BAB 8

Crime Completed 9600

Saka mendongak langit. Dia merebahkan tubuhnya pada bumi. Lelaki disebelahnya turut melakukan perkara yang sama.

“Aku pernah mengalaminya. Dulu aku suspek kes bunuh family aku jugak” Firus membuka bicara. Lengan dijadikan alas.

“Kau? Kau pembunuh?” gagap Saka. Tak sangka rupanya lelaki disebelahnya pernah terlibat dengan kes bunuh. Patut la dia tahu semuanya.

“Tak bukan aku. Tapi kes aku lagi teruk. Aku dijadikan kambing hitam oleh akak aku sendiri. Dia menghidap mental problem sejak putus tunang dulu. Dia balas dendam dekat family aku sebab mereka tak restu hubungan akak aku. Tunang dia itu penagih dadah.” Satu persatu sejarah keluarganya diungkap. Wajahnya muram. Saka mengusap lembut bahu Firus cuba menyalurkan semangat pada lelaki itu. Tak sangka. Kes mereka hampir sama. Firus dan kakaknya, dia dan bapa saudaranya. Tak sangka. Sungguh diluar dugaannya. Patut la lelaki itu seakan boleh mengagak dengan tepat.

“Sekarang akak kau mana?” soal Saka ingin tahu.

“Dia dah arwah dah. Seminggu lepas dia kat hospital sakit jiwa, nurse jumpa dia gantung diri dalam tandas” cerita Firus.

“Walau macam manapun aku tetap bersyukur, sebab hikmah yang aku dapat untuk kes ini terlalu besar” sambung Firus.

“Yap betul. Aku pun. Siapa sangka dendam boleh membinasakan seseorang. Aku sendiri tak sangka pakngah aku pembunuh. Kami tak pernah bermusuh. Hanya kerana wang semua jadi begini” dia kesal.

Teramat kesal. Atas rancang Firus dia menyerahkan diri pada polis. Menurut pengiraan Firus, pembunuh itu pasti kembali balik ke rumah itu untuk mengambil sesuatu yang sepatutnya diambil.

Semua andai tepat. Malam selepas dia ditahan pakngahnya kembali ke rumah banglo mereka.

Memasuki bilik ayah dan mengambil beberapa dokumen hartanah yang menjadi kegilaannya dulu.

Hartanah yang hampir mencecah billion, pakngahnya pernah meminta ayahnya untuk menjadi rakan kongsi perniagaannya.

Ayah menolak kerana melihat tiada keuntungan dengan membangunkan tapak tersebut dengan lot perniagaan. Kuasa memiliki tanah tersebut terlalu kuat sehingga pakngahnya sanggup mengunakan cara kotor.

Tanpa sedar rancangan diatur dengan terapi untuk memerangkap pakngah. Atas kerja sama polis dan Firus pakngah dibekas. Bukti-bukti semua diserahkan kepada polis.

Mereka menghayati pemandang petang itu. angin seolah-olah turut bersama meraikan kebebasannya.

“Aku ada soalan nak tanya kau” luah Saka

“Apa?”

“Macam mana kau boleh dapat bukti yang ada dekat polis?” soal Saka.

“Pegawai yang siasat kes kau itu senior aku dekat sekolah. Aku cakap dengan dia nak ambik kes kau ini untuk projek sem akhir aku”

“Dia bagi aku maklumat je” sambung Firus.

“Habis itu bukti itu semua kau ambik dari mana?” pelik. Terlalu mudah percaturan Firus.

“Akukan suka menyibuk” dia tersengih. Saka dah kematian kata-kata.

“Bom-bom yang kau hasil itu untuk apa?” Saka teringatkan cecair yang terdapat dimakmal Firus. Buka sedikit tapi banyak semuanya dijadikan dalam bentuk pil. Lelaki itu genius!

“Aku ingat nak hantar dekat negara-negara yang menjadi mangsa peperangan. Bantu apa yang patut” Saka tercengang.

“Kau dah hilang akal agaknya!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience