BAB 3

Romance Completed 26638

“Sumpah Tia. I tak buat semua ni! I langsung tak sedar apa yang berlaku.”

Bersungguh-sungguh dia mempertahankan dirinya. Adella yang duduk di sofa tidak jauh dari situ masih teresak-esak menahan tangis.

Setelah puas di jerkah dan di hina ahli keluarga Tiara. Kini giliran mereka membiarkan Tiara bertentang empat mata dengan Razin. Namun di situ masih ada Adella dan Aidil. Razin merupakan kawan baik Aidil sejak zaman kolej dan Adella merupakan kawan baik Tiara sejak di alam pekerjaan.

“Ohh, penat I tunggu you. Sampai majlis akad nikah terpaksa di batalkan! You tahu tak betapa malu i? Esok macam mana? Tomorrow will be our reception!”

Tiara sudah terpekik terlolong. Aidil juga turut berada di situ. Sengaja berdiam diri menyaksikan adegan panas dua merpati yang pernah di anggap sejoli ini!

“Go on. Esok kita akad nikah and teruskan reception sekali?”

“You dah gila Razin! Di majlis pernikahan kita you sepatutnya bersama I tapi you di tangkap basah dengan Adella? You ingat semudah tu I nak maafkan you dan tutup mata untuk teruskan wedding ni?”

Tiara sudah merenung tajam ke arah Adella. Geram membuak-buak dalam hatinya.

“Tiaaa, maafkan aku! Aku dan Razin di perangkap.”

“Arghhh! Sudahlah Della. Jangan nak mereka cerita pulak. Tia, jangan dengar cakap dia orang ni. Tak guna!”

Aidil sudah ikut campur.

“You diam Aidil! I dengan Della memang di perangkap. Mana you masa kejadian? Tiba-tiba hilang, entah-entah…”

Razin sudah bertindak serkap jarang. Matanya makin memerah.

“Memang i pun pengsan masa tu. Tapi bila i cari you dalam rumah tu you memang tak ada. Entah-entah you yang…”

Aidil sudah menumbuk wajah Razin. Dia takkan beri Razin peluang untuk membatasinya. Setelah dia mengupah orang untuk mencekup Adella dan Razin dia berpura-pura berbohong.

“Sudahlah jangan bertengkar!”

Jerit Tiara.

“Tia…apa yang Razin cakap tu betul.”

“Taraf kau sama dengan pelacur Della! Banyak lagi lelaki kat luar tu yang boleh layan kau macam jalang! Razin ni jugak yang kau nak?”

Jerkah Tiara dengan mata yang berani.

Naik geram jugak Razin apabila dia masih di tuduh sebegitu.

“Della, nampak gayanya dia lebih percayakan khabar angin dari I dan you. Jum Della, kita keluar dari sini. I tak nak maruah kita di pijak-pijak oleh orang macam mereka berdua. Tak pe, Tuhan tu adil. Satu hari nanti Dia pasti tunjukkan kebenaran. Tak usah memekak dengan sorang tak faham bahasa, sorang telinga tersumbat macam dah lama tak berkorek ni. You ikut I Della.”

Anak matanya sudah memberi isyarat kepada Adella supaya mengikutnya. Hati Tiara semakin sakit melihat tingkah mereka berdua yang seolah-olah memang sedang berkasihan.

“Aidil.”

Panggil Tiara.

“Ya Tiara?”

Jawab Aidil. Hatinya sudah bernyanyi riang.

“Esok hari I nak kita kahwin. Pagi akad nikah terus dengan reception sekali.”

Razin dan Adella terpempan. Semudah itu Tiara membuat keputusan kerana mengikut marah dalam hati.

“Kenapa? Marah?”

Tiara sudah menyoal. Seakan mencabar Razin juga.

“Sekali I lafazkan akad. Takkan semudah tu I akan persiakan isteri I. Della, mereka nak kahwin esok. Kita advance hari ni. You free kan?”

Adella sudah membuntang mata mendengar kata-kata Razin yang tidak masuk akal itu.

“Jum!”

Razin sudah menarik tangan Adella untuk keluar.

“Della! Kau dengar sini. Mulai hari ni kau bukan lagi kawan aku! Kita putus sahabat! Aku benci kau Della.”

Laung Tiara yang sudah menangis.

Adella juga turut menangis sebak mendengar kata-kata Tiara. Kakinya hanya menonong mengikut langkah Razin.

“Sekejap!”

Tiba-tiba Razin baru teringatkan sesuatu. Dia keluar semula dari perut kereta dan menuju ke dalam rumah.

“You nak ke mana ni?”

Soal Adella yang sudah duduk di dalam kereta. Air matanya di usap dengan tangan.

Razin melangkah semula masuk ke dalam rumah Tiara. Aidil dan Tiara sudah kehairanan melihat kelibat Razin yang seolah mencari sesuatu.

Setelah dia menemukan barang-barangnya. Satu persatu hantaran itu di letakkan ke dalam kereta. Empat lima kali dia berulang alik dari kereta ke dalam rumah. Tiara dan Aidil hanya membuntang mata melihat sikap tamak Razin yang macam buruk siku itu.

“Heyyy, you…”

Marah Tiara.

“Apasal? Pengantin je bertukar. Barang hantarannya kena pulang balik ye cik adik! Banyak cantik I nak kasi barang hantaran yang I pilih lepas tu you nak kasi Aidil ni. Dah semua branded-branded! Aidil hemmhh no taste ok. Bye-bye.”

“You….”

Razin sudah ketawa terbahak-bahak sebelum kakinya di langkah menuju ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience