BAB 4

Crime Completed 9600

Firus memerhati sekeliling. Masih ada pegawai polis yang bertugas untuk mengawal area tersebut. Saka dibelakangnya sudah mengigil ketakutan. Firus mengeluh. Budak ini memang la.

“Kau dengar sini Saka. Ini antara hidup dan mati kau. Kau nak bebas ataupun nak jadi pelarian selamanya. Kalau kau nak jadi perlarian kita balik.” Tegas Firus dia masih mengawal suaranya takut akan didengari oleh pengawal.

“Ak….aku nak bebas aku tak nak jadi pelarian” tekad Saka. Dia menampar mukanya berkali-kali. Firus tersenyum puas.

“Kau tahu tak rumah kau ini ada security yang kuat” Firus memegang tombol pintu dibelakang rumah. Menurut pengiraannya pengawal akan berada dibelang selang 5 minit dan tiga minit sekali. Dia kena pantas. Firus mengeluarkan sesuatu dalam bagnya sebelum memulas tombol pintu. Gotha!

“Cepat” bisik Firus menarik tangan Saka masuk dalam rumah sebelum mengunci kembali. Dia perlu bergerak pantai dan senyap dalam masa yang sama. Saka hanya tercengang. Siapa sebenarnya Firus ini?

“Menurut plan yang kau bagi aku sekarang kat sini bilik orang gaji kau kan?” Firus memerhati kertas ditangannya. Selepas puas hati dia melangkah ea rah bilik orang gaji Saka. Bilik orang gaji Saka berhampiran dengan dapur. Malahan dia berada disebelah dapur itu sendiri. Saka hanya menurut.

“Kau macam dah biasa pecah masuk rumah” Saka curiga.

“Aku tak pecah masuk rumah. Aku pecah masuk bilik kebal falkulti dan makmal” selamba Firus.

“Ada satu benda yang aku tak faham pasal kau. Kenapa polis hanya jumpa cap jari kau atas semua bukti?” Firus berkerut.

“Polis? Mana kau tahu kau polis ke?” Saka dah cuak. Dia semakin hairan dengan Firus. Siapa lelaki ini? kenapa semua dia tahu. Takkan la dia terlibat dalam semua perkara ini? Itu sebab dia nak tolong aku? Pelbagai andai muncul dari minda Saka. Dia semakin berhati-hati. Keluar mulut buaya masuk mulut naga ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience