Completed
4507
Emak masih lagi diam membisu. Kaku sambil memandang Ana. Ana garu kening yang tak gatal.
Tiba-tiba emak berbisik, "kot ye nak teman pun. Tak payah la ikut masuk dalam bilik air sekali.." Baru Ana perasan yg Ana ikut emak masuk sekali ke dalam bilik air. Ana sengih.. emak menjeling tajam.
Selepas emak tutup pintu bilik air, Ana pun menuju ke tangga batu di dapur. Hajat hati nak letakkan kepala kat tangga. Nak tutup mata sekejap. Ana baru saja letak punggung di atas tangga.
Baru menyandarkan badan, tak sempat pun nak letakkan kepala di atas tangga emak dah keluar dari bilik air. Ana lihat emak berjalan laju sambil betulkan kain batiknya.
Tanpa berkata-kata emak terus tarik tangan Ana naik tangga. Sampai nak tersungkur Ana dibuatnya. Apa hal ni?
Nak tanya tak berani apabila melihat akan keadaan emak ketika tu. Emak arahkan Ana untuk tidur.
"Tidur! " , itu saja yg emak katakan kepada Ana. Tanpa banyak tanya, Ana rebahkan badan atas tilam dan paksa diri untuk tidur. Dalam kepala ni dah fikir macam-macam. Sedang Ana cuba nak tidurkan diri, Ana dengar seperti bunyi orang berjalan atas daun kering.
Ssrreetttt.ssrrettttt.ssssssrrreeettt..
Bunyi tu tetiba hilang dan diganti dengan bau bunga melur.
Memikirkan yang depan rumah ini ada pokok bunga melur yang besar, Ana ambil positif tentang bau terebut.
Manakala bunyi seret atas tanah itu mungkin bunyi biawak yang sedang berkeliaran. Tak mahu fikir yg bukan-bukan Ana pejam mata kuat-kuat. Ambil bantal tutup muka. Entah bila Ana terlelap pun Ana tak tahu.
Share this novel