Chapter 49

Romance Completed 18868

Bab 49

Anisa membuka kain penutup. Matanya terpegun dan dia terdiam kaku beberapa saat. Betapa gambar lukisan itu bagaikan hidup. Anisa melihat dirinya yang terbaring lesu, dengan perut berlumuran darah. Matanya terpejam rapat. Begitulah keadaan dirinya semasa dia ditemui orang selepas diperkosa dengan kejam oleh Arman. Dia dibiarkan untuk mati tetapi umurnya masih panjang.

Air mata Anisa mengalir perlahan. Sesungguhnya perjalanan hidup Anisa masih jauh. Siapa sangka Duane yang lebih dahulu diambil-Nya. Selepas pulang dari hospital Duane kemalangan. Beberapa saat kemudian Anisa tersedar dari koma. Anisa terselamat daripada perangkap maut. Tetapi berita sedih pula yang diterima Tan Sri Daud.

Anisa bergerak pula ke arah meja. Ada secebis nota yang ditinggalkan Duane. Anisa membacanya dalam sedu sedan panjang.
Bebaskan aku dari cintamu, Anisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience