Chapter 16

Romance Completed 18868

Bab 16

Apa sudah jadi dengan diriku? Apakah pil yang aku ambil sejak tiga bulan lepas membuat aku berubah tingkah laku? Apakah aku sudah gila? Namun aku sukakan perubahan ini. Aku teruja menghadapi perubahan demi perubahan, fikiran Duane larut memikirkan perubahan diri.

Duane meramas-ramas rambutnya yang kusut. Dia kepenatan. Perut terasa lapar. Segera lukisan yang telah siap itu ditutupinya dengan kain. Lukisan itu akan disimpan sahaja. Tidak. Tidak mungkin dia akan mempamerkannya. Koleksi lukisannya sudah cukup banyak untuk dipamerkan di Galeri Seni Jalan Ampang nanti.

Aku sepatutnya melukis wajah Anisa dalam keadaan jaga... bisik hati Duane. Namun, dapatkah aku mendekati gadis itu? Dia kelihatan seperti seorang gadis pingitan yang lebih senang memerap di kamar tidur.

******

Pintu dapur diketuk perlahan namun tiada sebarang jawapan. Duane tahu pembantu rumah sudah lama nyenyak dibuai mimpi. Namun dia perlu masuk ke dapur untuk mengambil makanan.

Perutnya terlalu lapar. Lidahnya kecur apabila terbayangkan keenakan mee segera. Rasa ingin dimakan dua tiga bungkus mee segera sekali gus.

Dia bergerak menghala ke tingkap bilik tidur pembantu rumah. Dia tahu Sunarti dan Farida berkongsi bilik tidur. Beberapa kali cermin tingkap diketuk tetapi pembantu rumah itu tidak terjaga. Mati mati, diaorang ni! Rungut Duane.

Dia terus bergerak mengelilingi rumah banglo itu. Saat itu dia menyedari lampu di kamar tidur Anisa masih menyala. Belum tidur lagi gadis tu? Dah pukul dua pagi ni... bisik hati Duane.

Duane bergerak perlahan ke arah tingkap bilik tidur. Dia mengintai namun tidak dapat melihat apa-apa lantaran langsir menutupi seluruh tingkap. Dia mengambil keputusan untuk mengetuk tingkap itu dengan agak kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience