BAB 7

Romance Completed 26638

“Perempuan tak guna! Kau masih gilakan lelaki tu apahal?”

Percuma! Tiara menerima tamparan Aidil. Terhempas tubuhnya di sofa. Di pegang pipinya yang sudah kerap kali pijar menerima tamparan lelaki itu.

“You ingat I boleh berdiam diri lepas apa yang you dah buat pada I dan Razin??”

Pekik Tiara dengan nafas yang sudah tidak sekata.

Aidil ketawa besar. Sengaja menyakitkan hati Tiara.

“You ingat dengan bagitahu dia. Dia nak dengan you balik? Macam tu?”

Aidil berkata sinis.

“Sekurang-kurangnya dia tahu you ni syaitan bertopengkan manusia!”

“Whatever lah Tia! As I know, dia dah tak perlukan you. Macam mana pun, dengan I jugak you kena balik. Kesian kat you. Razin dah bahagia dengan Della.”

“Kau memang durjana Aidil!”

“Berapa kali I dah bagitahu you. Don’t call my name! Panggil abang faham?”

Pipi itu di terkamnya dengan tangan.

“Jijik I nak panggil you macam tu…”

“Hmmm. I ni sayangkan you Tia. Sebab tu I tak suka you stalk fac Razin tu hari-hari. Tak sakit ke hati you tengok dia dah bahagia, sedangkan you derita!”

Aidil sudah ketawa besar. Komputer riba milik Tiara di angkat dan di campak keluar tingkap.

“Aidil!!!”

Jerit Tiara.

“Now, puas hati aku! Kau tinggal dalam bilik ni sampai hati aku puas.”

Terus pintu bilik itu di kunci. Tiara merapatkan kaki dan memeluk lututnya. Deritanya hidup dia kerana memilih Aidil.

Dia tidak menyangka kerana pertengkaran semalam Aidil terlepas kata tentang peristiwa yang telah berlaku 4 tahun lalu. Hari ini baru saja dia hendak menghantar mesej di fac Razin, dia sudah tertangkap oleh Aidil. Semuanya adalah perangkap Aidil kerana ingin memiliknya. Namun setelah dia di miliki mengapa dia dipersiakan. Tiara melepaskan tangis semahunya di dalam bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience