Bulan Mulia

Romance Completed 4734

Tidak lama setelah itu, tibanya bulan yang selalu dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan yang penuh barakah. Sebagai seorang umat Islam, Syasya tahu dia kena banyak melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini.

'Eh Sya ? apa kata malam ni kita pergi terawih nak tak ? almaklumlah malam pertama hihih nak rebut pahala la katakan'.

Kata-kata yang keluar dari mulut sahabat karibnya, insan yang disayangi Syasya, Alina. Alina seorang yang pendiam tetapi dengan kawan-kawannya, perangai gila-gila tidak asing lagi bagi mereka berdua.

'Yela Alin, aku taulah, ishh macamlah aku tak tau hari ni, malam ni, malam apa'.
*Syasya menarik muka masam dek kerana telatah si sahabatnya.*

*Alina tertawa melihat Syasya yang terkena usikannya*

Tiba-tiba terdengar suara yang sayu memanggil nama Syasya. Suara itu yang boleh membuat Syasya menangis dalam diam. Suara daripada insan yang sangat disayanginya.

'Sya oh Sya... nanti tolong ibu pergi ke bazar kejap ya ? Tolong belikan lauk-pauk buat berbuka nanti, beli sedikit sudahla, jangan membazir pulak ya'.

Pesan ibunya, Mardiya, kepada anak kesayangannya.

'Ya, ibu.... nanti Sya suruh Alina temankan ye ?
jawab Syasya kepada ibunya.

'Weyy Alin, nanti temankan aku kejap ok ? Alang-alang tu kau tak nak sekali ke join aku beli, hahahah'.

*sempat lagi si Syasya membalas usikan Alina yang melepak di rumahnya*

*Alina menarik muka panjang*

'Yalahh, petang nantilah, abang aku pakai motor ni, tulah pasal aku lepak rumah kau ni, bosan hihi'.

Alina menjawab penuh slumberr.

'Ehh Sya ? kau macam mana dengan mamat tu ? still dengan dia lagi ke ? cerita la sikit beb haha'

Semberono je Alina ni. Insan yang suka menyibuk hal dunia Syasya, tapi Syasya tidak kisah dengannya, dah nama kawan baik kan ? mestilah nak tahu itu ini.

'Ha'aa, aku still dengan dia, aku ? Okay je kot dengan dia, aku tak dapat nak online chat dia, takde duit aku nak topup data ni, so aku susahla nak chat dia sikit'.

Terang Syasya kepada kawannya itu.

'Ohh I see, Okay, pape pon aku doakan yang terbaik untuk kau Sya, sebagai kawan aku cuma nak kau bahagia je Sya'.

Alina si semberono itu amat menyayangi kawannya, Syasya.

'Hmmm.. thank you Alin.' ucap Syasya.

'Welcome sayangku.' Alina membalas sambil dilirikan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience