Chapter 42

Romance Completed 18868

Bab 42

Sepanjang malam tadi, dia tidak lelap tidur. Beberapa kali dia terjaga dan sukar untuk lena semula. Azwanie disisinya tertidur pulas. Nyenyak seperti bayi. Lebih kurang jam lima pagi dia turun ke tingkat bawah untuk minum. Ruang tingkat bawah rumah itu sepi membungkam. Semasa dia melintasi ruang menghala ke dapur, dia mendapati seberkas cahaya dari bilik tidur berdekatan dengan ruang tamu menyala. Bilik itu ada penghuninya. Siapakah yang tidur di situ. Arman berdiri kaku dan memerhati sahaja.

Matanya digosok beberapa kali, apabila dengan tidak semena-mena pintu bilik tidur itu dibuka dari dalam. Muncul seraut wajah Anisa. Arman terus berjalan ke arahnya. Anisa yang terkejut melihat kehadiran Arman, terus menutup pintu dengan sekuat hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience