BAB 4- RAHSIA

Short Story Completed 5620

SEMINGGU selepas makan malam, Hazrel sudah tidak lagi berkunjung ke pejabat aku tanpa tujuan. Dia hanya akan muncul ketika mesyuarat penting tentang projek kami. Jika tidak pasti wakilnya saja yang datang. Merajukkah Hazrel dengan penolakkan ku? Tetapi melihatkan layanan pada aku, tiada yang berbeza. Masih sama.

Tiba-tiba rindu hendak bergaduh dengan Hazrel. Rindu hendak mendengar suaranya yang sengaja mencari pasal dengan aku.

Ah! Apa aku ni? Bukankah aku sudah serik hendak menerima mana-mana lelaki dalam hidup aku lagi ke?

"Puan Nilufar, Encik Nuqman ingin berjumpa dengan puan."

Terkejut aku dengan kehadiran Nuqman di pejabat aku. Apa yang lelaki itu mahukan lagi daripada aku?

"Get him in." Suruh aku. Aku sudah tidak mahu mengelak lagi daripada Nuqman. Rasa cinta padanya memang sudah tiada tetapi lebih kepada sakit hati. Aku tidak mampu untuk buang itu.

"Assalamualaikum, Lufa."

Suara Nuqman menyapa halwa telinga aku.

"Waalaikumussalam. Silakan duduk, Encik Nuqman." Aku bersikap professional. Tidak akan mencapur adukkan masalah peribadi dengan kerja.

"Ada apa you nak jumpa I?" terus aku bertanya sebaik saja Nuqman melabuhkan duduk.

"Salah ke abang nak jumpa dan melawat tempat kerja bekas isteri sendiri."

Aku menarik nafas menahan sabar sebelum membalas kata-kata Nuqman.

"Salah, Encik Nuqman. You masih ada isteri di rumah. Dan I bukan lagi isteri you. Kita dah tiada apa-apa hubungan lagi, Encik Nuqman."

Kalau boleh aku tidak mahu lagi berhubung dengan Nuqman. Sudah tidak mahu menatap wajahnya lagi.

"Sayang..."

"Stop it, Nuqman! Panggilan itu hanya layak buat isteri you. Bukan I."

Jika dulu aku suka Nuqman memanggil aku dengan panggilan itu tetapi tidak lagi kini. Panggilan itu seakan nanah di hati aku. Sudah tidak sedap di dengar lagi.

"Benci sangat Lufa pada abang ya." Rintihan Nuqman sedikit pun tidak mengoyahkan hati aku kerana aku sudah tekad, tiada lagi peluang kedua buat Nuqman. Kerana aku paling benci dengan orang yang curang.

"Ya. Memang I benci pada you! Sangat benci! You lupa yang I pernah nyatakan selepas kita bercerai yang I memang benci you! You tak ingat?" tekan aku supaya Nuqman jelas habawa aku sangat bencikan dia.

"Sehingga Lufa sanggup sembunyikan kenyataan yang Lufa pernah mengandung anak abang dulu?"

Aku tidak terkejut andai Nuqman tahu kerana aku tahu lambat-laun pasti Nuqman akan tahu juga.

"Baguslah kalau you tahu." Balas aku tanpa perasaan.

"Tapi abang berhak tahu, Lufa. Mungkin waktu tu kita dapat berbaik kembali dan selamatkan rumah tangga kita."

Berang aku dengan kata-kata Nuqman. Selamatkan rumah tangga yang sudah hancur? Dalam mimpi belum tentu!

"Selamatkan rumah tangga yang sudah hancur? Memang tidak akan selamat lagi, Nuqman! You sendiri yang hancurkan rumah tangga kita dulu! You sendiri yang pilih untuk terus bersama I hingga ke akhirnya Nuqman. Tiada apa yang perlu diselamatkan lagi. Semuanya sudah hancur!"

Wajah Nuqman sayu memandang aku. Aku tidak terkesan langsung dengan riak wajahnya itu. Tiada lagi simpati untuknya.

"Soal anak, I memang sengaja sembunyikan daripada you kerana I yakin yang I mampu besarkan dia sendirian. I mampu berikan dia kasih saying tetapi sayang, dia tidak sempat menjenguk dunia. Allah sayangkan dia. Mungkin ada hikmah disebalik semua itu."

Jelas aku panjang lebar. Lebih baik aku jujur daripada sembunyikan kebenaran. Dah alang-alang terbongkar, biarlah semuanya terbongkar. Selepas ini aku sudah tidak mahu lagi mengungkitnya lagi.

"Sampai hati sayang buat abang macam ni. Sayang memang kejam!" Rintih Nuqman sayu.

"Dan you sampai hati duakan I Nuqman! I ingat sampai bila-bila apa yang you dah buat pada I. You mungkiri janji-janji you kerana janji you pada Laila! Siapa yang kejam Nuqman? Siapa?"

Suara aku naik seoktaf kerana sudah tidak mampu bersabar lagi dengan tuduhan Nuqman. Aku tidak akan lakukan semua itu jika dia tidak menyakiti hati aku. Bukan aku hendak nafikan hak Nuqman ke atas anak itu tetapi aku sangat sakit hati dengan apa yang berlaku.

"You know what Nuqman, I bersyukur sangat bila Allah ambil nyawa anak I kerana dia perlu hidup dalam keluarga yang berpecah-belah. Tak perlu hidup dalam kenyataan yang I bencikan bapanya. Dan tak perlu hidup dalam kenyataan yang bapanya telah sakiti hati ibunya. I bersyukur sangat Nuqman!"

Aku tahu kata-kata itu kejam pada Nuqman tetapi hati aku puas. Sangat puas dengan apa yang aku tuturkan. Aku tidak mampu untuk selindungi rasa sakit hati aku. Tujuh bulan aku menanggung sakit hati sendirian walaupun ketika itu Nuqman berlaku adil.

Adil macam mana seorang suami jika dimadukan, isteri mana yang tidak terluka?

"You changed, Lufa. Abang sudah tidak kenal dengan Nilufar yang sekarang. Di mana Nilufar yang dulu? Yang lemah-lembut dan penyayang."

Aku tersenyum sinis dengan kata-kata Nuqman itu.

Aku berubah?

"Yes. I've changed! Change for good! For my life supaya I tidak dipandang rendah oleh lelaki lagi! Dan untuk pengetahuan you, Nilufar yang dulu sudah mati. Mati saat you nyatakan you sudah berkahwin lain, Nuqman Tan Sri Hamdan!"

Puas hati aku kerana dapat luahkan apa yang terpendam ketika ini. Rasa hormat pada Nuqman sudah tiada saat dia memilih untuk melukakan hati aku.

"Nilufar."

"Keluar daripada bilik I Nuqman! Keluar dan jangan datang sini lagi. Jangan tunjuk muka you pada I. I benci you!" hambur aku.

Nuqman tiada pilihan lain selain berlalu pergi dari situ saat melihat mataku tajam mencerlung kepadanya. Aku hantar langkah Nuqman dengan ekor mata yang tajam sebelum menjelingnya dengan tajam saat melihat dia menutup pintu pejabatku.

###########

PULANGNYA dari pejabat, aku terus naik ke bilik. Saat berselisih dengan mama, aku hanya menyapa dan terus berlalu dari situ. Tiada mood hendak bercakap dengan sesiapa. Kehadiran Nuqman pagi tadi benar-benar merosakkan mood aku. Kerja aku tergendala gara-garanya. Sebaik saja Nuqman pergi, aku terus keluar dari pejabat dan keluar tanpa tujuan. Serabut berada di sana.

Dan aku memandu tanpa arah tujuan sehinggalah aku terdengar azan dari masjid besi. Saat aku sujud padaNya, barulah hati aku terasa tenang dan nyaman. Tiada lagi rasa sakit yang ditinggalkan. Hanya aku dan Dia.

Sungguh mujarab.

"Luf." Suara mama disertakan dengan ketukan di pintu bilik.

Aku yang baru saja selesai solat maghrib, terkejut dengan ketukan pintu itu kerana mengelamun jauh.

"Ya, mama. Kejap." Aku membuka pintu bilik dan wajah mama terpapar di situ.

"Ada apa ma?" soal aku. Tiba-tiba saja mama muncul di depan pintu bilik aku waktu-waktu macam ni.

"Mama dan papa nak keluar ni. Ada makan malam dengan client." Beritahu mama padaku. Tidak tahu pula yang papa ada makan malam dengan client malam ni.

"Okay. Mama. Take care." Balas aku.

"Luf okay ke?" soalan mama buat aku tidak tahu hendak memberi jawapan apa. Nak jawab baik, memang tidak baik sekarang. Nak jawab tidak baik, mama pasti risau.

"Entahlah mama." Aku jungkit bahu. Sukar untuk aku jelaskan situasi aku sekarang. Kehadiran Nuqman tadi buat aku ingin pergi jauh dari sini.

"Anything we talk later okay. I know you have problem. Mama dah lewat. Nanti papa bising pula." Mama meminta diri untuk berlalu. Aku mencium tangan mama dan memeluk mama seketika. Rasa tenang.

"Pesan kat papa drive safe." Pesan aku sebelum mama berlalu pergi dari situ.

Sebaik saja menutup pintu bilik, aku merebahkan diri di atas katil. Ingin merehatkan diri dan juga fikiran yang terasa letih. Terlalu banyak berfikir hari ini.

Deringan telefon menganggu lenaku. Ternyata aku terlelap. Capai saja telefonku yang masih lagi berdering, aku lihat nama pemanggil.

Hazrel?

Apa mamat ni mahukan dari aku? Sibuk saja.

Ikon hijau aku seret dan telefon aku tekapkan di telinga. Belum sempat aku hulurkan salam, Hazrel sudah memberi salam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, Hazrel. Hmmm...you nak apa?" soal aku selepas menjawab salamnya.

"I nak you!" jawabnya sambal gelak.

"Serius boleh tak?" ujar aku sedikit geram. Suka sangat main-main.

"Nak gurau sikit pun tak boleh." Ujar Hazrel. Dan aku tidak berminat untuk melayan gurauannya.

"Are you there?" soal Hazrel apabila aku hanya senyap saja.

"Ya."

"Esok you kena turun site sekali dengan I. Projek kita ada sedikit masalah." Beritahu Hazrel. Kena turun site pula.

"Masalah apa?" Setahu aku projek kami berjalan dengan lancar. Tiada masalah yang dilaporkan sebelum ini.

"Ada insiden berlaku dekat site petang tadi," beritahu Hazrel padaku. Dan kenapa aku tidak tahu akan hal itu? Ke sebab aku terlalu letak kepercayaan seratus peratus pada anak buah aku?

"Sorry. I tak tahu pun. Kenapa anak buah I tak ada inform apa-apa?" terasa aku ini ketua yang tidak berguna pula ketika ini.

"I rasa anak buah you dah cuba reach you tadi. Dan I pergi ofis you tadi, you tak ada."

Aku mengetuk dahi dengan kealpaan aku siang tadi. Kenapalah aku boleh tercampuk adukkan masalah peribadi dengan kerja. Tak pasal-pasal kerja aku terjejas.

"I'm sorry. I keluar tadi." Aku harap sangat Hazrel tidak bertanya lanjut.

"Nevermind, Luf. Yang penting esok you turun site sekali dengan I."

Fuh! Nasib baik Hazrel memahami malam ini. Kalau tak, bersoal jawab aku dengan dia.

"Okay, Hazrel. Kita jumpa esok."

Kami menamatkan perbualan. Aku turun dari katil dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat isyak memandangkan jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Sempatlah untuk aku siapkan kerja yang tergendala tadi dan prepare untuk esok.

Tulusly,
Hezy Rose.

Thank you for your time.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience