part two

Romance Series 3625

Keadaan kelas menjadi bising selepas guru matapelajaran yang pertama tidak dapat masuk ke kelas untuk mengajar.

Semua pelajar membuat hal masing-masing. Ada yang mula bergosip.

"Weh, kau nak tau tak..."

"Apa dia weh..."

"Ew, I tak sukalah makcik kantin sekarang ni. You tau I jumpa rambut dalam mi bungkus I tau. Geli I!"

"Ew, gelinya..."

"Apa pendapat you kalau I colour nails warna Pink? Cantik tak?"

"Cantik, cantik!"

Ada yang bermain bola kertas.

"Woi, Kyle. Lempar kat Shine lagi weh. Kau patut tengok muka beruk kau Shine. Kelakar gila nak mati." Kyle dan Zen ketawa apabila dapat mengenakan Shine yang sedang bersolek. Gadis itu mendengus geram.

"Hey, you berdua dah kenapa cari pasal dengan I?! Tengok muka I ni. Habis rosak," marah Shine. Kyle dan Zen hanya menjelirkan lidah dan menyambung semula untuk bermain dengan bola kertas yang telah mereka cipta.

Ada yang belajar dan ada yang membuat persembahan nyanyian dalam kelas.

"Ikan kekek mak iloi iloi oi. Ikan gelama mak ilai ilai..." aku hanya menggelengkan kepala dengan kerenah rakan-rakan sekelasku.

Aku kemudian berjalan menuju tempat dudukku dan mengeluarkan telefon dari poket sebelum membuka pelbagai aplikasi.

Aku membuang pandang keluar jendela. Bosan. Itu yang ada dalam kepala aku sekarang. Aku tak tahu nak buat apa. Nak belajar malas pula rasanya. Nak tidur bukan masa yang sesuai dikeranakan oleh keadaan kelas bising macam pasar malam.

Aku menyembamkan wajah ke permukaan meja. Aku mengeluh perlahan.

Kemudian aku dikejutkan dengan ketukan pada meja. Segera aku angkat wajah. Leo, rakan sekelasku itu sedang tersenyum memandang aku.

"You buat apa duduk sorang kat sini, Emma? Tak join dorang membawang ke? You kan makcik bawang kat kelas ni," soalnya. Aku tersenyum.

"Saja. Aku takde mood nak membawanglah," balasku. Dia mengangguk dan mengambil tempat di sebelah mejaku sambil menongkat dagu memandang aku.

"Kau asal tengok aku macamtu. Seram gila." Leo ketawa lalu menampar manja lenganku.

"Ish, you ni Emma. Um, Aiden kat mana? Aiden sihat tak? Aiden buat apa sekarang? Aid-"

"Eh kau ni. Asal kau tanya aku siot. Manalah aku tau. Kau pi ah kat kelas dia tengok dia buat apa sihat ke tak. Aku juga kau tanya," aku menjeling menyampah.

Lelaki berperwatakan lembut itu hanya tersengih. Dia suda lama meminati Aiden sejak Aiden masuk ke sekolah itu lagi. Lebih tepat Aiden itu merupakan crush kepada lelaki bencong ni.

Pantang nampak Aiden, mulalah menggelupur. Nak kahwin bagai konon sampai nak timang anak. Dua-dua pun terung. Gila.

Aku hanya menggeleng dengan perangai tidak masuk akal Leo itu.

Tiba-tiba, satu bola kertas mengenai kepala Leo. Leo tersentak. Kedengaran gelak tawa seakan mengejek daripada Kyle dan Zen.

"Eh, cibai! You guys dah kenapa, cibai? I takde kacau you guys kan. Takde tempat lain ke nak main, cibai? Tu padang tu. Gi main sana. Sundal nak kacau orang. Jahanam punya manusia." Leo memaki hamun mereka berdua namun sedikit pun tidak mengguris hati mereka. Malah mereka semakin galak ketawa.

"Leo bencong werk."

Walaupun Leo kasar kaki carut nak mampus tapi dialah kawan baik aku.

Leo masih dengan caci makinya. Cepat betul moodnya berubah.

Kelas yang hiruk-piruk menjadi senyap seketika apabila ketukan di pintu kedengaran.

"Emma, Aiden nak jumpa you."

