Bab 11

Thriller Completed 4507

Di atas dahan yang hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air.. emak Ana nampak susuk badan perempuan berselubung dengan kain putih labuh sedang duduk sambil kakinya berjuntai-juntai ke bawah.

Mukanya tidak kelihatan sebab terlindung dengan rambutnya yang sangat panjang. Kulitnya sangat pucat serta kukunya yang runcing dan hitam sedang bermain-main dengan rambutnya.

Tapi yang terang-terangan, emak Ana nampak mulut perempuan itu tersenyum. Ini bukan sebarang senyuman .... Ini senyuman yg mampu membuat segala bulu-bulu di tubuh badan naik serentak!

Agaknya ‘dia’ tahu yang emak Ana sudah nampak akan dirinya yang tidak seberapa indah itu kakinya tiba-tiba berhenti bergoyang. Tangannya berhenti bermain dengan rambutnya.

Kata emak lagi. Sebelum perempuan itu menoleh sepenuhnya kepada emak, ada baiknya emak cepat-cepat bersihkan diri. Tanpa menoleh dan memandang ke atas emak terus tunduk dan selesaikan semuanya seberapa cepat yg boleh.

Dalam pada bergelut nak buka pintu bilik air, emak Ana terdengar suara perempuan itu tergelak halus. Mulut emak tak berhenti-henti beristighfar kaki emak rasa kebas.
Langsung tak terasa kakinya jejak ke lantai. Terus emak buka pintu bilik air dan bergegas keluar.

Dan bunyi serta bau yang Ana alami malam tersebut adalah tanda kehadiran makhluk tersebut diluar rumah Ana . Ini berdasarkan cerita ayah Ana yang kebetulan balik 15 minit selepas itu. Ayah nampak makhluk itu terbang menghala ke pokok kekabu yang berada di depan rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience