Completed
4507
Dipendekkan cerita, keesokkan petang selepas Ana pulang dari sekolah. terus Ana bertanyakan kepada emak.tentang kejadian malam semalam.
Kedudukan bilik air ini berada dibelakang sekali. Dindingnya separa batu-bata & separa zink tebal. Manakala atapnya juga zink tapi tidak menutup bilik air keseluruhannya. Hanya setengah depa bahagian atas bilik air yang terbuka.
Berhadapan dengan dinding bilik air dan juga pintu belakang terdapat sebatang pokok petai yang besar dan berbuah lebat. Hinggakan salah satu hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air yang terbuka.
Buah petainya terjulur masuk sedikit ke dalam biik air.
Emak menceritakan selepas dia menutup pintu bilik air, dia pun teruskan niatnya nak membuang hajat. Kedudukan emak Ana ketika itu menghadap dinding ke belakang. Ini bermakna di depannya ( bahagian luar bilik air ) pokok petai.
Sedang membuang hajat kecil, emak Ana terperasan daun-daun petai jatuh berguguran ke lantai bilik air yang basah. Emak pula rasa pelik. Hendak dikatakan angin.
Tak terasa angin bertiup. Malam tu memang terasa bahang.
Daun-daun petai makin lama makin banyak jatuh berguguran ke lantai seperti salji. Jadi emak Ana dongak ke atas secara perlahan-lahan. Cuba mencari puncanya daun petai itu berguguran.
Share this novel