part one

Romance Series 3625

Aku memulas tombol dan menapak masuk ke dalam bilik. Aku mendekati katil dan duduk di tepi tilam.

Wajahnya yang tidur lena aku pandang lama. Tanganku naik mengelus wajahnya lalu aku tersenyum senget.

"Cantik," bisikku perlahan.

Aku mengamati setiap inci wajah gadis itu.
Wajah gadis itu berkerut. Gadis itu menggumam. Mungkin tidurnya diganggu. Tetapi tak lama selepas itu dia kembali tenang.

"Kau cantik sangat. Aku tak boleh kawal diri aku daripada terus dekat dengan kau. Kau bagaikan dadah yang buatkan aku ketagih dekat kau."

Aku mengelus bibir gadis itu dengan lembut.

"Takde siapa yang boleh rampas kau daripada aku. Kau hanya milik aku, sayang. Aku tak boleh biarkan kau dengan orang lain sebab kau hanya untuk aku."

Aku mendekatkan wajahku ke wajahnya. Wajah kami terlalu dekat. Hanya beberapa inci saja dari wajah gadis itu.

Aku mengamati bibir mungil gadis itu. Bibir itu seolah-seolah inginkan bibirku. Aku dapat rasakannya.

"Aku sayangkan kau, adik," aku mencium bibir gadis itu dengan lembut.

Yes. I'm obsessed with her. She's a drug to me.

AIDEN & EMMA

Aku membuka mata perlahan dan memerhati sekeliling. Bilik aku masih gelap. Seketika kemudian, penggera telefonku berbunyi.

Aku mencapai telefon. Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Aku bangun dan menggeliat.

"Malasnya nak pergi sekolah," keluhku sambil menguap.

Tiba-tiba sahaja pagi ini aku bangun lebih awal sebelum penggeraku berbunyi. Terbit rasa bangga pula dengan diri ini kerana tidak memerlukan penggera telefon untuk membangunkan aku daripada tidur.

Aku dengan malasnya berdiri untuk bersiap sebelum berangkat ke sekolah.

Aku keluar daripada bilikku menuju ke bilik sebelah. Bilik abang aku, Aiden.

Pintu bilik aku ketuk. Mendengar tiada sahutan dari dalam, aku membuat keputusan untuk masuk.

Walaupun aku tau dia tak suka orang masuk bilik dia sesuka hati tapi aku tak kisah. Sebab bilik dia bilik aku juga.

Aku membuka suis lampu. Bilik itu sudah terang-benderang. Aku selamba berjalan ke arah katil.

Selimut yang menutupi badan itu aku tarik kasar.

"Woi, Aiden. Bangunlah!" badannya aku goncang-goncang.

Melihat tidak ada tindak balas dari dia, aku mula berjalan masuk ke kamar mandi. Aku mengambil air menggunakan gayung.

"Taknak bangun ye. Meh aku bangunkan kau," aku tersenyum sinis.

Tanpa banyak bunyi aku tuang segayung air ke atas muka empunya badan itu. Aiden bangun secara mengejut memproses apa yang berlaku.

Dia menoleh hendak memarahi aku tetapi terbantut. Aku tergelak melihat ekspresi terkejutnya.

"Hah, tau pun bangun! Aku kejutkan taknak. Ni bila nak bersiap ni? Dah nak pagi ni masih membuta lagi kerja kau ye," aku mengomelnya. Kemudian, aku berlalu pergi untuk menyimpan semula gayung tadi.

"Kau bangun, pergi mandi. Nanti turun bawah. Aku nak buat sarapan dulu," kataku lagi. Aiden hanya merenungku. Bibirnya mengukir senyuman.

"Fine," balasnya.

Aku kemudian bergegas keluar daripada bilik Aiden turun ke tingkat bawah untuk membuat sarapan.

Selepas beberapa minit, aku nampak kelibat Aisen sudah menuruni anak tangga.

"Kau ni lambat betul nak mandi. Cepat sikit. Dah pukul 6:30 dah," aku memarahinya lagi. Dia hanya tersenyum memandangku.

"Morning, my beautiful Emma." aku menjelingnya.

"Ha sudah. Datang dah gilanya budak ni. Kau tak payah nak merapu sangat pagi-pagi ni. Satgi penumbuk aku ni melayang kat muka kau kang."

Aiden kemudian mengambil tempat duduk berhadapan denganku. Aku hanya menyiapkan nasi goreng campur bersama air milo kegemarannya.

Aku mencedok nasi untuk dihidangkan kepadanya.

"Kau tak makan?" soalnya. Aku cuma menggeleng.

"Kau dah lupa ke aku tak ambil sarapan pagi?" Aiden hanya mengangguk. Lupa bahawa aku akan sakit perut setiap kali sarapan awal pagi.

Dia memandangku membuatkan aku tak selesa. Seakan dia nak telan aku je.

"Aiden? Eat your breakfast," kataku.

"Suapkan aku." aku hanya menurutinya. Satu sudu aku suapkan ke arah mulutnya dan dia membuka mulut menerima suapan dariku dengan senang hati.

Aku hanya menggelengkan kepala. Tingkah lakunya persis anak kecil.

Aku hanya mengulangi perbuatan itu sehingga piring menjadi licin.

"Sedap nasi goreng kau. Pandai kau masak untuk aku," pujinya. Aku hanya tersenyum.

"Mestilah. Akukan chef Emma," dengan bangga aku menepuk dada.

Selepas mencuci piring, aku dan Aiden keluar dari rumah untuk ke sekolah.

Sempat aku meninggalkan nota untuk bersarapan terhadap kedua ibu bapaku yang masih dibuai mimpi.

Selepas sahaja enjin dihidupkan dan dibiarkan panas seketika oleh Aiden, dia kemudia mula memandu keluar dari perkarangan rumah menuju ke sekolah.

AIDEN & EMMA

Aku memarkirkan keretaku di tempat letak kenderaan yang dibuat khas untuk pelajar sekolah.

Aku menatap gadis di sebelah yang tidak sabar hendak keluar daripada kereta itu. Aku mengangkat kening memandang Emma.

Aku bertindak menarik tangannya. Emma memandang aku dengan hairan.

"Kenapa?" soalnya polos. Aku tersenyum sinis.

"Dah lupa rutin kita ke sebelum masuk kelas?" gadis itu memutarkan bola mata.

"Faster, sayang. Nanti lambat pula nak masuk kelas," aku menanti.

"Fine."

Gadis itu merapatkan badannya. Kedua-dua tangannya memegang wajahku. Emma dengan lembut memberikan ciuman pada kedua pipiku. Hal ini membuatkan aku tersenyum suka.

Aku juga melakukan hal yang sama. Sempat aku menjilat pipinya sebab aku tak tahan tengok pipinya yang gebu. Layak digomol.

Dia mempamerkan wajah geli.

"Ey tak senonohlah, Aiden," Emma memarahinya.

Aku tersenyum sinis.

"Bukannya orang nampak pun, Emma sayang. Cermin kereta ni gelap kot," kataku bersahaja.

"Dahlah. Aku nak masuk kelas dulu."

Emma menolak wajahku menjauh darinya sebelum keluar dari kereta.

Aku hanya memandangnya sebelum turun dari kenderaan.

AIDEN & EMMA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience