Bab 4

Drama Completed 14128

BAB 4

"Atan sekarang darjah berapa?"

"Sekarang ni darjah 3 abang,"

"Habis tu, Atan tak pergi sekolah?"

"Atan sekolah pagi abang. Balik sekolah Atan tolong mak jual kuih,"

Zafran memandang wajah suci Atan.

Dalam dunia yang semakin moden ini, masih ada anak kecil yang terpaksa bersusah payah menolong ibunya demi mencari sesuap nasi.

"OK, pergi ambil tepung. Abang nak beli air. Atan nak air apa?"

"Eh takpe bang, nanti Atan minum di rumah je,"

"Jangan macam tu Atan, abang belikan,"

"Kalau abang haus, jom ikut Atan balik rumah. Hari-hari mak buatkan minum petang untuk Atan lepas pulang menjaja,"

Zafran menggaru kepala yang tidak gatal.

"Jomlah bang. Mak pun mesti dah lama tak jumpa abang,"

"OK, ikut kau lah Atan,"

"Semua sekali RM 5," kata Pak Derus, tauke kedai runcit di kampung Simpang Tiga tu.

"Nah pak cik," hulur Zafran.

"Eh Zafran, bila kau balik?"

"Baru sampai semalam cik," sambil menyalami tangan orang tua yang sudah separuh abad itu.

Dari jauh kelihatan Mak Cik Kiah sedang menyapu halaman rumahnya. Tentu sahaja wanita ini sedang menanti kepulangan Atan.

"Assalamualaikum mak,"

"Waalaikumussalam Tan,"

"Mak tengok ni siapa Atan jumpa,"

"Mak Kiah terus tersenyum,"

Dia kenal lelaki yang berada di hadapannya.

"Eh Zafran, dah balik dah?"

"Mak Kiah, apa khabar?"

"Khabar baik. Eh jemputlah duduk. Nanti Mak Kiah buatkan air. Tadi ada buat goreng pisang. Pans lagi tu,"

Walaupun hidup serba kekurangan setelah kematian suaminya, Mak Kiah dan Atan adalah manusia yang cukup pemurah.

"Buat susah-susah je Mak Kiah,"

"Alah apa yang susahnya,"

"Jemput duduk abang,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience