SENYAP kes Nuqman, Hazrel pula tiba-tiba buat perangai. Yang aku tidak pernah jangka selama ini. Ingatkan sudah putus asa kejar aku tetapi lain pula yang jadi. Tanpa angin, tanpa khabar, tiba-tiba Tan Sri Ahmad dan Puan Sri Malaika datang meminang aku. Bukan merisik tetapi meminang terus. Kata mereka buat apa merisik kerana aku memang single sekarang ini.
Naik darah aku juga dengan tindakan Hazrel itu!
Dan aku meminta masa dari mereka berdua. Tidak terus menerima pinangan itu. Aku ingin berbincang dengan Hazrel dulu. Meminta dia menarik kembali pinangan itu.
Sekarang ini aku sedang menanti Hazrel di kafe mama. Berjanji nak jumpa aku pukul 3.30 petang tetapi sekarang masih tidak nampak batang hidung. Betullah yang Hazrel memang tidak berubah. Malam makan malam bersama dengan aku sahaja dia tepati waktu.
"Jangan mengeluh. Tak baik."
Suara yang berbisik betul-betul di tepi telinga aku membuat bola roma aku menegak. Aku berpaling ke sisi. Terkejut dengan keadaan kami yang sangat rapat. Hanya tinggal seinci jarak muka kami. Dengan pantas aku menjauh.
Aku pandang kiri kanan. Manalah tahu mama tengok adegan tersebut. Mati aku!
"Baru nak tunjuk muka. Lima minit you lambat, Hazrel!" marah aku.
"Sorry. Tadi I ada meeting di Shah Alam. Tak bermaksud untuk buat you tunggu lama. Kira halal la lima minit tu." Ujar Hazrel sambil menarik kerusi di hadapan aku untuk duduk.
Tidak pula dia beritahu aku semalam yang dia ada mesyuarat di Shah Alam hari ini. Kalau aku tahu, aku batalkan saja temu janji hari ini. Jadi, tidak perlulah dia bergegas ke mari.
"Nevermind. So, you nak minum apa? Makan?" aku bertolak ansur dengan Hazrel. Aku faham kerana aku pun pernah berada dalam situasi Hazrel.
"I nak Iced Latte dan red velvet cheesecake." Beritahu Hazrel.
"Sekejap. I pergi ambil." Aku bangun meninggalkan Hazrel di situ. Tiba-tiba rasa kekok pula untuk bercakap dengan Hazrel soal itu. Semalam aku beria-ria untuk berjumpa dengannya.
Aih! Nilufar! Apa nak jadi dengan kau ni?
Iced latte dan kek red velvet aku letakkan di atas meja. Betul-betul di depan Hazrel. Lalu aku duduk kembali di atas kerusi tadi.
"Thank you, Luf. You ke yang buat kopi ni?" soalan Hazrel buat aku ingin cekiknya. Sengaja bertanya sebegitu sedangkan dia tahu yang aku memang fail buat kopi. Tak tahu kenapa, setiap kali buat kopi pasti terlalu pahit.
"Sudah gahuru, cendana pula. Sudah tahu, tanya pula buat apa." Muncung aku. Dia ni sengaja nak kenang kisah tujuh tahun lepas ke. Di mana Hazrel terpaksa minum air kopi yang aku buat terlalu pahit.
Hazrel gelak. Sudah lama aku tidak melihat Hazrel gelak seperti tadi. Kali terakhir, enam tahun lepas sebelum kami berpisah.
"So, ada apa you nak jumpa I sangat ni?" soalan Hazrel mengingatkan aku akan tujuan utama aku ingin berjumpa dengannya.
Tanpa bertangguh, aku terus bertanya akan soalan yang aku ingin tanya sejak dari papa dan mamanya masuk meminang aku.
"Kenapa you masuk meminang I?" senyuman Hazrel buat aku ingin ketuk kepalanya ketika ini.
"Janganlah garang sangat! Takut I." Komen Hazrel. Eh! Masih sempat ya.
"I tanya soalan lain. Yang you jawab tu tak ada kaitan dengan soalan yang I tanya." Balas aku geram. Sengaja hendak menguji kesabaran aku.
"Yalah. I jawab. You dengar ni baik-baik. Lepas ni I takkan ulang balik apa yang I cakap."
Berdebar pula hati aku dengan tutur Hazrel itu. Apa jawapan yang bakal Hazrel berikan?
Hazrel berdeham sebelum bersuara.
"I masuk meminang you kerana I masih cintakan you. I nak rawat kembali luka-luka you yang I tinggalkan dan lindungi you dari Nuqman. I nak bahagiakan you, Luf. I tak nak you menangis lagi. Jadi, terima lamaran I."
Kata-kata Hazrel cukup membuat aku jadi patung di depannya. Hazrel masih cintakan aku? Setelah aku memilih untuk berkahwin dengan Nuqman dan melupakan cintanya, masih ada perasaan cinta terhadap aku? Aku sangka Hazrel telah melupakan aku.
Perasaan itu datang lagi selepas bertahun lamanya hilang sebaik saja aku membuat keputusan untuk melupakan Hazrel setelah dia meninggalkan aku.
"Nilufar." Panggil Hazrel. Tetapi tidak bersahutan.
"Nilufar." Panggilan Hazrel berserta dengan ketukan di meja menyentak lamunan aku.
"Errr...Ya." Aku mengelipkan mata beberapa kali dan memandang Hazrel.
"You dengar tak apa yang I cakapkan tadi?" soal Hazrel memandang aku lama.
"Dengar." Aku tidak pasti sama ada apa yang aku dengar itu betul atau tidak. Atau hanya ilusi.
"Jadi, you terima tak lamaran I?" soalan Hazrel sangat sukar untuk aku jawab ketika ini. Aku tidak tahu apa yang aku rasa ketika ini. Sebahagian perasaan aku tidak mahu menerimanya kerana takut akan disakiti lagi. Dan sebahagian lagi terasa bahagia saat Hazrel menyatakan yang dia masih cintakan aku.
Entah! Aku tidak punya jawapannya sekarang.
"Luf." Aku memandang Hazrel. Pandangan Hazrel untukku tidak pernah berubah. Masih sama. Matanya tajam menikam mataku tetapi sangat lembut pandangannya terhadap aku.
"I don't know Haz. I don't have answer yet for your proposal." Jujur aku memberitahu Hazrel. Ya! Aku berada dalam dilema.
"I tak bermaksud untuk memaksa you terima I tetapi I janji dengan you yang I takkan sakiti hati you lagi. I hanya nak tengok you bahagia, Luf."
Saat Hazrel menuturkan janji itu, aku tidak percaya kerana percayakan janji seorang lelaki, aku dilukai dan hari ini aku bergelar janda di usia muda.
"Give me time, Hazrel. One week. Lepas tu, kalau jawapan I tidak sama seperti yang you harapkan, I harap you terima dengan hati yang terbuka."
Pintaku. Aku tidak akan memberi jawapan tika hati aku sendiri tidak pasti apa yang aku rasakan ketika ini. Bukan aku ingin memberi harapan pada Hazrel tetapi aku cuba untuk memberi jawapan yang terbaik untuk lamarannya itu. Tidak adil jika aku terus menolak lamaran Hazrel.
"Terima kasih, Luf. Dan I sentiasa doa semoga jawapan you nanti berpihak pada I." Aku rindu untuk melihat senyuman Hazrel itu.
"Jangan terlalu berharap, Haz. I takut you yang kecewa nanti." Aku tidak mahu Hazrel letak harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu yang tidak pasti. Tidak mahu dia kecewa di kemudian hari.
"Jangan risau, Luf. I yakin yang keputusan you nanti berpihak pada I."
Hazrel yang sekarang masih sama dengan Hazrel yang dulu. Penuh dengan keyakinan. Aku suka dengan keyakinannya itu. Cuma aku tidak mahu Hazrel kecewa nanti.
"Up to you, Hazrel. I cuma tak nak you terlalu yakin kerana kelak you akan kecewa."
Pesanan aku itu, aku harap Hazrel ingat. Itu saja.
Semoga aku dapat membuat keputusan yang terbaik dan tidak menyakiti mana-mana pihak. Itu saja.
PS: rasa-rasa Nilufar terima ke lamaran Hazrel?
Tulusly,
Hezy Rose.
Thank you for read my story. Love, Hezy
Share this novel
next