BAB 13

Romance Completed 26638

“Razin…”

Sapa Aidil yang lepas meletakkan anaknya ke kerusi menunggu. Tania sudah tidur.

“Apa khabar kau?”

Soalnya selamba sambil tangan kanan di sembunyikan ke belakang. Aidil merapati Razin dan menghulurkan tangan untuk berjabat.

“Aku? Hemmm…baik sangat!”

Percuma wajah Aidil sudah terkena dua biji penumbuknya.

“Oh lepas puas berasmaradana dengan bini aku dalam tu, kau tumbuk aku pulak. Banyak cantik muka kau!”

Aidil sudah tidak puas hati.

“Kau tak payah nak banyak songeh lah! Engkau pun tak dapat nak lawan cantik tapak kaki aku! Kau ingat sesuka hati aku nak masuk dalam tu dan tuduh aku berasmaradana dengan orang sakit… Kau dah gila???”

Pekiknya sudah hilang sabar.

Sebiji lagi tumbukan mengena wajah Aidil. Aidil hendak membalas namun Razin sempat menahan.

“Aku takkan bagi chance kat kau lagi la nak jentik muka aku dengan tangan kotor kau ni. Aku dah tahu semuanya. Kau yang perangkap aku dan Della! Berlagak bagus tapi hati macam syaitan!”

“Dah tu…kau nak aku melutut minta maaf dengan kau?”

Sinis Aidil menyoal.

“Tak perlu. Pergi minta ampun dengan Tuhan. Dosa kau sebab khianati aku dan Della. Lagi satu, sekali lagi kau sakitkan Tiara, aku takkan lepaskan kau!”

Tubuhnya sudah di palingkan. Ingin berlalu dari situ. Rahangnya bergerak-gerak menahan kemarahan di dalam hatinya.

“Heyy…kau masih sayang kat dia ke?”

Aidil masih tetap dengan nada mengejeknya.

Geram betul aku dengan kau ni Aidil. Tak makan saman sungguh.

“Aidil, kau tahu tak kita dekat mana ni?”

Soal Razin.

“Hospital.”

Aidil tetap menjawab jua. Jadi apa masalahnya…

“Kalau ikutkan baran aku menghadap perangai kau ni, nak je aku patah-patahkan tulang kau. Tapi bilik ICU dekat sangatlah. Tak thrill.”

Pantas kakinya di hayun pergi. Aidil ketawa kecil. Terbit sesalan dalam hatinya. Kerana mempersiakan Tiara. Sedangkan Razin yang tidak pernah terfikir untuk menikahi Adella mampu memilih untuk bahagia bersama wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience