Chapter 8

Romance Completed 18868

Bab 8

Anisa bersyukur, dia masih ada ibu dan seorang kakak untuk menumpang kasih. Dia bukan sebatang kara. Dia mahu menguburkan kenangan pahit hidup bersama ibu tirinya sekian tahun. Biarlah dia mencipta bahagianya di sini pula. Dia berharap untuk melupakan kenangan pahit dan menguburkannya untuk selama-lamanya. Namun dirinya sudah cacat. Dia tidak memiliki mahkota suci lagi. Pun hal itu harus dirahsiakan daripada pengetahuan semua orang. Tidak sanggup untuk dia menceritakan sesuatu yang terlalu aib. Biarpun semua yang berlaku bukan salahnya. Kalau pun dia bersalah, hanya satu sahaja kesalahannya. Terlalu mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

Langkah diatur menghala ke pintu pagar. Loceng pintu ditekanm namun tiada sesiapa pun yang keluar untuk membuka pintu. Hampir lima belas minit menanti, dia mulai dipagut rasa curiga. Apakah tiada orang di rumah? Anisa terjenguk-jenguk. Kelihatan seorang pembantu rumah keluar sambil menjingjit beg plastik sampah. Dia mengenali pembantu rumah yang sudah pun bekerja di situ sejak sekian lama. Namanya Sunarti ataupun dipanggil Bik Sunarti.

Ada pun kat rumah! Ingatkan tak ada orang tadi. Sunarti langsung tidak menoleh pada Anisa yang menanti di hadapan pagar. Anisa menegur Sunarti. Sunarti berpaling padanya, hanya tersenyum kosong. Anisa mengikut Sunarti masuk. Sunarti bergerak mendapatkan Puan Sri Sarah yang berada di halaman belakang rumah banglo itu, sedang menikmati sarapan pagi. Anisa mengekori pembantu rumah melalui satu lorong yang dipenuhi dengan deretan bunga-bunga yang sedang berkembang cantik. Taman kecil dengan pohon orkid kelihatan sangat cantik dan menawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience