Bab 8

Drama Completed 14128

BAB 8

"Mak oh mak,"

"Ya Tan,'

"Atan dah nak pergi sekolah ni,"

"Baik-baik jalan Tan, belajar rajin-rajin. Mak sentiasa doakan Atan,"

"InsyaAllah mak,"

*******************************************
Sampai sahaja di sekolah, Atan mendapati kerusi dan mejanya penuh dengan kapur.

"Atan sewel", "Atan takde bapak,", "Atan Bodoh,"

Boleh dikatakan setiap hari dia akan datang dan perlu memadamkan semua contengan tersebut.

Dan setiap kali itulah Atan bersabar.

Atan bukan sewel, cuma dia sedikit lambat kerana pernah demam panas ketika kecil.

Ya Atan tiada bapak kerana bapanya sudah meninggal dunia tidak lama selepas dia dibesarkan.

Atan bukan bodoh. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

"Hey Atan kenapa kau takde bapak?"

"Ko kenal tak siapa bapak kau?"

"Mak aku kata mak kau perempuan jahat. Sebab tu kau takde bapak,"

Telinganya panas. Had sabarnya semakin kurang, dia boleh bertahan mendengar dirinya dir hina, tapi bukan ibunya.

"Jangan cakap bukan-bukan pasal mak aku,"

"Kalau kitaorang cakap jugak?"

"Kau akan menyesal,"

"Wuuuuu, takutnya," kemudian mereka berdekah-dekah ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience