BAB 14

Romance Completed 26638

DI TOLAK perlahan kerusi roda isterinya. Puas dia memohon ampun dan sedar kekhilafannya pada si isteri. Akhirnya, Tiara sudi memaafkannya.

“Auntie Della!!”

Jerit Tania sebaik melihat Adella. Adella mengangkat tubuh kecil Tania dan di kucupnya kedua pipi mulus anak itu.

Razin yang berdiri di sebelah turut mengusap kepala Tania.

“Hmmm…tak sabar betul nak dapat anak.”

Sempat Razin berbisik nakal ke telinga isterinya.

“Aminn.”

Balas Adella pula dalam senyuman.

“Dah nak berangkat dah?”

Soal Aidil. Adella pantas mengangguk. Razin di sebelah masih berwajah muram. Masih berbekas rasa bengang dalam hatinya dengan kisah 5 tahun lepas.

“Razin.”

Namanya di seru.

“Aku minta maaf kat kau atas apa yang dah berlaku. Maaf untuk semua kesakitan yang aku dah lakukan. Jangan berdendam dengan aku.”

Ucap Aidil dengan hiba.

Hendak tak hendak terpaksa juga Razin menjawab bila lengannya sudah di pegang Adella.

“Sudahlah. Aku maafkan kau. Cuma kau jangan nak buat benda bukan-bukan lagi dah. Ingat sikit anak kau ni. Reti bersyukur sikit. Dah susah payah cekup bakal isteri aku dulu pastu nak sakitkan hati dia pulak. Kau nak anak kau tengok perangai kau yang…Hmmhh malaslah aku nak cakap. Kau faham-fahamlah sendiri.”

Aidil mengukir senyum. Dia malu dengan kekhilafannya. Puas dia memohon maaf pada Tiara isterinya. Tidak pernah dia berhenti mencintai wanita itu, kerana itu dia sanggup memerangkap Razin dan Adella menjadi mangsanya secara tidak langsung.

“Aku faham. InsyaAllah aku akan cuba sekali lagi. Jadi suami terbaik untuk Tiara dan ayah yang baik untuk Tania.”

Janji Aidil.

Tiara mengenggam jemari Aidil yang berdiri di belakangnya.

“Della, ada masa call aku ye. Jangan lupakan aku!”

Airmata sudah berjujuran ke pipinya.

“InsyaAllah Tia. Kau pun sama. Ada masa call aku ya?”

“Baiklah. Kami berangkat dulu.”

Setelah berpamitan dengan linangan airmata Adella dan Razin menuju ke pintu masuk sambil berpegangan tangan.

“You, bukan main lagi you sound Aidil kan? Siap cakap pasal cekup bakal isteri you lagi.”

Ujar Adella dengan nada cemburu.

“Saja.”

Balas Razin selamba sambil terus berjalan.

“I kepingin nak tengok you jealous.”

Kata Razin dengan senyuman.

“Della, I rasa perkara ni macam pernah berlaku je.”

“Sekarang ke?”

“Ha’ah… Dejavu kot.”

“Della…”

“Yes?”

“Nothing.”

“What?”

“I love you!

“Ceh!”

“Jawablah!”

“Love you too.”

“I dia mana?”

“I love you too!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience