Sudah hampir 6 bulan mereka berkenalan, Syasya mula menyimpan perasaan terhadapi lelaki yang dikenali sebagai Allen itu. Lelaki yang berdarah kacukan Mat Salleh dan sangat fasih berbahasa Melayu. Allen, pemuda yang sudah lama menetap bersama keluarganya di Malaysia dan menjadi warganegara disini. Tidak lama beberapa hari si Allen menyatakan hasrat hatinya yang tidak sanggup lagi menahan rasa sayang dan sukanya terhadap Syasya. Tidak berfikiran panjang, si Syasya bersetuju untuk memulakan kehidupan baharunya bersama lelaki yang diminati, disayangi dan disukai juga olehnya.
'Awak ? kalau saya setuju bersama dengan awak, please janji dengan saya yang awak tak akan sakitkan hati saya, duakan saya atau abaikan saya'.
Pinta Syasya dengan hati yang tidak yakin dengan keputusan yang dibuat olehnya.
Hal ini demikian kerana dia berfikir bahawa percintaan monyet ini tidak akan kekal lama dan akhirnya retak jua. Namun, sayangnya dia tidak berfikiran jauh.
'Ya, saya janji saya akan jaga awak dan tak akan sesekali sakitkan hati awak Syasya, saya sangat menyayangi awak walaupun saya tahu kita berbeza agama.'
'Saya tak sanggup melihat awak bersama orang lain'.
kata-kata yang keluar dari ruangan mesej si Allen kepada Syasya membuatkan Syasya merasa bahawa dialah yang terbaik untuk dirinya. Cukup lengkap dengan ciri-ciri lelaki idaman yang dia inginkan selama ini.
Pada awal percintaan, semuanya terasa indah, Syasya dijaga dan disayangi dengan baik seolah-olah tidak akan ada kekecewaan satu hari nanti. Hari lahir Syasya diingati Allen. Tepat pada pukul 12 malam, akan tibalah deringan notifikasi chat dari Allen kepada Syasya.
Kebahagiaan mula menyelubungi hati dan perasaan Syasya, terasa dirinya sangat dihargai dengan ayat-ayat manis oleh si Allen. Semakin lama, Syasya semakin menyayangi Allen, pemuda yang kacak rupawan, berhidung mancung dan mata kebiru-biruan.
Hari-harinya sentiasa bahagia, dibuka telefon pintarnya mesti akan ada mesej untuknya dan mesej tersebut berbunyi
'Sayang ? you dah makan ?'
Pesanan yang seringkali diterima oleh Syasya apabila tepat waktu untuk makan. Allen sentiasa bersama Syasya tidak kiralah diwaktu senang mahupun susah. Mereka berdua tahu bahawa cinta jarak jauh ini bukanlah penghalang untuk mereka tetap berkomunikasi antara satu sama lain.
Walaupun tidak dapat bertemu, cukuplah hanya kesetiaan, kepercayaan dan saling hormat-menghormati dalam perhubungan mereka. Bagi mereka itu sudah cukup memadahi untuk saling menjaga hati masing-masing agar tidak tersakiti.
Share this novel