BAB 7

Crime Completed 9600

Lelaki itu tersenyum sebaik sahaja menonton berita yang mengisahkan kes pembunuhan keluarga Randy. Dia tersenyum puas.

“Mana kau nak lari Khalid. Sekarang kau jadi pelarian. Tak sabar aku nak tunggu muka kau muncul pulak” lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Keseronokan tidak terhingga melihat apa yang menimpa keluarga Randy. Lagaknya seperti satu kemenangan untuknya.

~~

Saka memerhatikan sekeliling. Palang-palang besi yang menjadi rumahnya sekarang. Mungkin sekarang negara gempar dengan beritanya ditahan polis. Ya dia sudah pun ditahan polis. Dia sendiri yang datang menyerah diri.

“Bangun kamu ada pelawat” arahan dari warden penjara itu membuatkan dia menoleh perlahan-lahan dia bangkit.

Ah baru sehari dia ditahan sudah ada yang melawat. Sewaktu dia menjadi pelarian siapa yang sudi menghulurkan bantuan.

Saka mengawal riak sebaik sahaja melihat pelawatnya disebalik cermin yang memisahkan antara pelawat dan penghuni penjara. Lelaki itu! patut la boleh datang. Mengunakan pengaruh dalam untuk berjumpanya.

“Lid kau okey tak? Pak ngah janji pakngah akan cari peguam yang terhandal untuk bebaskan kamu. Pakngah yakin kamu tak bersalah.” Pakngah Mustafar. Adik ibunya.

“Entah la Pakngah. Lid dah tak boleh nak fikirkan. Siapa yang tergamak untuk buat macam ini kat keluarga Lid. Apa salah kami?” luah Saka sebak. Sampai sekarang dia tiada jawapan untuk itu.

“Sudah la itu Lid. Pakngah akan guna pengaruh pakngah untuk bebaskan kamu. Kamu tunggu berita baik dari pakngah” tekad lelaki itu. mustafar berkali-kali mneyakinkan anak saudaranya, Khalid.

“Pakngah rasa boleh ke Khalid lepas sedangkan bukti semua tuju pada Lid”

“Pakngah yakin. Kamu tak bersalah” jelas raut muka Mustafar bersungguh-sungguh. Saka terharu. Ada juga yang sudi membantunya.

3 bulan selepas.

“Dengan ini mahkamah membebaskan tertuduh Khalid bin Randy atas tuduhan membunuh keluarganya” Pap Pap Pap. Bunyi kayu hakim membuatkan Saka menarik nafas lega. Penantian selama ini tidak sia-sia. Dia mengucap syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience