Bermula di laman sosial, 'WeChat' tidak asing lagi untuk anak-anak muda di sekitar tahun 2014, pada ketika itu, Syasya turut mempunyai akaun laman sosialnya sendiri. Menurutnya akaun tersebut hanya untuk suka suki sahaja, berborak dengan kawan karibnya memudahkan lagi komunikasi mereka bersama. Syasya semakin terpengaruh dengan persekitaran laman sosialnya, Syasya yang ketika itu baru di Tingkatan 3 bakal mengambil PT3 semakin rancak dengan telefon pintarnya.
Dalam keasyikkannya, dia seronok bermain 'promote' pada ketika itu dengan alasan untuk menambah kawan dalam akaunnya itu. Biasalah pada zaman WeChat, 'promote' sudah terbiasa dengannya, ada sahaja orang-orang disekeliling memintanya untuk mem'promote' mereka di laman sosial bagi mendapat kawan yang baharu.
Disitulah, Syasya bertemu dengan seseorang. Pada mulanya, Syasya hanya membuat status mengenai kehidupannya, namun terdapat beberapa syarat dalam statusnya itu.
'Dilarang Like atau Komen di statusku atau aku akan direct chat kau suruh Unlike balik'.
Begitulah apa yang disyaratkan olehnya. Namun begitu, syaratnya tidak diendahkan oleh si pemuda itu. Dengan rasa yang tidak puas hati, si Syasya pergi 'direct chat' dengan pemuda itu. Hatinya marah terus ditegurnya pemuda itu.
'Heyy! Kenapa awak Like & Komen status aku ?'
'Ehh, kenapa ? tak boleh ke saya buat macam tu ?'
balas si pemuda itu.
'Saya dah tulis disitu, kenapa awak buat jugak ?'
Syasya masih marah.
'Biarlah saya nak buat macamtu'. Pemuda itu membalas dengan tenangnya.
Semakin lama mereka ber'chitchat', mereka semakin akrab dari hari ke hari. Tidak disangka perkenalan mereka berdua telah menimbulkan perasaan sayang & suka dari pemuda tersebut. Syasya macam biasa masih bersikap tidak acuh terhadap perasaan pemuda itu. Baginya, ini hanyalah persahabatan, tidak mungkin akan boleh lebih dari itu. Syasya menganggap ini hanyalah 'cinta monyet'. Maklumlah dia masih lagi bersekolah di Tingkatan 3, masih banyak yang dia perlu kecapi dalam hidupnya.
Share this novel