Aku tersentak. Apahal pula Aiden nak jumpa aku. Aish masalah betullah.

Leo mula menggelupur teruja. Dia memukul lenganku berulang kali. Aku yang tak tahan dengan pukulannya segera berdiri. Jelingan tajam aku berikan membuatkan lelaki itu tersengih.

"Fuh, pakwe datang ah. Nice do Emma."

"Cie boyfriend Emma."

"Alahai awal pagi pun nak sweet-sweet ke bf you ni Emma. Jealous pula I."

Emma hanya mendengus tidak suka. Ni abang aku lah gila, desisku dalam hati.

Kalau aku beritahu dorang, masak aku kena belasah dengan Aiden. Dia tak suka kalau budak sekolah ni tau kitorang adik-beradik.

Hanya Leo je tau kitorang adik-beradik. Itu pun selepas didesak beberapa kali olehnya. Sampai nak ugut bagitau pakcik guard tu yang aku suka dia ugh.

Aku berpeluk tubuh memandang jejaka tinggi lampai itu.

Kening dijongket.

"Nak apa?"

Dia menatapku dingin. Tanpa banyak bunyi dia menarik lenganku kasar. Aku terkejut dengan tindakannya.

Aku memanggilnya banyak kali tapi dia sedikit pun tidak menghiraukan aku.

Aku memandang sekeliling. Belakang sekolah?

"Aiden, kita nak buat apa kat sini?" soalku cemas. Aiden ni dah kena sampuk dengan mana mana jin ke.

Sampai sahaja di belakang bangunan sekolah. Aiden bertindak menolak aku ke dinding. Dua tangannya mengepung aku supaya aku tidak melarikan diri.

Aku tidak keruan kerana dia memandangku bagaikan hendak menelan orang. Sepertinya aku melakukan kesilapan besar. Tapi aku tak buat apa-apa kesalahan pun. Apa yang membuatkan lelaki itu sebegitu.

"Aiden," aku memanggilnya.

"Stop it, Emma," Aiden bersuara. Aku mengerutkan kening. Stop? Stop what?

"Aku tak suka kau dekat dengan dia. Dia sentuh kau, aku tak suka. Aku tak suka lelaki sentuh sayang aku selain aku." Naik meremang bulu roma aku tatkala aku mendengar Aiden berkata sedemikian. Dah kenapa mamat ni.

"Apa kau cakap ni, Aiden? Aku tak fahamlah," aku memandangnya.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari lelaki tu mulai hari ini. Aku tak suka." arah Aiden. Aku menahan geram. Dia maksudkan Leo? Tapi kenapa? Kenapa dia arahkan aku sesuka hati dia? Kenapa dia nak aku menjauh daripada Leo?

"Suka hati kau je arahkan aku untuk menjauh dari Leo. Dia tu kawan aku. Kau siapa nak suruh aku menjauh dari dia," aku menyilangkan tangan ke dada.

Bukk!

Aku tergamam. Dinding sebelahku ditumbuk kuat oleh Aiden. Aku dapat dengar dengan jelas deru nafas Aiden yang semakin kencang. Telinganya merah menandakan dia sedang marah.

Aku menelan air liur. Takut akan lelaki itu.

"Ai-Aiden..."

"Kau buat je apa yang aku suruh, betina. Kau faham tak? Aku tak suka kau dekat dengan lelaki tu dan mana mana lelaki. Sebabnya aku tak suka," tengking lelaki itu. Aku mengemam bibir. Tidak pernah melihat Aiden semarah ini dan meninggikan suara kepada aku.

Aku sedaya upaya menahan air mata daripada keluar. Ini pertama kali dia menaikkan suaranya denganku. Jujur aku takut dengan dia sekarang. Aku taknak ada dekat dengan dia. Aku takut.

Sedar akan kesilapannya, Aiden segera meraup wajahnya kasar. Dia memandangku dengan pandangan sukar ditafsir.

"Sorry, Emma. Aku cuma taknak kau dekat dengan mana mana lelaki. Aku taknak kau diambil oleh dorang. Kau milik aku. Selamanya milik aku." Aiden memegang bahuku. Psiko. Itu yang aku fikirkan.

"Aku sayangkan kau, Emma."

Mataku terbeliak besar. Bibirnya menyentuh bibirku.

What on earth happen?

AIDEN & EMMA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience