BAB 8

Romance Completed 26638

LEBIH kurang seminggu Adella dan Razin menghabiskan cuti di Malaysia. Demi menghadiri majlis cukur jambul anak saudara Razin. Razin dan Adella sama-sama anak yatim piatu. Sekurangnya, Razin ada seorang kakak yang boleh diziarah di bumi Malaysia. Kalau ikutkan rajuk…hmmm entahlah.

Mula-mula berat juga nak kembali ke Malaysia namun memandangkan hanya satu minggu mereka kuatkan hati juga. Selepas tamat kenduri, Razin dan Adella berjalan-jalan di kompleks beli belah.

Bahagia mereka teramat bahagia menikmati perkahwinan ini. Walaupun masih belum dikurniakan anak Razin menganggap 5 tahun ini adalah proses untuk mereka kenal mengenali sebelum rezeki menimang anak tiba nanti.

“Sayang, I nak pergi toilet jap. Tunggu eh!”

Adella mengangguk sambil tersenyum melihat keletah Razin yang sudah tidak tentu pasal untuk ke bilik air.

“Okey.”.

Adella melangkah di kedai-kedai kecil yang berada di shopping complex itu. Tiba-tiba namanya di seru seseorang.
“Della…”

Bergetar suara itu menyeru namanya. Adella masih ingat suara itu.

Masakan dia lupa. Air matanya jatuh menitis ke pipi. Teriakan itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

‘Taraf kau sama dengan pelacur Della! Banyak lagi lelaki kat luar tu yang boleh layan kau macam jalang!! Razin ni jugak yang kau nak?’

Arghh…sakitnya mengingati kata-kata itu. Pedih, menanah semua mengusik kembali hatinya yang kian sembuh.

Di usap airmata dengan tapak tangan. Nafasnya di tarik sebelum tubuhnya di kalih ke arah si pemilik suara.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Terus tubuh itu di raih dalam pelukannya. Rindu membuak-buak dalam hati Tiara.

“Ya Allah, rindunya aku dengan kau Della.”

Setelah kau halau aku dengan kata-kata penghinaan, sekarang kau ucap yang kau rindukan aku?

Adella tidak mampu berkata apa-apa. Tiara sudah memegang wajahnya.

“Mana kau pergi selama ni Della? Kau marahkan aku ke? Aku minta maaf, aku terlalu turutkan perasaan masa tu.”

Dengan tangis sedu-sedan Tiara meluahkan segalan isi hati yang menghimpit jiwanya selama ini.

Adella mengelengkan kepalanya.

“Aku dah maafkan kau.”

Ujar Adella dengan suara yang sudah bergetar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience