dan berlalu pergi. Dia mengangkat kening.

"Anyways, let me show you the way."

AIDEN & EMMA

Aku duduk di tempatku sambil jari-jemariku sibuk mengusap skrin telefon bimbit. Sesekali aku tersenyum kecil membaca mesej-mesej dari Leo. Namun, fokusku terganggu apabila bunyi ketukan di pintu kelas menarik perhatian semua pelajar.

Cikgu Zen, guru kelas mereka, berdiri di hadapan kelas bersama seorang pelajar lelaki baru.

"Good morning, class. Hari ini, kelas kita ada pelajar baru yang akan bersama kita mulai hari ini," kata Cikgu Zen sambil memberi isyarat kepada pelajar lelaki itu untuk memperkenalkan diri.

"Nama saya Theodore, tapi panggil saja Theo," kata pelajar itu dengan senyuman yakin sambil matanya menyapu pandangan seluruh kelas.

Aku tersentak sedikit. Itu lelaki yang aku lihat berbual dengan Aiden pagi tadi. Tanpa sedar, mataku terus melekat pada Theo.

"Emma."

Aku tersentak lagi apabila mendengar namaku dipanggil oleh Cikgu Zen.

"Tolong bantu Theo cari tempat duduk dan tunjukkan tempat-tempat penting di sekolah nanti," arah Cikgu Zen dengan nada mesra.

"Baik, cikgu," jawabku, tersenyum kecil sebelum mengisyaratkan kepada Theo untuk duduk di kerusi kosong di sebelahku.

AIDEN & EMMA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience