BAB 2

Crime Completed 9600

“Air” Firus menghulurkan secawan air kepada lelaki itu.

“Kaukan suspect kes bunuh keluarga kau kan?” Firus bersandar.

“Tak! Aku tak bunuh!” jerit Saka.

“Weh relax la aku tak cakap pun kau ini pembunuh” Firus berlagak selamba. Cuba menenangkan Saka.

“Aku tak bunuh. Aku tak bunuh. Aku balik tengok semua dah mati. Aku tak bunuh” Saka memeluk lututnya. Dia mengoyangkan badan kehadapan dan kebelakang. Firus hanya membiarkan. Tahu yang lelaki itu dalam trauma. Firus berjalan menghampiri Saka yang berada dihujung dinding. Bahu Saka dipegang.

“Aku tolong kau cari pelaku tu nak tak?” pelawa Firus. Perbuatan Saka terhenti. Dia tak salah dengarkan? Firus dipandang tidak percaya.

“Sebelum itu, aku nak kau bertenang. Aku janji tak akan report polis. Kita cari pelaku itu sampai jumpa. Okey” Firus menyakinkan Saka. Sebaik sahaja Firus habis berkata-kata tubuh Firus dipeluk kemas oleh Saka.

“Terima kasih, terima kasih”

“Dah la itu. Apa-apa pun sekarang kau bersihkan diri dulu” belakang Saka ditepuk. Entah kenapa hatinya tergerak untuk membantu lelaki itu. Mungkin kerana sejarah lampaunya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience