BAB 12

Romance Completed 26638

BERAT hatinya untuk duduk di situ. Nafas berat di lepaskan. Di pandang Tiara yang terlantar lemah di katil itu.

“You…”

Lemah suara itu memanggil.

“I ada kat sini.”

Dia berusaha melunakkan suaranya.

“You…masih ingat tak kenangan manis kita?”

Tanya Tiara. Anak mata itu penuh mengharap. Dia tidak mahu mengecewakan hati itu sekurang-kurangnya untuk saat ini.

“I masih ingat…”

“Kalaulah…I kahwin dengan you. Mesti I takkan jadi macam ni. Kalaulah I bagi you jelaskan…salah I, ikutkan sangat marah.”

“Tak payah ungkitlah. Tu dah jodoh…nak buat macam mana.”

Ringkas Razin membalas.

“You sayangkan…Della?”

Tanyanya lagi.

“Mestilah I sayangkan dia… Dia isteri I.”

“Sama tak…macam masa you sayangkan I?”

“You lain… Della lain. Dah tak sama.”

Tiara masih mengharap agar Razin masih merasakan apa yang di rasakannya.

“Boleh bagitahu…macam mana beza dia…”

Dia masih ingin tahu.

“Adella… Kami umpama kapal dan nakhoda. Pada mulanya bahtera kami terumbang ambing di lambung ombak, biar tak pernah tahu hala kemudinya I nak bawa Adella. Namun setiap kali I teringat lafaz akad I…I tekad, tetap hingga ke akhir akan I nakhoda bahtera perkahwinan kami. I tak mampu berpatah semula.”

Sakitnya mendengar bait-bait indah. Ngilu sungguh hati Tiara. Aimatanya jatuh jua. Menyesal tak sudah dia mengenangkan Razin.

“You masih macam dulu. Sentiasa menghargai yang you ada.”

“I tak nak menjadi letih mempersoalkan takdir yang telah di aturkan Tuhan. I terima takdir ini. Walaupun pada mulanya I rasa sakit untuk terima semua ni. Tapi alhamdulillah, segala yang berlaku ada hikmahnya. Della terlalu baik untuk di lepaskan.”

Razin berterus-terang menceritakan apa yang terbuku di hatinya. Maaf, dia tidak mampu untuk menjaga hati Tiara sedangkan Adella memang isteri yang sepatutnya dia hargai dan cintai.

“Mungkin apa yang I cakapkan ni tak mampu merubah apa-apa lagi, tapi semua yang terjadi 5 tahun lepas adalah perangkap.”

Membuntang anak mata Razin. Macam mana Tiara tahu? ‘Entah-entah dia yang perangkap sebab tak nak kahwin dengan aku.’

Bisik Razin.

“Apa you cakap?”

Nadanya cuba di kawal.

“Aidil…ni semua angkara Aidil.”

Razin sudah naik geram. Tak sabar-sabar muka itu hendak di berikan buah tangan.

“Ohh…selama ni dia pura-pura berlagak baik nak kahwin dengan you. Tapi semua ni rupanya perangkap dia!”

Razin sudah berdiri. Kemarahan di hatinya meluap-luap.

“I nak jumpa Della.” Ucap Tiara.

“Kejap I panggil dia.”

Langkahnya laju di hayun ke luar pintu. Adella sedang berbual dengan Aidil.

“Della, Tia nak jumpa.”

Arahnya serius. Adella berlalu meninggalkan Aidil dan terus menuju ke bilik Tiara. Sempat dia berselisih memandang wajah suaminya yang kelihatan sudah bengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience