Alasan

Romance Completed 4734

Hari yang dinantikan Syasya telahpun tiba. Hari Raya Puasa. Gadis itu sungguh bersemangat pada hari itu. Habis solat Subuh berjemaah, dia membantu ibunya, Mardiya, menyediakan segala makanan, kuih-muih untuk menyambut para tetamu nanti.

Dia sangat bahagia kerana hari itu dia dapat online kembali dek kerana tekadnya nak beli topup internet. Diambil telefon pintarnya yang berjenama Samsung itu terus dibuka laman sosial Fac miliknya. Dia berfikiran untuk memberikan kejutan kepada kekasihnya itu, si Allen.

Sebelum berbuat demikian, fikiran Syasya tiba-tiba terlintas untuk stalk profil kesayangannya itu. Dicari dan discroll nama akaun si Allen.

'Allah, siapa dia ni ? kenapa Allen buat macam ni dekat aku ? Apa salah aku Ya Allah ? humm...'

Bisik kata hatinya. Perasaannya semakin sayu dan kecewa. Di hari bahagianya menyambut Hari Raya, dia menemui sesuatu yang tidak dia duga. Syasya ternampak gambar yang dipost oleh Allen merupakan gambar seorang gadis. Diletak ucapan manis-manisan kepada gambar tersebut.

Hati Syasya retak seribu. Air matanya mula mengalir deras. Tidak dapat menahan sebak dia mengambil keputusan untuk membuat panggilan kepada Allen.

*Setelah beberapa minit menunggu Allen menjawabnya panggilannya, akhirnya Allen mengangkat telefonnya itu*

'Hello, Allen!? kenapa awak buat saya macam ni ? Macam ni lah, kalau awak dah tak sayangkan saya, kita putus sajalah ! Awak pergilah dekat perempuan tu, awak peduli apa saya ni ? sampai hati awak buat macam ni dekat saya selama saya tak online ni!!'

Ucap Syasya dalam keadaan yang sangat marah dan sedih ketika itu.

'Sayang ? awak ? awak ... awak janganlah macam ni dulu, dengarlah dulu awak... okay, okay.. saya salah, saya minta maaf Syasya, dia cuma kawan je Sya... awak ? janganlah minta putus, saya masih sayangkan awak.'

Allen menjawab dengan panik dek kerana kekasihnya itu ingin berpisah dengannya.

'Hmmm, sudahlah Allen... saya dah nampak semuanya... saya tak sangka awak pun sama je macam lelaki lain ! Saya ingatkan awak ni berbeza, rupanya... huhh !'

Syasya bersikap sinis.

'Awak... janganlah macam ni, saya tak nak kehilangan awak, saya sangat menyayangi awak, saya janji saya tak buat lagi perkara yang awak tak suka... tolonglah bagi saya peluang.. janganlah macam ni please....'

Allen berusaha memujuk hati Syasya.

'Peluang apa lagi ? Peluang untuk awak sakitkan hati saya lagi ke haahh Allen !!? Sudahlah kita sampai sini sajalah, takde apa lagi yang awak perlu jelaskan, cukuplah..'

Syasya meletak panggilannya tanpa mendengar apa-apa lagi penjelasan si Allen. Baginya hubungannya dengan Allen cukuplah hanya sampai disini sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience