BAB 5- GILA TALAK

Short Story Completed 5620

AMARAN yang aku berikan pada Nuqman tidak diendahkan. Malah semakin hari aku rasakan Nuqman semakin gila talak. Ada saja panggilan masuk daripada lelaki itu tetapi aku biarkan saja panggilan itu tidak berjawab. Tiada kepentingan untuk aku jawab panggilan itu. Serabut memang serabut. Ingin saja aku tukar nombor lain tetapi memandangkan nombor ini juga aku gunakan untuk urusan kerja, maka aku tahankan saja. Aku ingat melihat sejauh mana Nuqman mampu bertahan.

Sedang aku menanti Hazrel yang ke tandas, Laila tiba-tiba datang menyerangku.

"Mana Nuqman?" berkerut dahi aku dengan soalan Laila.

Nuqman? Manalah aku tahu. Dia bukan suami aku.

"Tak payah nak berkerut sangat dahi you tu, Nilufar! I tanya ni Nuqman mana?" soal Laila dengan nada yang kasar.

"Manalah I tahu Nuqman tu ke mana. Diakan husband you. Buat apa you tanya I? Dia bukannya husband I lagi." Balas aku cuba menahan sabar yang masih berbaki. Aku tidak suka diserang dan dituduh sebegini.

"You bohong. I tahu Nuqman dengan you! Sekarang ni mana dia?" soal Laila lagi.

Aku menarik nafas dan menghembus sedikit kasar. Laila sengaja ingin menguji kesabaran aku.

"I tak tahu! Dan memang I tak tahu di mana husband kesayangan you, Puan Laila!" tekan aku dengan nada yang geram. Tone suara masih lagi aku kawal. Tidak mahu menimbulkan kecoh di tempat umum.

Mata aku melilau mencari Hazrel. Lama pula mamat ni pergi tandas.

"You jangan nak bohong I, Nilufar. Sekarang ni you tengah tunggu dia kan?" tekan Laila lagi.

Ya Allah, minah ni memang tak faham bahasa betul! Baru saja aku ingin membuka mulut, suara Hazrel terlebih dahulu kedengaran. Dan panggilannya pada aku buat aku ingin tercekik dan muntah hijau.

"Kenapa ni baby? You tunggu siapa baby? You ada janji dengan orang lain ke selain I, baby?" hebat betul lakonan Hazrel. Aku melihat Hazrel mengangkat keningnya menyoal aku kenapa Laila ada di sini.

"Dia cari husband kesayangan dia. Dia tuduh I sorokkan husband kesayangan dia, sayang. I dah cakap yang I tak tahu di mana husband kesayangan dia. Tapi dia paksa I mengaku juga."

Dah alang-alang Hazrel mulakan drama swasta, jadi apa salahnya aku sambung dramanya itu. Manalah tahu dapat panggilan untuk berlakon. Ahaks!

Ketika itu muka Laila seakan berubah selepas aku memanggil Hazrel 'sayang'. Menyesallah tu serang aku tanpa usul periksa.

"Puan Laila, untuk pengetahuan you, Nilufar tak pernah ambil tahu tentang Nuqman selepas mereka berpisah. Nuqman saja yang terhegeh-hegeh ingin rujuk balik dengan Nilufar. Nasihat I pada you, jaga suami you elok-elok Puan Laila. I yakin yang Nilufar tak akan kembali pada Nuqman tetapi tak mustahil perempuan lain akan rampas Nuqman daripada you. Sama macam you rampas Nuqman dari Nilufar dulu."

Pedas dan berapi kata-kata Hazrel. Merah padam muka Laila ketika itu. Sindiran pedas berapi daripada Hazrel mampu membuatkan muka Laila yang putih sudah berubah merah. Menahan marah atau malu, aku tidak pasti. Tetapi muka itu seperti bengang kerana di sindir oleh Hazrel barangkali. Itulah, sebelum serang aku, pandang kiri kanan dulu. Jangan main serang saja.

"Clear, Laila? I tak pernah nak rampas Nuqman balik daripada you. Jangan risau. Cinta I pada Nuqman sudah lama mati. Sila jaga husband you elok-elok ya Puan Laila." Ujar aku agar Laila mengerti yang aku memang sudah tiada hati pada Nuqman.

"Jom, Haz. Tiba-tiba selera I mati pula. Kita makan di tempat lainlah." Pantas aku bangun dan mengambil beg tanganku. Hazrel tanpa banyak soal mengikut langkahku.

"Thanks Haz sebab selamatkan I daripada mangsa cemburu buta si Laila tu," ujar aku setelah aku berada jauh dari restoran itu. Mencari restoran lain untuk makan tengah hari.

"No need to thank me, Luf. I pernah cakapkan yang I tak nak tengok orang lain lukakan you lagi. You berhak hidup bahagia, Luf."

Balas Hazrel bersama senyumannya. Lesung pipit yang menghiasi pipi kanannya menambahkan lagi kekacakkannya. Senyuman Hazrel sungguh manis. Aku terpikat dengan Hazrel dulu kerana senyumannya itu.

"I own you, Haz. So, lunch hari ni I belanja you." Beritahu aku pada Hazrel sebagai membalas pertolongannya tadi. Harap-harap dia tidak menolak.

"I..."

"No objection Haz. It's an order!" pantas aku memintas Hazrel daripada membuka mulut menolak pelawaan aku.

"I tak habis cakap lagi, baby. I terima offer you tu, Luf."

Termalu sendiri aku dengan kata-kata aku tadi. Ingatkan Hazrel ingin menolak tawaran aku. Lain kali jangan gelojoh sangat, Nilufar.

"Jom baby. Perut I dah lapar ni." Ajak Hazrel yang masih berdiri di sisi aku.

Ah! Dada aku rasa sesuatu saat Hazrel memanggil aku 'baby'. Perasaan apakah ini?

"Nilufar."" Panggil Hazrel apabila melihat aku masih lagi mengelamun.

"Ya. I'm coming." Kali ini aku pula mengikut jejak langkah Hazrel menuju ke restoran untuk makan tengah hari kami. Biarlah dia pula yang memilih tempat makan tengah hari kami.

Pulangnya dari melawat site dan juga makan tengah hari dengan Hazrel, aku tidak masuk ofis lagi kerana fikiran aku berserabut. Pulang ke rumah berharap dapat tenangkan fikirannya yang tengah berserabut. Aku fikir Nuqman ambil kisah akan kata-kata aku tempoh hari tetapi dia seakan tidak terkesan yang aku bencikannya. Kemunculannya tadi dan amaran dia buat aku sesak nafas seketika.

Sewaktu aku hendak melangkah masuk ke dalam kereta, tiba-tiba Nuqman muncul di hadapan aku. Terkejut itu sememangnya. Dan aku rasa Nuqman seperti seorang psiko.

"Lufa. Jom teman abang lunch. Abang belum makan lagi."

Bersahaja nada Nuqman mengajak aku untuk makan tengah hari bersama. Seperti aku masih isterinya.

"I dah makan tadi dengan Hazrel. Dah kenyang." Tolak aku. Itu bukan alasan tetapi sememangnya perut aku sudah penuh. Dan juga aku tidak mahu duduk makan sekali dengan Nuqman walaupun aku lapar sekalipun.

"Siapa bagi izin you makan dengan Hazrel? Abang tak izinkan you makan tengah hari dengan Hazrel lagi! Abang tak suka. Sekali lagi abang tengok you keluar dengan Hazrel, tengoklah apa yang akan abang buat." Tegas Nuqman.

Berkerut dahi aku dengan amarannya itu. Sudah lupakah Nuqman yang dia sememangnya tidak berhak ke atas diriku? Tiba-tiba darahku mendidih naik.

"Hei! You lupa ke yang you dah tak berhak ke atas I? Hak you dah lama hilang Nuqman. Hilang sejak you ceraikan I setahun yang lepas. Sedarlah! Yang kita dah setahun bercerai!"

Kerana geram, suara aku naik satu oktaf. Dan nasib baik ketika ini kami berada di tempat letak kereta dan tiada orang. Kalau ada orang pun aku tak kisah. Dah hilang rasa malu bila mengadap manusia yang gila talak seperti Nuqman ini.

"Abang akan pastikan yang abang akan dapat hak itu balik. No matter what happen, you tetap akan jadi milik abang, Lufa. Abang masih cinta dan sayangkan, Lufa."

Pengakuan Nuqman buat aku berang. Dasar lelaki gila!

"Boleh pergi mati dengan cinta dan sayang you pada I. Kalau you betul-betul cinta dan sayang pada I, you takkan mungkiri janji you pada I, Nuqman! You tak akan nikahi Laila kerana janji you pada dia! Sudahlah Nuqman. Move on! Sama seperti I lepaskan dan lupakan you daripada hidup I. You dah ada Laila. Buat apa you cari I lagi?" hambur aku sepuas hati. Semakin aku bersabar, semakin Nuqman menguji diriku.

Bukan aku tidak tahu yang Nuqman dalam diam mengekori aku kadang-kadang. Cuma aku buat tidak kisah kerana aku fikir tidak akan menjejaskan kehidupan harian aku. Jadi aku diamkan saja.

"Lufa...please sayang. Abang betul-betul masih cinta dan sayangkan, Lufa. Kita rujuk kembali ya." Rayu Nuqman. Dia cuba untuk memegang tangan aku tetapi dengan pantas aku mengelak. Nuqman tidak layak untuk sentuh aku lagi.

"No, Nuqman! Dengar sini baik-baik apa yang I nak cakapkan. I dah lama lupakan you! I dah move on! Rasa cinta I pada you dah lama hilang. Dah hilang Nuqman! Sikit pun tak ada yang tinggal. Semuanya you sudah bunuh dengan kecurangan you!"

Ujar aku dengan sabar yang semakin menipis. Aku harap sangat Nuqman faham. Aku sudah penat untuk hadap semua ini. Sangat penat!

"You tipu, Lufa! You tipu! You masih cintakan abang!" Nuqman tidak mahu terima akan kenyataan itu.

"I akan dapatkan you kembali dengan apa jua caranya. Walaupun I terpaksa guna taktik kotor!" Ugutan Nuqman buat aku rasa gentar. Jangan Nuqman kotakan katanya itu sudahlah.

Taktik kotor? Apa rancangannya? Aku sudah berasa tidak selamat.

"Luf, jauh termenung. Kenapa ni? Ada masalah ke?" suara mama menyentakkan aku dari teringat akan kejadian tadi.

"Eh, mama. Mama tak pergi cake house ke hari ni?" soal aku. Hairan bila mama berada di rumah. Sedangkan hari-hari mama akan berada di kedai keknya sampai ke petang.

"Mama baru balik. Papa minta mama temankan dia meeting hari ni. Katanya ada client dari Jepun." Beritahu mama.

"Betullah tu. Papa ada meeting dengan client dari Jepun pukul 4 nanti. Kejap lagi sampailah tu papa." Aku mengukir senyuman buat mama. Cuba menutupi apa yang aku rasa ketika ini.

"Luf tak sihat ke?" soalan mama aku jawab dengan gelengan. Aku membetulkan duduk di atas sofa. Pandangan mama seakan kurang menyenangkan aku.

"Nuqman kacau Luf lagi ke?" soalan mama buat aku terkedu seketika. Mama ni seakan tahu pula masalah yang aku hadapi sekarang ini.

"Tadi dia datang ganggu Luf lepas Luf lunch dengan Hazrel. Dia ajak Luf teman makan tengah hari." Cerita aku. Dan aku tidak menceritakan kepada mama tentang Laila datang menyerangku tadi.

"Berani dia tunjuk muka depan Luf lagi. Lepas ni Luf jangan keluar sendirian lagi. Nak pergi mana-mana berteman." Mama mula risaukan aku. Pandangannya jelas menunjukkan yang dia risaukan aku.

"Mama, Luf okay. Jangan risau ya. Nuqman tak akan berani bertindak lebih." Aku bangun dan mendekati mama. Cuba meredakan perasaan risaunya. Tidak mahu mama terlalu fikirkan masalah aku. Nanti darah tingginya naik pula.

"Macam mana mama tak risau. Nuqman kacau Luf." Ujar mama sambil memegang tangan aku. Aku tahu yang mama terlalu risau. Lagi-lagi hal Nuqman meniti di bibir aku.

"Jangan risau. Luf pandai jaga diri." Senyum aku. Aku berharap sangat Nuqman tidak lagi menganggu aku. Aku sudah malas hendak mengadap mukanya itu.

"Tadi Luf ada sebut pasal Hazrel. Dia dah balik ke?" soalan yang tidak terjangka dari mama, aku tidak tahu hendak memberi jawapan apa.

Melhat aku diam, mama menyeru namaku. "Luf..."

"Ya, mama.Hazrel sudah balik. Sekarang ini kami ada projek bersama." Jelas aku pada mama. Harap-harap mama tidak bertanya lanjut tentang Hazrel.

"Baguslah." Berkerut dahiku dengan balas mama.

Bagus? Apa yang bagus? Menyemak dalam hidup aku saja. Sama seperti Nuqman.

Tulusly,
Hezy Rose ??

Thank you for your time.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience