Chapter 33

Romance Completed 18868

Bab 33

Perlahan-lahan hatinya mengakui semakin lama memandang wajah Duane hatinya terpaut. Wajah Iskandar sudah lama hilang di mata. Namanya juga sudah tidak lagi melekat di hati. Sesekali hati Anisa terdetik, segala yang menimpa diri ada kaitannya jua dengan Iskandar. Jikalau Iskandar setia, mengambilnya pulang dari kerja malam itu, pasti dia masih lagi seorang gadis yang unggul.

******

Duane cuba melelapkan mata. Dia berbaring di atas katil setelah mengganti cadar yang baru. Cadar itu berwarna biru pucat dengan gambar-gambar bunga melur putih. Cantik. Tidak pernah dia menggunakan cadar itu sebelumnya. Mungkin cadar itu kepunyaan Sunarti, yang diberikan kepadanya atas dasar kasih sayang. Tidak dinafikan Sunarti menyayangi dirinya seperti anak. Wanita Indonesia itu pernah mengasuhnya semasa kecil. Malah dia lebih rapat dengan Sunarti berbanding ibu kandungnya sendiri.

Duane cuba melelapkan mata. Malam ini dia tidak akan melukis. Sehari suntuk berada di taman, melukis gambar Anisa sudah cukup memenatkan. Dia ingin tidur sejenak, kemudian bangun kala dinihari nanti. Waktu dinihari membawa ke Subuh adalah waktu terbaik untuk membuat kerja, belajar dan berfikir. Ketika itu minda manusia amat tajam dan jiwa pun tenang. Justeru itu bagi seorang pelajar, waktu terbaik untuk menelaah pelajar adalah pada waktu dinihari.

Duane terlelap tanpa sempat berfikir ataupun berkhayal sesuatu yang indah. Dia terjaga apabila terasa sesuatu hinggap di atas pipi. Hidungnya terhidu bau yang wangi bak bau bunga freesia, sejenis bunga yang amat harum. Dia cuba mengangkat kelopak mata. Di luar suasana gelap, malam masih bersisa. Namun di pavilionnya itu lampu sentiasa terpasang terang. Dia tidak pernah tidur dalam keadaan lampu padam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience