PROJEK antara syarikat aku dengan Hazrel berjalana dengan lancar tetapi kadang-kadang aku rimas dengan Hazrel kerana suka-suki dia menempel dia pejabat aku dengan sengaja. Sudah aku halau pergi tetapi masih lagi dengan muka tidak malunya itu. Lagi-lagi sekarang ini aku sudah single kembali. Semakin seronok Hazrel melepak di pejabat aku tanpa tujuan.
"You tak ada kerja ke Hazrel asyik menempel di sini saja? I rimas tahu tak!" Geram aku dengan gaya Hazrel yang bersahaja itu. Sakit hati!
"Ada tapi kerja tu nanti-nanti boleh buat. Sekarang ni I takkan berganjak dari sini kalau you tak nak terima pelawaan makan malam I."
Hazrel tetap Hazrel yang dulu. Suka memaksa. Selagi aku tidak setuju, selagi itulah mukanya masih di sini.
Aku ingatkan dia serik selepas kes dia mengajak aku makan tengah hari bersama aku tolak mentah-mentah. Ternyata tidak. Kali ini makan malam pula.
Boleh sakit jiwa aku mengadap lelaki yang tidak faham bahasa melayu seperti Hazrel ni.
"You faham ke tidak yang I tak nak keluar dengan you!" tekan aku. Aku nak buat kerja pun tidak senang.
"I tak faham! Yang I nak, you keluar makan malam dengan I. Malam ni!" tegas Hazrel.
Suhu kemarahan aku tiba-tiba mendadak naik. Saat ini aku rasa nak hambur saja si Hazrel ni.
"Fine! I terima. Tapi kalau you lambat seminit, means no dinner between us tonight!" aku tahu yang Hazrel jenis susah hendak menepati masa. Sewaktu di universiti dulu, seringkali Hazrel lambat.
"Don't worry, Luf. I will be on time. I jemput you." Wajah gembira Hazrel aku pandang. Bukan main lebar lagi senyumannya. Gembira sangatkah?
"No. I akan drive sendiri. You just send me location for tonight." Tolak aku kerana aku malas hendak satu kereta dengan Hazrel. Dan cadang aku, aku ingin bertolak terus dari pejabat ke tempat makan malam. Malas hendak pulang ke rumah.
"Okay." Setuju Hazrel tanpa sebarang bantahan. Sudah penat bertekak dengan aku barangkali.
"Kalau macam you, I balik ke pejabat I dulu. See you tonight, Luf."
Langkah Hazrel, aku hantar dengan pandangan mata sehinggalah batang tubuhnya hilang disebalik pintu kayu pejabat aku. Bukan main gembira mukanya. Aku juga yang sengsara.
Akhirnya, aku mampu menarik nafas lega. Perginya Hazrel, aku mampu membuat kerja dengan aman. Menyemak di ofis aku saja!
***
MALAM itu, aku menuju ke lokasi yang sudah dihantar oleh Hazrel tadi. Sebuah restoran mewah yang terletak di hadapan aku ini, aku pandang lama. Kenapa Hazrel perlu bawa aku ke sini. Restoran yang meninggalkan kenangan manis antara aku dengan Nuqman. Tetapi masih maniskah sekarang?
Tempat di mana Nuqman melamar aku menjadi isterinya dulu. Ah! Lupakan semua itu Nilufar. Sama seperti Nuqman lupakan kau saat dia memilih untuk menikahi wanita lain.
Saat aku melangkah masuk ke dalam restoran, pelayan membawa aku ke meja yang sudah di tempah oleh Hazrel. Terbuntang mata aku saat melihat Hazrel sedang menunggu aku di meja itu. Lelaki itu mengotakan katanya. Tidak lewat. Memang on time!
"Hi, Luf." Senyuman Hazrel aku balas acuh tak acuh.
"Hi, Hazrel. Awal you sampai." Sengaja hendak memerlinya.
"Mestilah. You juga yang ugut I tadi. I lambat seminit, means no dinner between us, right?" aku mengangkat bahu dengan kata-kata itu.
"Thank you, Luf sebab sudi dinner dengan I malam ni walaupun I tahu you terpaksa."
"Baguslah kalau you tahu I terpaksa." Dah alang-alang Hazrel sebut, baik aku mengaku terus.
"You ni pun. Jagalah hati I sikit. Kecil hati I tau."
Aku buat-buat tidak dengar dengan mengadu domba Hazrel itu. Aku memilih untuk membelek menu makanan. Perut sudah terasa lapar.
Sedang aku asyik melihat pelbagai jenis nama makanan di dalam menu itu, ada suara yang sudah lama aku lupakan datang menyapa.
"Nilufar, Hazrel."
Saat aku angkat kepala, Nuqman dan Laila sedang berdiri di sisi meja kami. Wajah yang terkejut cepat-cepat aku sorok. Buat macam biasa. Seakan tidak terkesan dengan kehadirannya di situ. Aku ukir senyuman untuk menutupi rasa di hati.
Bukan rasa cemburu dan cinta tetapi aku masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan pasangan itu. Saat melihat wajah Nuqman dan Laila, teringat akan diriku dicurangi. Rasa sakit hati masih lagi bertapak di hati.
"Hi, Man dan Laila, right?" ramah Hazrel menyapa mereka berdua. Aku memilih untuk mendiamkan diri. Cara Hazrel bertanya tentang Laila, seakan lelaki itu tidak pernah berjumpa dengan bekas madu aku.
"What are you doing here? Dinner?" soalan Nuqman aku tidak pasti dia tuju kepada siapa. Tetapi matanya padaku.
"Yes. We are having dinner right now. Wanna join us?" pelawaan Hazrel itu buatkan aku ingin ketuk kepala lelaki itu. Aku jengilkan mata pada Hazrel supaya dia menarik kembali kata-katanya itu tetapi Hazrel sengaja buat-buat tidak faham.
"It' okay. Kita orang baru saja lepas makan." Penolakan Nuqman buat aku tarik nafas lega. Nasib baik.
"Oh. Baiklah kalau macam tu." Angguk Hazrel. Dan aku masih mendiamkan diri. Tidak pula aku tegur Laila. Malas hendak menegurnya. Dia wanita yang buat hidup aku sengsara selama tujuh bulan dan aku masih ingat akan kata caciannya itu.
"Kami minta diri dulu."
Saat melihat Nuqman dan Laila pergi, aku menarik nafas lega. Sesak nafas tadi sudah hilang begitu saja.
"Are you okay, Luf?" suara Hazrel seperti prihatin padaku.
"I'm okay, Hazrel." Angguk aku. Ya, aku baik-baik saja.
"Sorry. I didn't expect that they are here too." Aku rasa tidak wajah Hazrel memohon maaf pada aku sedangkan dia sendiri tidak tahu yang Nuqman dan Laila berada di sini.
"Nevermind, Hazrel. It's unexpected, right?"
Melihat Hazrel menganggukkan kepala, aku memanggil pelayan untuk memesan makanan. Selera yang tiba-tiba hilang datang kembali.
"By the way, you tak pernah jumpa dengan Laila ke sebelum ini?"
Melihat gelengan Hazrel, tepat sekali jangkaan ku. Memang Hazrel tidak pernah bertemu Laila.
"Bukan ke you dengan Nuqman teman baik ke?" aku pelik bila Hazrel tidak kenal Laila kerana tidak mungkin Nuqman tidak menceritakan apa-apa pada Hazrel.
"We used to be a good friend, Luf. But after I know that he's hurting you, we fight. I marah dia kerana dia duakan you."
Kenyataan Hazrel buat aku terkejut. Tiba-tiba aku teringat saat Nuqman pulang ke rumah dengan wajah yang lebam. Jadi, dia bergaduh dengan Hazrel ketika itu.
"Sama macam you jugakan? You pun pernah lukakan hati I."
Melihat perubahan wajah Hazrel, aku berasa puas hati. Sudah lama aku ingin balas apa yang Hazrel lakukan pada aku tetapi ketika itu aku lemah. Sekarang aku Nilufar yang kuat.
Bukan dendam tetapi luka yang Hazrel tinggalkan sangat dalam sehinggalah Nuqman datang memberi salam perkenalan. Tika itu aku fikir dialah penyelamat tetapi dia sama saja. Tiada beza dengan Hazrel. Dua-dua menyakiti dan melukai hati aku.
"Tapi I tak pernah curang atau menduakan you, Luf."
Kenyataan itu tidak mampu aku nafikan.
Ya! Aku tahu. Hazrel tinggalkan aku kerana dia memilih untuk mengejar cita-citanya. Kata Hazrel, dia tidak bersedia untuk ada komitmen. Jadi, dia memilih untuk memutuskan hubungan kami kerana dia tidak mahu aku jadi penunggu setianya.
"Tetapi tetap sama. Dua-dua melukakan hati I." Kenyataan yang tidak mampu untuk Hazrel ubah.
"I tahu. Dan izinkan I jadi penyembuh untuk luka you itu."
Terkaku aku dengan kata-kata Hazrel itu. Tidak sangka yang kata-kata itu akan keluar dari mulutnya. Aku tersenyum sinis dengan kata-katanya.
"You know what, Hazrel, I dah tak percayakan lelaki. Bagi I lelaki semua sama."
"Habis tu, papa dan abang you, you pun tak percaya juga." Tembakan Hazrel buat aku terkedu seketika.
"Kecuali mereka Hazrel." Sengaja lelaki itu ingin menduga aku.
"Dan you patut kecualikan I juga, Luf. I lelaki setia."
Aku ingin ketawa dengan kata-kata Hazrel.
"Setia? Boleh percaya ke? Entah-entah you pun sama dengan Nuqman."
Melihat gelengan Hazrel, lelaki itu tidak setuju dengan kata-kata aku.
"Ya. I lelaki setia. Enam tahun kita putus, ada I cari wanita lain dan jadikan sebagai kekasih I, Luf?"
Kali ini aku terdiam. Tidak mampu untuk menafikan lagi atau membantah apa yang dikatakan oleh Hazrel. Ya! Hazrel betul! Dia tidak pernah curang dengan aku. Dia setia dengan aku. Sabar menanti aku. Tetapi aku saja yang tidak sabar menanti Hazrel selama enam tahun.
"Then give me a chance you make you happy, Luf."
Permintaan Hazrel berat sekali untuk aku tunaikan. Aku tidak mampu! Kerana pintu hati aku sudah aku tutup rapat daripada dicerobohi lelaki lain.
"I don't know, Hazrel."
Hanya jawapan itu aku mampu berikan pada Hazrel.
"Take your time, Luf. I tak akan paksa. I faham apa yang you alami. Sangat menyakitkan pada you. Tapi I nak tengok you hidup bahagia, Luf. I tak mahu you tersakiti lagi."
Aku dapat merasai keikhlasan dalam tutur kata Hazrel itu.
"I minta maaf dengan apa yang I pernah buat pada you dulu. I tahu you sangat terluka waktu tu. Dan I pun sama-sama terluka tetapi waktu tu I tak matang lagi. I memilih untuk kejar cita-cita I daripada setia dengan you dan pertahankan cinta kita."
Selepas enam tahun berlalu, baru hari ini Hazrel memohon maaf padaku. Ya! Malam ini. Selama enam tahun dia pergi tanpa sebarang permohonan maaf setelah melukai hati aku.
"I dah maafkan you, Hazrel. I tahu you buat semua ini kerana cita-cita you. Minat you dan juga masa depan you. Dan sekarang I berbangga dengan kerana sudah mempunyai syarikat sendiri di usia yang muda dan sudah ada gelaran Dato'. Should I call you, Dato' Hazrel."
Sudah tiada dendam pada Hazrel. Aku sudah lepaskan semua di antara aku dengan Hazrel. Cuma saat melihat wajahnya, aku jadi sakit hati saat dia melangkah pergi meninggalkan aku tanpa sepatah kata. Tanpa melihat aku.
"I'm sorry, Luf."
Aku geleng kepala. Cukuplah sekali Hazrel memohon maaf. Dia sudah tiada salah lagi dengan aku. Aku maafkan dia!
Biarlah kisah dulu terkubur selamanya. Mulai saat ini, aku lepaskan semuanya. Tidak mahu lagi hidup dalam bayangan yang lama.
Tulusly,
Hezy Rose.
Share this novel