BAB 3

Crime Completed 9600

“Kau cerita kat aku apa yang terjadi sebenarnya”

“Aku tak tahu bila aku sampai rumah aku tengok rumah dipenuhi darah. Aku cuak. Aku tengok mak ayah dan adik-adik aku terbaring di ruang tamu” terang Saka.

Perit untuk mengimbas kembali peristiwa tersebut. Firus memusingkan kerusi studynya. Sesekali dia mendongak. Saka yang berada diatas katilnya diteliti.

“Kau kan anak orang kaya. Banyak musuh. Cuba kau senarai pendek musuh kau” Firus memberi cadangan. Siapa tak kenal keluarga Randy semua kenal. Malahan mereka berlumba-lumba untuk berkawan rapat dengan keluarga Randy.

“Aku tak tahu. Setahu aku kami tak pernah ada musuh”

“Malam ini jom kita pergi rumah kau” ajak Firus sambil tersengih.

“Aku tak nak. Tak nak” ronta Saka. Cepat-cepat Firus memaut bahu Saka.

“Weh relax la. Kau nak tahu tak siapa pembunuh keluarga kau. Kau tak teringin ke tahu motif dia. Kau nak jadi buruan polis untuk selama-lamanya. Aku tak boleh nak lindung kau untuk selamanya” pujuk Firus. Saka kembali tenang.

“Kenapa kau nak tolong aku? Kenapa kau kutip aku?” soal Saka. Dia menahan sebak. Terharu sedangkan sahabatnya yang lain lari tika dia perlukan pertolongan. Dia bukan la sesiapa untuk lelaki itu.

“Kebetulan aku kutip tin nampak kau. Aku tahu kau perlukan pertolongan tak salah kalau aku tolong” Firus meninggalkan Saka yang masih kebingungan.

Firus anak yatim piatu. Waris tunggal keluarga Syed pelajar tahun akhir jurusan kimia. Anak orang berharta tapi tak sekaya keluarga Randy. Mengutip tin hobi masa lapang untuk projek tahun akhir. Saka atau nama sebenarnya Khalid bin Randy. Anak kepada Randy, keluarga yang terhormat di Malaysia. Berumur 22 tahun. Good looking. masih belajar. Jurusan perniagaan. Waris empayar Randy Holding. Mengemparkan negara dengan kes pembunuhan semua ahli keluargnya. Menjadi suspek utama kerana dijumpai dengan bersama mangsa dan melarikan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience