part three

Romance Series 3625

Melihat perilaku tidak bergerak daripada gadis itu aku mendalami ciuman. Aku sangat menikmati bibir Emma. Bibirnya lembut membuat aku semakin gila terhadap gadis itu.

Bibirnya aku jilat sambil tersenyum sinis. Emma tersedar. Aku dipandang dengan tidak percaya. Bibir dipegang.

"You kissed me," katanya. Aku hanya mengangguk.

"Yes, baby girl. Bibir kau comel jadi aku try kiss lah," jawabku selamba.

"How could you!" marah Emma. Wajahnya memerah. Sama ada malu ataupun marah. Nasiblah tempat mereka itu merupakan tempat yang tertutup. Kalau tak naya kena tangkap dengan sesiapa.

"Dengar sini, sayang. Dengar baik-baik apa yang aku nak katakan. Aku tak suka kau dekat dengan mana-mana lelaki terutama lelaki tu. Aku tak suka," kataku lagi sekali. Hilang senyuman dibibir diganti dengan wajah yang dinginku.

Jujur aku sakit hati tengok lelaki itu menggedik dengan ayangku. Menggelegak terus bila lelaki tu berani sentuh Emma. Siap gelak pula. Betina ni pun satu hal. Melayan jantan tu! Tak guna betul.

"Kalau aku dekat juga. Kau nak buat apa?" soalan Emma membuat aku panas semula. Nafas dihela kasar. Dagu Emma diraih kasar.

"Jangan cabar aku, Emma. Kalau kau taknak lelaki tu kena belasah atau kena bunuh dengan aku, baik kau jauhkan diri kau dari dia. Aku tak main-main. Kau tak ikut arahan aku, bila-bila masa je lelaki tu ada terlantar kat hospital," bisikku. Kejam.

Ya itu yang patut dilabelkan untuk aku. Aku buat semua ni demi kebaikan aku dan kau Emma.

Walau apa pun terjadi, kau tetap untuk aku. Takdir menemukan kita berdua Emma. Kau dah terikat dengan aku. Kau tak boleh lari dari aku dah lepasni.

"Kau gila, Aiden!"

"Gila sebab kau, Emma."

AIDEN & EMMA

Aku mahupun Aiden hanya diam di dalam kereta. Aku melihat Aiden hanya tenang sambil fokus memandu.

Selepas sahaja kembali ke kelas aku tidak bercakap dengan sesiapa. Panggilan daripada Leo pun aku abaikan.

Aku takut jika Aiden bertindak melukai temannya itu. Tapi benarkah Aiden berbuat sedemikian?

Beranikah dia? Ataupun lelaki itu sengaja menakut-nakutkan dia? Tapi dari segi intonasi percakapannya dia nampak serius tadi.

Maknanya, dia tak main-mainlah? Dia memang bermaksud untuk melukai lelaki yang dekat dengan aku? Tapi kenapa? Kenapa dia tak suka aku dekat dengan lelaki lain? Adakah dia takut aku akan disakiti oleh mereka?

Ciuman tadi...

Aku memegang bibirku. Kemudian aku menoleh sekilas ke arah Aiden.

Apa maksud ciuman tu? Kenapa dia buat begitu? Dia abang aku dan aku adik dia. Kenapa dia kena cium aku. Bibirnya yang hangat masih lagi terasa.

Fuck. Sedar sikit Emma. Apa kau merapu ni.

Aku menggeleng laju.

Aiden disebelah mengalihkan perhatiannya terhadap aku.

"Yang kau tergeleng-geleng ni dah kenapa, Emma?" suara garaunya kedengaran di telingaku.

Aku tersentak. Pantas aku menggeleng kepala. Aiden tidak beriak dan kembali fokus pada pemanduannya.

Kepala aku kusut. Ah malas ah fikir.

Aiden... Kenapa dan mengapa? Apa maksud ciuman tadi?

AIDEN & EMMA

Seusai Aiden memarkirkan kereta, aku bergegas keluar dari kereta ingin segera masuk ke dalam rumah.

"Nanti lepas dah tukar baju masuk bilik aku," selamba Aiden memberikan arahan. Aku hanya mendengus tetapi tetap menurutinya.

