Allen tergamam dengan sikap yang ditunjukkan oleh Syasya. Dia buntu. Namun, tanpa berfikir panjang, dia terus menelefon kembali si Syasya, seorang gadis yang disayangi.
'Syaa... please angkat call saya... saya tak nak kita berpisah macam ni.' Allen berbicara sendiri.
*tutt...tutt..tutt...*
Tanpa berlengah, Syasya terus menolak panggilan daripada Allen.
'Alamak! Dia betul-betul marah dengan aku ni.. hmm apa patut aku buat ni.. takkan lah aku nak lepaskan je semua ni ?? Arghh aku tak kira, aku mesti pujuk dia balik!'
Allen bertekad. Ditelefon sekali lagi. Dia mengharap sangat Syasya menjawab panggilannya pada kali itu.
*tuttt...tutttt....* tetiba dia mendengar suara yang dinantikannya selama ini.
'Humm apa awak nak lagi ni Allen ? Kan saya dah cakap cukuplah kita sampai disini.. awak tak faham lagi ke ??'
'Syaa... jangan buat saya macam ni please... saya still pilih awak... saya janji saya tak buat lagi... please jangan macam ni Syaa...'
Allen turut menitiskan air matanya.
'Okay, baik...kalau awak cakap macamtu... tapi seandainya satu hari nanti awak buat macam ni lagi... awak fahamlah maksud saya ni..'
'Yelah Syaa... saya mintak maaf sangat-sangat, awak janganlah menangis lagi ya.. saya tak suka dengar awak menangis, hati saya sakit, saya takde disisi awak... kita jauh Syaa.'
'Hmmm yela-yela... awak pon jangan menangis jugak.. awak tu lelaki, tak malu ke lelaki menangis hah ??
'Nak malu kenapa pulak ? Dah saya sayang awak, saya tak nak kehilangan awak tahu tak.' Terang Allen kepada Syasya.
'Ohh yaa Syaa, kesayanganku... Selamat Hari Raya yer sayang... saya minta maaf buat awak sedih harini...'
'Hmm takpelah, nak buat macam mana lagi, benda dah terjadi... okaylah awak.. saya ada kerja lagi nak dibuat, nanti saya nak keluar beraya lagi ni..awak take care dekat sana.'
Pesan Syasya kepada lelaki yang dicintainya itu. Sungguh walaupun dia berbicara kasar sebentar tadi, namun dia tidak bermaksud begitu. Hal ini demikian diikutkan sangat dengan perasaan marahnya itu.
Syasya tersenyum kembali dek kerana tingkah laku si Allen yang gelabah ketika dia sedang marah.
Kuih-muih yang terhidang di atas meja dijamahnya sedikit. Tetamu yang hadir pada hari itu dipelawa olehnya.
'Silalah jemput masuk Mak Ngah, Pak Ngah, Kak Mimah.. silalah..' Syasya mempelawa tetamunya.
'Ibuu... ohh buuu... ni ada orang datang beraya ni.. marilah kesini..'
Ibu Mardiya yang sedang berada di dapur dengan segera pergi menyambut tetamunya setelah mendengar panggilan daripada anaknya, Syasya.
Dalam keasyikkan dan kegembiraan yang disambut dengan penuh sederhana, kini hari bersilih ganti. Malam menggantikan siang.
Share this novel