SPM telahpun berlalu. Syasya berjaya mengharungi detik yang paling mencabar dalam dirinya setelah dia tamat menghadapi ujian PT3. Tanpa sedar, Syasya membesar begitu pantas. Dia kini genap berumur 17, bermacam-macam dugaan yang dihadapi dalam hidupnya.
Perhubungannya dengan Allen sudah tidak seperti dahulu lagi. Walaupun begitu, hubungan mereka masih lagi utuh. Syasya tidak pernah menduga bahawa cinta Tingkatan 3 nya itu dibawa sehingga habis SPM dia. Dia masih lagi tertanya-tanya..
'Apakah ini masih lagi cinta monyet Ya Allah ? Bukankah cinta monyet itu tidak akan bertahan Ya Allah ? Ya Allah ? Dugaan apa lagi yang akan Kau berikan kepadaku ni ?'
Rintihnya dalam hati. Dia sudah tidak kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Tapi dia tahu bahawa Allah tak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka.
Syasya membuka telefon pintarnya itu. Sesekali dia memandang ruangan mesej Allen. Dia rindu sekali dengan sikap dan cara layanan Allen terhadap dia seperti waktu dahulu. Jari jemarinya giat mengetuk papan aksara satu persatu.
'Hai Allen... awak apa khabar ? Sudah makan ke belom ? Awak macam mana dekat sana sekarang ? Saya rindulah...' Syasya menaip.
*Tinggg* bunyi mesej masuk.
'Yaa hai, saya ok je dekat sini.. dah makan.. awak pulak ? Allen membalas dengan ringkas sekali.
'Hmm.. baguslah kalau macamtu, awak ? Saya ingat saya nak sambung belajarlah nanti... Okay tak ? Awak pun dah berumur 19 tahun kan, so macam mana dengan kerja ? Dah dapat ke belom ?' Dia menanya Allen.
Bertalu-talu soalan itu keluar. Almaklumlah dia sangat mengambil berat mengenai hal Allen.
'Okaylah tu, awak usaha je okay.. saya doakan yang terbaik, pasal kerja awak jangan risau..pandai-pandailah saya nanti..saya kan lelaki... nanti awak sape nak kasi makan minum kalau saya tak kerja ? haa cer jawab hahah..'
Allen mengusik Syasya.
'Ehh saya pulak yang kena... saya baru je habis SPM tau, jangan nak ngada ngada.' Syasya turut tertawa kecil sambil membalas mesej Allen.
'Hahaha... alaa sayang ni.. suka cakapla suka, malu malu pulak, dengan saya pun nak malu' Sekali lagi Allen mengusik Syasya. Seronok sungguh dia menyakat si Syasya ni.
'Ehh sudah! sudah... ishh sapa yang cakap suka.. ada nampak saya cakap suka ? tak kan ? werrkkk!
'Hihihi comellah awak ni Syasya, gelabah sangat... yela saya tahu awak tu bercita-cita.. pergilah dulu kejar cita-cita awak.. and then baru kita kawin wiiiiiiii hahaha...'
Allen, Allen tidak habis mengusik wanita kesayangannya itu.
Syasya mengerling jam yang berada di dinding biliknya itu. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Patutlah dia sudah semakin mengantuk.
'Sudahlah awak ni... merepek jela kalau chat dengan awak.. penat saya ketawa tau, saya dah mengantuk ni..tidur dulu okay..awak tu jangan lewat sangat...kang ada Lady White teman awak hahaha...' Syasya mengusik kembali si Allen.
'Amboi.. dia pulak yang usik kita yer... yelah awak tidurla dulu.. good night sayangku.' Mesej terakhir yang dihantar oleh Allen kepada Syasya.
Hubungan Allen dan Syasya adakalanya baik, sweet dan romantik sangat. Walaupun mereka tidak bertemu dek kerana jarak yang memisahkan mereka. Hati mereka sentiasa berbunga bunga apabila menerima chat dari satu sama lain.
Dan adakalanya perhubungan mereka diduga. Pergaduhan yang teruk sudah terbiasa dalam hidup mereka. Dingin, bermasam muka dan adakalanya masing masing ego tidak mahu mengalah. Tapi itu tidak membuatkan mereka ingin berpisah. Layanan Allen biasalah kadang baik kadang buruk. Tapi Syasya masih lagi bertahan dengan sikap si Allen tu. Dia sangat menyayangi Allen.
Share this novel