Selepas membersihkan diri, aku melangkah keluar menuju ke bilik Aiden. Biliknya aku pandang lama.

"Nak masuk ke tak eh," mengingat kejadian pagi tadi membuatkan aku takut berhadapan dengan dia.

Dia telah meragut ciuman pertamaku. Sanggup dia buat macamtu dekat aku. Aku mengetap bibir. Tangan aku kepal.

Pintu terbuka dari dalam. Tanganku ditarik oleh Aiden lalu pintu bilik dikunci dengan serta-merta.

Tersentak aku dengan perbuatan pantas lelaki itu.

Aiden yang tidak berpakaian dan hanya memakai boxer menghadap aku.

Aku menjerit. Berpaling daripada menghadap dia. Aiden half naked depan dia. Urat malu lelaki ni dah putus ke macam mana. Aku pula yang malu.

"Ey pakailah baju kau, bongok. Aku malulah gila," kataku kepadanya.

Aiden mengukir senyum sinis.

Tuala dileher digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang basah.

"Turn around, sayang," suara garau Aiden kedengaran. Aku menggeleng kepala. Gila ke nak pusing. Dahlah tak pakai baju. Getusku.

Lama aku menghadap pintu sebelum Aiden memusingkan badanku. Aku yang terkejut menutup mata. Malu untuk melihat lelaki separuh bogel itu.

"Buka mata, sayang," katanya lagi. Aku menggeleng tidak berani. Aiden berdecit.

"Kau nak aku cium kau lagi, Emma?" soalannya membuatkan aku pantas memandang ke arahnya.

"Jangan buat aku ulang soalan aku dua kali. Aku tak suka," dingin dia berbicara. Dia melangkah lalu baring di atas tilam. Aku hanya memandang.

Aiden sudah siap mengenakan baju jersi ditubuh. Aku menghela nafas. Sekurang-kurangnya dia tak naked.

"Come here, sayang," aku hanya berdiri memeluk tubuh. Dia memandang aku tajam.

"Emma, aku tak suka ulang benda yang sama. Jangan buat aku marah."

Aku perlahan-lahan mendekati lelaki itu. Aiden pantas menarik tanganku sehingga aku terbaring di sebelahnya. Aku membuntangkan mata. Kaget!

Dia menarik pinggangku rapat padanya. Hatiku berdegup kencang.

Aiden yang berada di depan mataku seperti orang lain. Bukan seperti Aiden yang aku kenal selama ini.

Aiden di depan matanya nampak psiko.

"Emma, aku sayang kau," katanya seperti berbisik. Aku hanya mendengarkannya. Naik meremang pula bulu aku. Tidak suka dia berkata sedemikian.

"Aku akan jaga kau selamanya. Tak ada sesiapa boleh ambil kau daripada aku," katanya lagi.

"Aku cintakan kau, Emma. Sangat-sangat. Aku tak pernah anggap kau sebagai adik aku."

The fuck.

Cinta? Aiden...

Cintakan aku?

"Aiden, apa yang kau merapu ni? Kita ni adik beradik, Aiden. Kau dah gila ke?!" marahku padanya. Lelaki itu hanya tersenyum sinis.

"Sejak bila kita jadi adik-beradik. Sejak bila kau jadi adik aku. Kita tak pernah jadi adik-beradik pun," balas Aiden tanpa nada.

"Aiden..." belum sempat aku meneruskan bicaraku lelaki itu sudah memotong.

"Shh. Aku nak tidur. Kau pun patut tidur," Aiden menutup mata.

"Tapi Aiden. Kalau mama papa balik macam mana?" soalku cemas.

"Mama dengan papa balik lewat harini."

"Tapi Aiden..." aku menoleh. Aiden sudah tidur. Tangan sasa lelaki itu memeluk aku erat menyebabkan aku takut untuk melarikan tangan itu. Takut Aiden akan mengamuk dengan aku.

Aku memandang siling. Benda ni tak pernah terjadi sepanjang aku tinggal kat sini. Why now? Why Aiden cintakan aku? Aiden tak tahu ke hukum mencintai adik sendiri?

AIDEN & EMMA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience