BAB 6

Crime Completed 9600

Saka mengigit jari. Berita di televisyen menunjukan kes pembunuh keluarganya. Dia takut. Siapa yang sanggup membunuh keluarganya dan kenapa dia yang menjadi mangsa? Apa motif mereka.

“Glamour kejap kau. Tiap-tiap hari keluar berita pasal kau” Firus mengambil tempat disebelah Saka.

“Ah kalau glamour pasal kes polis baik tak payah. Lagi pun sebelum ini tanpa kes polis pun aku memang dah glamour” Saka mendabik dada. Firis melemparkan bantal kecil yang berada disebelahnya. Cepat-cepat Saka mengelak apabila melihat perbuatan Firus.

“Poyo” ucap Firus.

“Aku dah pertunjuk dalam kes kau” sambungnya.

“Petunjuk?”

“Jom ikut kau” Firus bangkit. Dia menuju kebilik yang berada ditengah-tengah ruang legar tingkat atas. Tombol pintu dipulas. Bilik bacaan keluarga Firus. Firus menutup perlahan pintu bilik tersebut sebelum bergerak ke belakang rak buku yang terdapat di tepi dinding. Dia menolak perlahan rak tersebut. Rak tersebut beransur-ansur bergerak ke tepi. Saka terkejut. Rak yang penuh dengan buku itu ditolak dengan mudah oleh Firus. Rak yang mempunyai ketinggian yang sama dengannya malah dipenuhi dengan buku boleh ditolakan dengan mudah?

“Weh sini-sini cepat” Firus memanggil Saka untuk mengekori langkahnya. Saka hanya menurut. Sekali lagi dia terkejut. Terdapat makmal khas dibelakang rak tersebut. Makmal yang berunsurkan warna biru. Meja yang terdapat tengah-tengah makmal itu dipenuhi dengan pelbagai beaker. Terdapat perlbagai warna cecair.

“Selamat datang kedunia aku” Firus melebarkan tangannya seperti mengalu-alukan kedatangan Saka.

“Tempat apa ini?” Saka masih dalam mood terkejut. Pandangan dilemparkan kearah Firus yang berada dihujung meja. Lelaki itu hanya tersenyum.

“Ini la makmal aku. Kau bernasib baik kerana menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki di sini” dia binggung. Tak sangka Firus begitu mempercayai dirinya sehingga sanggup membawanya ke tempat rahsia miliknya. Dia terharu. Terlalu banyak jasa lelaki itu. Saka mencapai beaker yang berhampirannya belum pun sempat dia mencapai Firus menghalang.

“Ops kalau kau nak selamat jangan sentuh. Cecair itu dalam peringkat percubaan” terang Firus.

“Cecair apa ini?”

“Bom” selamba Firus bersuara. Saka melangkah kebelakang. Gila betul, budak ini hasilkan bom? Saka hanya memerhatikan Firus yang hilang disebalik rak-rak liquid yang terdapat disitu sebelum muncul dengan whiteboard beroda. Whiteboard tersebut penuh dengan kertas yang pelbagai. Ada gambar rumah banglo miliknya. Gambar dirinya, gambar sekitar dalam banglonya dan beberapa gambar objek yang dia sendiri tidak ketahui.

“Aku suka buat part time. Aku nak tunjukkan kau sesuatu” Firus menarik beberpa keping gambar yang terdapat di whiteboard sebelum menjatuhkannya diatas meja makmal. Saka menghampiri Firus.

“Bilik tidur parents aku dan bilik kerja ayah aku” ujarnya.

“Cuba kau tengok perbezaan gambar ini” Firus cuba membuat perbandingan. Saka hanya menurut.

“Kenapa dengan gambar ini?” dia hairan kedua-duanya gambar yang serupa.

“Ini gambar yang polis ambik satu lagi gambar aku ambik masa kita pecah masuk lokasi kejadian”

“Jadi?” Saka masih tidak dapat menangkap tujuan Firus.

“Cuba kau tengok ini” Firus membulatkan kedua-dua gambar fail dokumen yang terdapat diatas meja kerja ayahnya.

“Tempat beralih” Saka terkejut. Perkara yang remah ini dapat disedari oleh Firus.

“Menurut teori aku orang yang lakukan ini orang terdekat dengan kau. Dia tahu kedudukan semua benda dalam rumah kau. Lagi satu dia mungkin cari sesuatu. Aku tak tahu apa benda tapi benda itu mesti berharga sehingga keluarga kau menjadi taruhan” rumus Firus. Mendengar kata-kata Firus Saka pucat. Orang yang hampir dengan dirinya. Siapa? Kalau keluarga tak mungkin meraka tak pernah ada masalah kelaurga.

“Aku tak rasa keluarga aku terlibat. Buktinya, family aku terkorban” Firus tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience