Bab 8

Thriller Completed 4507

Pada suatu malam emak Ana terasa hendak membuang hajat kecil. Oleh kerana ayah tiada sebab keluar berjumpa kawan-kawannya, emak mengajak Ana temankan. Jam menunjukkan pukul 11.45 malam.

Pada mulanya Ana malas hendak temankan. Mata ni mengantuk sangat-sangat. Macam ada gam kat kelopak mata ni. Memang susah nak buka mata ni.

Ana dengar suara emak tapi mata ni memang tak boleh nak buka langsung.
Mungkin bosan nak kejutkan Ana , emak pun berlalu ke dapur. Akan tetapi sebelum dia bergerak ke dapur sempat juga emak berkata sesuatu yang membuatkan tiba-tiba mata Ana segar bugar.
Emak kata, " Takpelah kalau tak nak teman..tapi esok-esok kalau ko nak terkucil tengah malam..silalah pergi sendiri ye."

Bingkas Ana bangun dari tempat tidur. Dengan badan yg terhuyung hayang Ana mengekori emak turun tangga ke dapur.

Ana terus ikut emak sampai ke bilik air. Sampai di bilik air, tak semena-mena emak berhenti. Dia pusingkan badannya dan memandang Ana. Matanya tak berkedip-kedip memandang Ana.

Mata Ana melilau ke kiri dan ke kanan. Dalam hati ni tertanya-tanya.
"Eh! Kenapa emak ni?" Ana mula dah seriau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience