Bab 4

Thriller Completed 4507

Tiba-tiba, Ana terdengar pintu rumahnya diketuk kuat. Dia menarik nafas panjang sambil mendengar untuk memastikan sama ada dia mendengar ketukan di pintu rumahnya. Setelah dia pasti ada ketukan di pintu, dia segera mendekati pintu sambil bersuara, “ Siapa ‘tu?”.

“Saya, Mak Bidan. Suami engkau pesan suruh aku datang!”

Ana segera membuka pintu itu dan tersenyum melihat kelibat wanita yang telah banyak kali menolongnya sewaktu dia berasa sakit semasa mengandung sulung itu. Dia mengajak mak Bidan itu masuk ke dalam rumahnya.

“Nampaknya engkau sakit kuat. Mari aku periksa!”

Lalu Ana berbaring di atas katil dan mak Bidan itu segera menyapukan minyak urut di perut Ana sambil mengurut-urut perlahan perut Ana yang sudah 7 bulan itu.

“Merengkan badan ke kiri,” arah Mak Bidan sambil terus mengurut-urut perut Ana. Ana terlena kerana berasa lega dengan urutan yang diberikan.

Ana tidak sedar bahawa Mak Bidan itu bukan orang yang sebenarnya tetapi jelmaan pontianak yang sudah memerhatikannya sejak di perigi tadi. Tiba-tiba Ana tersentak apabila mendapati wajah Mak Bidannya itu berubah menjadi pontianak.

Tiba-tiba wanita tua yang menegur Ana tiba lalu menghalau hantu pontianak yang belum sempat mencederakan Ana.

Wanita tua itu lalu menggerbangkan rambut dan membaca ayat-ayat suci daripada al-Quran. Ana yang sedar akan hal itu lalu turut membaca ayat-ayat suci daripada al-Quran yang diingat pada waktu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience