Completed
4507
Dicakar Pontianak
Ana seorang anak yang degil. Puas ibunya menasihatkan. Puas juga dipukul dengan harapan berubah. Tetap degil juga seperti biasa.
Walau bagaimana pun jika disuruh menghantar kuih ke warung dan mengambil duit jualan,pasti Ana tidak membantah. Suatu hari,Ana dimarahi kerana tidak menutup lauk dengan tudung saji,menyebabkan kucing-kucing kekenyangan hari itu.
Ana seperti biasa berdegil dan melawan balik cakap ibunya. Gaduh besar petang itu.Ana tetap nak menang juga.
Walau bagaimana pun Ibunya cuba menahan sabar dan bercakap dengan nada lembut untuk menasihatkannya. Ana tetap degil kerana egonya.
Katanya ‘Apa salahnya sekali-sekala biar kucing dapat makan puas-puas,kan setiap hari kita dapat makan sedap-sedap.Kucing pun tak suka dengan Ibu. Kedekut.’
Hilang sabar Ibunya mendengar keceluparan Ana.
Lalu dibalasnya ‘Biar kau dicakar apa-apa nanti!!!’.
Ayah Ana kemudian terpaksa masuk campur menenangkan keadaan. Disuruh Ana ke warung mengambil duit,dengan tujuan menenangkan si Ibu.
Ana bersetuju,pasal dapat juga dia duit sikit nanti.
Share this novel